Sunday 19 July 2009

Isra' Mikraj


Salam perjuangan buat para du'at semua... moga titik peluh kita dalam meneruskan rislah perjuangan Nabi kita menjadi mutiara yang berkilauan di syurga nanti atau menjadi buah yang akan meberi manfaat kepada umat dan melahirkan benih yang baru.

Hari ini merupakan Isra' Mikraj iaitu hari yang disambut oleh umat Islam setiap tahun di seluruh dunia. Peristiwa memberikan impak yang sangat besar kepada Rasulullah dan seterusnya keapda umat Baginda. Peristiwa ini juga boleh dijadikan pengajaran kepada antum yang menjadi ghulam dakwah ilallah...


  1. Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
  2. Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
  3. Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
  4. Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
  5. Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
  6. Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, mewar-warkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
  7. Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala future dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
  8. Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
  9. Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi. (petikan dari maalimfitariq)