Thursday, 17 June 2010

Takut Dengan Ketidaksempurnaan Diri



(gambar hiasan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung sekalian... Virus demam bola sudah menular, oleh itu, berhati hatilah ya, jangan sampai organ2 ad-deen kita terabai begitu sahaja yaa...

Tajuk post saya pada kali ini saya tujukan khas buat mereka yang 'cuak' atau tidak mempunyai keyakinan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan... Selalunya mereka ini gentar untuk memikul tanggungjawab yang berat... Lagi - lagi tanggungjawab sebagai seorang muslim, khalifah, pemimpin, da'ie dan juga sebagai seorang murabbi... Mengapa? Mereka merasakan diri mereka ini:

-tidak layak kerana merasakan diri
  • mempunyai banyak kelemahan
  • tidak soleh
  • tidak baik
(gambar hiasan)
  • perangai seperti syaitan
  • merasakan diri tidak cukup ilmu
Baiklah saudara sekalian, di sebalik kehidupan kita untuk menuntut ilmu dan 'score' dalam peperiksaan, dan juga berbakti kepada ibu bapa kita, saya ingatkan kepada saudara sekalian agar tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan di akhirat kelak...

Jika kita ingin dianggap manusia di sisi Allah dan bukan seperti binatang ternak, dan mahu menempatkan diri di syurga paling teratas di sisi Allah kelak, maka peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan sebagai seorang da'ie ilallah...

Dari senarai tugas dan matlamat kita dalam kehidupan kita di atas muka bumi ini,
Ibn Mas'ud r.a mengingatkan manusia ibarat bangkai hidup kecuali tidak lain dan tidak bukan:

"Al-amr bil ma'aruf wa al-nahyu 'an al - mungkar"

iaitu: mereka yang menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran.

Firman Allah Taala: "Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku. Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik".
Yusuf: 108

Walaupun diri tidak sempurna, tanggungjawab dan tugas berdakwah tidak terangkat sekali dari senarai kewajiban kita. Memang betol Allah amat murka buat mereka yang menyeru kebaikan tetapi dia sendiri tidak mempraktikkannya...

Jangan kita sekali -kali terpedaya dengan tipu helah syaitan yang sentiasa membisik di hati kita yang kita ini 'tidak baik'...

'Aku ni bukanlah bagus sangat...'
'Sapelah aku nak bimbing orang...'

Sedemikianlah bisikan syaitan yang mampu untuk memperdaya kita untuk tidak sanggup memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya...

Hakikatnya, memang kita ini tidak punyai ilmu yang cukup, tetapi Allah telah mewajibkan kita berusaha menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain... Berusahalah mencari ilmu sebagai pelengkap kepada kita, khususnya kita yang menjalankan tugas ini.... Carilah ilmu dan berusahalah memperbaiki diri dan seterusnya memperbaiki orang lain, seperti kita mencari sesuap makan untuk diri sendiri dan keluarga...

Nabi juga telah bersbada,

الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Ertinya: Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah (Riwayat Abu Daud)

Nabi juga pernah mengatakan ganjaran untuk seseorang itu menyebabkan orang lain mendapat hidayah ialah satu dunia dan seisinya! Oleh itu, dimanakah usaha - usaha kita untuk mengumpul bekalan untuk akhirat kelak? Inilah dia, antara bekalan yang paling Allah suka, iaitu dakwah...

Sekian sahaja post saya untuk kali ini, moga kita bersama sama memikul beban dakwah ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah yang telah diwariskan kepada kita ini... Salam bola...

No comments:

Post a Comment