Salam buat para sahabat yang bergelar da'ie ilallah.
Saya teringat kisah Kaab bin Malik yang menolak tawaran kerajaan Ghassan ketika beliau dipulau oleh para sahabat r.a dan Nabi s.a.w sendiri akibat dari keengganannya menyahut seruan jihad. Ana ambil iniatif untuk bace balik kisah tu.
Hmm.. Mesej awal yang dapat saya selitkan hasil dari bacaan dan dokumentasi ikhwah ialah betapa kuatnya pegangan Kaab bin Malik r.a walaupun dipulau dan ditawarkan dengan kedudukan politik, lebih daripada material yang beliau ada pada ketika itu. Beliau yakin dengan jalan yang telah dilaluinya, dengan jalan yang para sahabatnya yang lain sedang lalui di depan matanya, dan of course jalan yang kekasih Allah telah bentangkan untuknya dan para sahabat yang lain.
Demikianlah sirah. Sirah yang perlu untuk kita hayati dan ambil pengajaran. Pengajaran yang penuh dengan hikmah dan mesej. Pengajaran yang menggambarkan betapa hebatnya tarbiyah Allah kepada para hamba-Nya. Dan juga ibrah yang menjelaskan efek tarbiyah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Dan juga contoh mereka yang telah jatuh cinta pada jalan tarbiah. Jalan yang menjaminkan hasilnya.
Sememangnya, rutin harian kita tidak lari daripada kerja, kelas, kuliah, assignment, tutorial, experimen2x, serta tugas2x yang lain. Saya tak nafikan, menguruskan dan bekerja dalam mana2x organisasi dan bergabung dalam sebuah jemaah serta menjalani hidup sebagai seorang pelajar memang memenatkan. Takpelah biar penat, asalkan puas pabila mengetahui kita sudah beramal sebaik boleh. (tetapi jangan puas, sebab amal kita mana mungkin guarantee cukup)
Tetapi masalah yang timbul ialah apabila saya menemui seorang sahabat ni. Dia meluahkan perasaannya:
"Rais, aku rasa tak nak lagi la bende2x ni. Dakwah, tarbiyah sume ni. Aku just nk jadi orang baik je. Aku nak fokus pada study aku, buat family aku bangga, nanti bru aku leh start balek."
Saya pasti kisah2x seperti ini sudah tidak asing lagi bagi kita, dan untuk mereka yang baru tahu akan wujudnya fenomena sebegini, ada ye, ni based on real story.
"Aku tahu Rais, aku tahu batasannya. Kami..... insya-Allah... =) hehe. Walau apa pun aku akan 'support' ko."
Cinta. Sememangnya fitrah manusia. *Sigh* Orang yang kental hatinya sahaja dapat mengkongkong kemahuan nafsunya. Kecualilah kalau kita jatuh cinta pada jalan tarbiyah. Itu takpe.
Saudara, ingat, syahadah yang kita ucapkan tidak bererti apa2x jika tidak dibuktikan dengan lisan dan tindakan.
Jalan tarbiyah yang kita telusuri ini adalah jalan para nabi. Jelas dalam sirah Nabi s.a.w mementingkan kepada proses tarbiyah daripada penekanan kepada siasi apabila menolak tawaran daripada pembesar Quraisy untuk memegang tampuk pemerintahan. Dan hasilnya dapat kita lihat pada generasi - generasi yang seterusnya. Ingat tak ketika sebelum bermulanya perang Khandaq, pabila berita baik yang disampaikan Baginda bahawa kota Rom akan ditawan Islam suatu hari nanti.
***
Generasi demi generasi, cubaan demi cubaan, sehinggalah putera kepada Sultan Murad, Muhammad Al-Fateh menawan Kota Constantinople. Beliaulah apa yang disabdakan dalam hadis baginda :
”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”K, begitu maintainnya usaha para pahlawan Islam dahulu sehinggalah mereka mengecapi kejayaan. Mereka begitu yakin dengan sabda Rasulullah, dan sejarawan telah merekodkan pelbagai cubaan oleh tentera Islam untuk menawan kota tersebut.(Al Hadis)
Saudara, apa lagi yang diragui dengan jalan ni. Telah banyak manusia yang memainkan peranan sebagai da'ie ilallah. Membenarkan diri sebagai seorang da'ie dan berusaha dan tekad melakukan kerja2x dakwah adalah satu bentuk tarbiyah diri. Apatah lagi hidup di dalam bi'ah yang mempamerkan realiti ummat yang di jurang kehancuran. Insha-Allah, apabila sekali berjaya mujahadah, kali ke 2 dan seterusnya tidak sesusah sepertimana pada kali pertama. Yang penting, ketahuilah jihad kita pada waktu ini adalah jihad tarbiyah, berusaha membina para rijal di samping arus jahiliah yang melanda ummat. Ingat saudara, janji Allah itu pasti. Ganjaran buat mereka yang berdakwah dan berusaha mentarbiyah manusia2x ini amatlah besar. Saya selitkan beberapa ayat Quranul Karim sebagai renungan untuk kita:
"..dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."(Al-Hajj:40)"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."(Muhammad:7)
Saudara, ada lagikah jalan yang lebih menjaminkan lagi? Ragu lagikah anda pada jalan tarbiyah?Tanya pada diri, renung pada amal.
Adakah kita cukup bermanfaat kepada ummat dan agama.
Sesungguhnya tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan kita untuk ia digerakkan, kerana walaupun kita tidak mahu sekalipun, masih akan ada manusia di seluruh pelosok dunia ini yang sudi menggerakkannya. Hakikatnya kita yang memerlukan tarbiyah. Wallahua'lam.
ainn_strawberry08@y.c
ReplyDeleteInfo yg menarik.. :)
tak update lg?
ReplyDelete:)blumm.. nnti saya update.
Deletependapat?
ReplyDeletecamne anda menarik kwn anda yg agk agresif ke arah yg lebih baik tnpa menyinggung hati dia?
n mcm mana cara dakwah anda yg boleh menarik kwn2 anda yg agak alergi dgn pentarbiyahan supaya lepastu dia sedar akan pentingnya tarbiyah.?
jzkk atas soalan..
Deletecdgn & pndpt saya (brdasarkan pengalaman dan bahan bacaan), kita lakukan dakwah fardiyah:
1. kena sabar dengan dia
2. bersangka baik
3. mantapkan ukhuwah (ajak riadah/study bersama)
4. belanja makan
5. cuba ikut rentak dia
6. jgan cuba paksa
7. berlembut
8. wujudkan win-win situation
mungkin keagresifan dia itu boleh dimanfaatkan untuk Islam? sebagaimana Saidina Umar dahulu.
untuk mereka yang alergi, mungkin cara tarbiyah dipersembahkan kpd mereka kurang sesuai, mungkin terlalu "all of a sudden", mungkin terlalu mengejut dan banyak. contoh, baru usrah pertama dah kena paksa hafal hadis/hafal surah. bagi mereka berjinak - jinak dahulu baru bermain dengan mereka. takkan belum jinak lagi nak dia bersama dgn kita. kerana sasaran dakwah kita masing - masing mempunyai latar belakang yang berbeza - beza. ataupun pada masa yang sama juga kita boleh memainkan peranan sebagai role model. score dalam exam, komited dalam carrier, selalu tampil ke hadapan,tak miss jemaah di surau dll. perkara seperti itu boleh menimbulkan persoalan dalam dirinya, bagaimanakan orang yang ku lihat ini mampu memberi komitmen yang baik kpd semua benda. Wallahua'alam.
terima kasih atas perkongsian anda..
ReplyDeletecamne pula kalau anda rasa down untuk teruskan,apa ubat anda?
kerana kadang kala timbul rasa putus asa n penat.tapi bila diingat semula,sahabat yang baik adalah sahabat yang ingin sama2 ke syurga.insyaallah.
salam.. maaf sebab lambat respond....
ReplyDeletepada saya, apabila down, tidak ada pilihan lain selain bangun dan bangkit.. futur is never a choice.