Monday 28 February 2011

Pemuda dan Perubahan...


Assalamualaikum.... Apa yang ingin dikongsi bersama para pembaca banyak berkenaan dengan kita sebagai umat Islam sejagat. Saya baru pulang dari mukhayyam SDAR-SAS di Gunung Dato, Rembau. Saya hanya menolong abg abg fasi yang sudah sehari awal tiba dari rombongan kami seramai 4 orang dari Selangor. Baiklah, mukhayyam ini disertai oleh para ahli BADAR dan BUSAS dari sekolah masing - masing dengan bertemakan"Bersiap - siaga menghadapi cabaran"

Realiti umat ini adalah kita kekurangan tenaga kerja. Tenaga yang sukarela untuk memikul beban dakwah ini. Memang benar, yang mengasaskan dakwah ini ialah daripada mereka yang sudah berusia atau tidak lagi digelar remaja atau belia.



Cuba kita lihat, dari kalangan mereka yang membuat demonstrasi di bumi anbiya' Mesir, berapa peratuskah mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang tua. Sangat minimal. Oleh itu, siapa yang menggerakkan demonstrasi - demonstrasi di seluruh negara arab tersebut? Mereka ini bergelar pemuda. Mengapa pemuda? Kerana tempoh muda merupakan:
  • tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasul.
  • tempoh penentuan hala hidup.
  • tempoh kemuncak kekuatan fizikal.
  • tempoh penuh keupayaan.
  • tempoh yang amat pemdek.

“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.”

(Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)


Di sini kita dapat menyaksikan demonstrasi jalanan bertukar menjadi revolusi yang menggegarkan, pemerintah yang dibenci berjaya ditumpaskan rakyat yang tidak kenal henti.

Inilah perkara yang boleh dilakukan dengan adanya semangat, komitmen, keikhlasan, keimanan, dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemuda Mesir. Mereka mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengecapi kemanan ketika mengundi, mereka mahu keadilan yang jitu daripada pemerintah yang menaungi mereka.

" Barangsiapa mempunyai himmah (kemahuan yang tinggi), maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun."

-Imam Hasan Al-Banna-


Dalam satu slot kuliah yang diberi oleh saudara Mohd Nor Adzim Shaari yang bertajuk Perubahan, antara yang diperlukan untuk berubah ialah tiada tanda untuk putus asa dalam perubahan. Memang benar, banyak pemuda yang mempunyai pelbagai jenis kelemahan, tetapi jika dibekalkan dengan semangat dan kemahuan yang tinggi, maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun. Walaubagaimanapun, banyak pemuda kini telah hilang jati diri. Mereka bukan lagi singa yang menakutkan para lawan, malah mereka ibarat kijang yang hanya tahu melarikan diri daripada para musuh dengan pantas.

Baiklah... Berubah dan Perubahan.... Mengapa mesti berubah? Berikut merupakan antara sebab - sebabnya:-
  • sunnah kehidupan. mahu tidak mahu. mesti melalui perubahan.
  • peningkatan mestilah melalui perubahan. sepertimana Nabi dan para sahabat berhijrah untuk melalukan suatu peningkatan yang dahsyat full manfaat.
  • suruhan Allah s.w.t. 2:193
  • sunnah Rasul s.a.w permintaan Quraish supaya jangan mengubah sistem hidup mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. (hal ini dijawab dengan surah Al-Kaafirun). Hadis bulan dibahu kiri, matahari dibahu kanan.

Apakah yang diperlukan dalam perubahan? Perubahan yang dilakukan mestilah:-

  • Perubahan yang syumul. Dengan meruntuhkan segala asas jahiliah dan mendirikan asas Islam. Islam mestilah menjadi manhaj hidup manusia dan alam. Jahiliah tidak mungkin bercampur baur dengan manhaj Islam yang sudah sempurna penyampaiannya.
  • Perubahan berasaskan aqidah. Untuk mengembalikan pelaksanaan ubudiyah manusia kepada Allah. Perubahan atas asas agama.
  • Perubahan kemanusiaan. Perubahan kepada Islam menghasilkan dan membenarkan keadilan.

walaubagaimanapun, perubahan yang beginilah yang pasti akan ditentang oleh sistem yang sedang menguasai hidup manusia.

oleh itu, teguhlah pendirianmu dan keyakinanmu terhadap fikrah yang digenggami

Bagaimana melaksanakan perubahan ?

  1. Pembentukan fard Muslim (individu Muslim)
  2. Pembentukan Baitul Muslim (keluarga Muslim)
  3. Pembentukan Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim)
  4. Pembentukan Daulah Islam (kerajaan Islam)
  5. Pembebasan Watan (negara-negara Islam)
  6. dan akhirnya Islam menjadi Ustaziatul Alam (mahaguru alam)

Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah dan menjadi perubah?

  1. Persediaan Aqliyah (akal)
  2. Persediaan Qalb (hati)
  3. Persediaan Haraki (gerakan)

Oleh itu, rebutlah masa muda ini dengan perkara yang bermanfaat untuk umat.
Jadilah seperti Mus'ab bin Umair yang merupakan tunggak dakwah di Madinah.
Tirulah Usamah bin Zaid yang menjadi panglima tentera ketika di usia remaja.
Contohilah Muhammad al-Fateh yang menawan Constantinople di usia mudanya.


"Barangsiapa yang enggan berubah, mereka gagal untuk mengubah dunia"
-sang murabbi-

"Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu melahirkan tokoh - tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya..."

Tuesday 15 February 2011

Rindu Baginda kepada kita...

Salam Maulidur Rasul... Sudah lepas ulang tahun kelahiran baginda... Namun biarlah tarikh kelahiran baginda menjadi pencetus kepada semangat kita untuk memacu amal dengan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Ada rakan saya mengatakan, "kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.." Amalkanlah sunnah Rasulullah s.a.w walaupun sedikit asalkan istiqamah....

Rasulullah s.a.w bersabda, " Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah istiqamah, walaupun sedikit."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baiklah, saksikan video ini sebagai muhasabah kepada diri kita dan menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada umat baginda... Umat baginda itu siapa? Siapa lagi kalau bukan kita... Hayatilah hadis yang diceritakan, lembutkan hati dengan mengetahui cinta Rasulullah s.a.w kepada kita. Sanggup kita khianati cintanya? Biarkan air mata kita mengalir atas mengetahui betapa dalamnya cinta Nabi s.a.w kepada kita... Jangan tahan air mata. Biarlah titisan air mata itu menjadi bukti cinta kita kepada utusan Allah yang mulia.

Hayatilah...


Sungguh, Allah menyayangi hamba - hambanya yang saling berkasih sayang... Cintalah kepadaNabi s.a.w, cintalah kepada ibu bapa kita, cintalah kepada rakan seperjuangan, cintalah kepada Murobbi kita, cintalah kepada mad'u- mad'u kita, cintalah kepada umat kita... Biarlah cinta itu merupakan cinta kerana Allah s.w.t. Maka bergembiralah sahabatku...

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: “Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah”. Maka Muaz berkata: “Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: “Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir”. Kemudian aku (Muaz) bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah”.

(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Uhibbukum fillah...

Tuesday 8 February 2011

Coretan hatiku di saat ini...

Tak sabar...

Wall street dah jatuh...

Mata wang dollar jatuh....

Sempadan rafah mempunyai harapan untuk dibuka semula...

Fikrah islam sudah bertebaran di muka bumi...

Rakyat major sokong ikhwan...

Israel bakal menjadi sejarah yang tidak boleh dipinda...

Rancangan Zionis pasti gagal, menghampakan mereka...

Palestin bakal kembali kepada genggaman kita...

Islam bakal menaungi seluruh dunia...

Sejarah bakal diulang semula...


TETAPI....


Jangan pula kita LEKA...

Ayo kita berUSAHA...

Ayo kita bersiap-SIAGA...

Ayo kita PEKA...

Ayo kita jgn putus ASA...

Ayo kita mengharap REDHA-Nya jua...


Walaubagaimanapun... SABAR juga menjadi keperluan kita...


Ayo berdoa supaya kita semua tsabat di jalan ini... =)

Berbalik juga kepada tarbiyah yg menjadikan kita semua begini...


Ya Allah, pereratkanlah ikatan ini...

pereratkanlah ikatan ini...


pereratkanlah ikatan ini...