Thursday, 24 March 2011

SPM, Bermulanya Langkah, Satu Latihan...


23 Haribulan, tarikh penentuan buat para calon - calon SPM 2010.
" Penentuan? ye ke?"


Di setiap detik perjalananku ke SDAR, jantungku tidak sedegup rakan - rakanku yang lain. Ku tidak gelabah seperti seorang dua rakanku yang bersamaku ketika nak mengambil keputusan SPM. Mengapa ini berlaku? Jauh dalam sudut hatiku, ku tahu, keputusan latihanku sepanjang tahun 2010 untuk mengimbang risalah yang ku pikul dan memburu ijazah yang menjadi platform untuk dakwahku akan ditentukan dalam beberapa jam nanti. Redha sahajalah dengan ketentuan Allah. YAKINlah dengan aturan-Nya. Pasti, ia terbaik untuk kita...

*beberapa jam kemudian*

Alhamdulillah ku mendapat 9A1B (2A+ 5A 2A- 1B)


Baiklah, apa pengajaran yang boleh diambil? Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan manusia yang kita kenali terutama manusia yang bernama Melayu (apabila Melayu semestinya Islam), tidak mempunyai cita - cita dan matlamat yang jelas. Jika ada matlamat atau cita - cita pun, cita- citanya hanyalah untuk jangka masa pendek. Misalnya,

"Aku nak jadi doktor lah. Boleh rawat orang. Duit pun banyak jugak. Mula - mula, bukak klinik kecik dulu.... pastu kalo dah ade duit buat specialisation bahagian jantung... Hmmm lepas tu leh kerja kat IJN.. Gaji mesti banyak punya. Tapikan, doktor kena banyak korban masa.. hmmm... takpelah mahu seribu daya, tak hendak seribu dalih.... Kenala berkorban awal dulu... Nanti masa depan senang... Lepas tu, kumpul duit, leh aku kawin Mira tu, honeymoon kat hawaii, buat rumah dekat KL........." dan seterusnya.....

Tetapi, permasalahan yang timbul, pengakhiran cerita itu bagaimana? Selalunya pengakhiran cerita, watak hidup bahagia bersama isteri dan anak cucu. Tiba saat kematian si watak, habis...
-The End-

Adakah "The End" yang sedemikian yang diburui? Nyata di sini watak dalam cerita tersebut tidak mempunyai matlamat yang nyata dan jelas. Manusia yang mempunyai matlamat yang jelas atau mempunyai agenda dalam hidupnya tidak menjadikan hidupnya tidak bermakna dan sia -sia. Apa yang dirancang oleh watak tadi merupakan projek dunia semata - mata.

Rancanglah segalanya - galanya dengan rancangan jangka masa panjang;

iaitu projek akhirat.

Oleh itu, kepada para - para da'ie yang mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan, muhasabah kembali (sila rujuk blog Hazrin), untuk apakah kita belajar dan duduki peperiksaan selama ini, mungkin juga kerana Allah mahu menguji kita (67:2). Dan juga buat mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, ke mana kita guna nikmat dan pemberian Allah kepada kita untuk kebaikan umat, kejayaan kita bukan untuk sekolah, ipt, atau kolej, tetapi untuk umat, sebagaimana slogan yang selalu kita sebutkan:

MUMTAZ FOR UMMAH!
'CEMERLANG UNTUK UMAT!'


Moga - moga latihan kita sepanjang 2010 akan mematangkan pemikiran kita dan memantapkan multi-skills kita sebagai seorang da'ie... Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment