Wednesday 28 August 2013

"Nama kau sape?" =D

gambar hiasan


Biasa kita hidup sebagai seorang pelajar pasti kita jumpa pelbagai manusia, tak kisah la samada dari kalangan pelajar juga, guru, makcik cafe, pensyarah dan lain lain. Mereka adalah manusia yang hidup di sekeliling kita. Bekerja dan belajar sekeliling kita. Mereka juga adalah ciptaan Al-Khalik. Secara tidak langsung mereka merupakan makhluk. Tapi yang membezakan mereka dengan makhluk yang lain adalah mereka itu manusia. Tak kisah samada mereka itu muslim atau non-muslim, melayu atau cina, cina ataupun india. 

Jika kita jumpa mereka setiap hari, bekerja dan belajar dengan mereka setiap hari, duduk di dalam bas sebelah mereka ke fakulti dan sekolah setiap hari, duduk bertentangan dengan mereka di dalam LRT, maka adakah mereka itu patut dibiarkan begitu sahaja? Kalau kita ini adalah seorang manusia biasa, maka jawapannya adalah YA. Kita akan membiarkan mereka begitu sahaja. Tetapi apakah erti kehidupan kita ini sebagai seorang pelajar amnya, dan seorang muslim wa da'ie khususnya, jikalau perkara yang sama dilakukan??

Jawapannya, RUGILAH OI! Nampak seorang yang sebaya dan tidak dikenali datang ke surau selepas kuliahnya, dan kita buat derk je. RUGI!

Nampak seorang yang luar dari kebiasaan, seperti duduk bila sahaja mahu minum air, mengeluarkan sedekah kepada yang memerlukan dan ia di dalam kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan mereka, dan kita membiarkan sahaja. RUGI !!

Jumpa seorang yang menghulurkan bantuan kepada kita tanpa diminta tetapi kita hanya ucap terima kasih sahaja dan beredar. RU- !! Erm. Tahula apa yang saya nak cakap kan.

Kawan2 yang dirahmati Allah, apalah ertinya hidup kita jika kita hidup macam robot, tak kisah untuk mengenal orang2 sekeliling kita. Macam lagu dalam cerita Lion King, yang membawa slogan "hakuna matata", yang bermaksud tidak perlu risau apa apa. Hidup ini adalah hidup anda, bukan kehidupan orang lain. Sifat individualistik inilah yang tidak kemana dalam hidupnya. Dia hidup untuk dirinya. Dia belajar untuk dirinya. Dia bekerja untuk dirinya. Segala benda yang dilakukan adalah untuk dirinya.

Sebenarnya kita belajar itu adalah bukan sekadar untuk keluarga kita, institusi pengajian kita, mahupun negara kita. Sebenarnya kita belajar itu tujuan sebenar dan sebetulnya adalah untuk ummat Islam. Untuk berkhidmat kepada ummat.

Baik, kembali kepada tajuk, "Nama kau siapa?" :) Sebenarnya soalan ini (untuk mereka yang tidak kenal dan tidak tahu) merupakan soalan yang diutarakan oleh seorang anak ikhwah bernama Umar. Tak salah saya Umar sekarang berumur 4/5 tahun. Beliau seorang yang sangat aktif dan comel. Tapi yang menarik mengenai beliau adalah beliau tidak segan dengan hampir sesiapa dan selalu bertanya, "Nama kau sape?" kepada hampir semua orang yang ada berhampirannya ketika mana mana program. :-D

Umar ibnu Osman :)

Tapi biasala budak kecik. Main cakap je. :D. Tapi budak kecik ni berusaha betul nak ingat nama orang2 yang berprogram bersama abinya. Demikianlah sifat da'ie yang ada pada budak kecik ni. Berusaha membuat kenalan baru dengan sesiapa sahaja yang dia jumpa. 

Bagaimana pula dengan kita? Adakah usia dan ilmu serta pengalaman yang banyak telah meninggikan ego kita sehingga menyebabkan susah kita untuk break the 'wall of silence' dengan orang yang kita baru sahaja interaksi atau duduk bersebelahan?

Ikhwah fillah yang dirahmati Allah, apalah rugi sangat untuk habiskan beberapa minit daripada masa kita untuk membuat kenalan baru. Apalah yang susah sangat mengukirkan senyuman di samping memuji seorang yang tidak kenal kita langsung, tetapi kita mengenalinya sedikit? Allah sahaja tahu, mungkin mereka yang kita kenal nnti menjadi orang contact kita yang kuat membantu business atau carrier kita? Mungkin mereka inilah yang akan membantu kita dalam saat kesusahan? Lagi, mungkin mereka inilah penyebab kita untuk masuk ke syurga? Kerana kitalah penyebab untuk mereka menerima hidayah? Haaaa... 

Ketahuilah, taaruf (perkenalan) itu antara asas pada dakwah. Sangat susah untuk mencapai objektif dakwah dengan baik jika tidak settle, "Nama kau siapa?" :D dan tabiat dakwah ini juga adalah saling mengenal. Bila kita melakukan dakwah, maka nak tak nak perlu untuk kita berkenalan dahulu.

Sekadar perkongsian. Ku akhiri dengan permohonan maaf kerana lama tak update blog, membuat entri ini bukan sebab lama tak buat entri, tapi sebab rasa mahu berkongsi. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Wassalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment