Sunday 21 June 2009

...perjalanan di jambori...



Pada 6 hingga 9 Jun 2009, Jambori Remaja Muslim Nasional telah diadakan buat kali pertama di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.Target jambori ini adalah kepada para remajayang berusia 13 –17 tahun. Dalam jambori ini telah diadakan pelbagai aktiviti.Antaranya ialah, war games, ball games, water games, mendaki Gunung Angsi, Opkim, pertandingan membina kubu, pertandingan kawad,pertandingan memasak, dua pengisian yang diberi oleh Mejar Nazri b. Munsman dan Prof.Madya. Dr. Zainur Rashid b. Zainudin.

SABTU

Ana dan Mohd Farhan telah menyertai program tersebut.Kami bertolak dari stesen KTM Seremban pada pukul 9.30 pagi ke Hutan Lipur Ulu Bendul dan sampai ke destinasi pada pukul lebih kurang 10.30 pagi.Selepas itu, kami mendaftarkan diri dan seterusnya memasang khemah yang disediakan oleh pihak penganjur.Kemudian pada pukul 1.00 tengah hari, para peserta menikmati makan tengah hariseterusnya solat Zohor secara berjemaah di Astaka. Selepas itu diadakan taklimat untuk para peserta jamboritentang perjalanan sepanjang Jambori itu dan pembahagian kumpulan untuk para peserta. Terdapat 12 kumpulan san setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang fasilitator. 2 kumpulan akan membentuk satu section dan 6 section akan membentuk satu batalion.Kemudian pada pukul 4.00 petang diadakan slot ‘ice breaking’ dan ‘ team building’. Pada malam itu, pada pukul 9.00 malam, pengisian pertama telah diberi oleh Mejar Nazri yang bertajuk “Remaja Muslim: Dari Mana Ke Mana?”. Slot ini banyak menekankan tentang golongan remaja dan kepentingan mereka dalam usaha dalam memperjuangkan agama suci serta mengembalikan syiar Islam kepada seluruh dunia seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa tokoh Islam pada zaman dahulu seperti Muhammad Al – Fateh, Salahudin Al – Ayubi, dan Usamah bin Zaid. Beliau juga telah memperkenalkan latarbelakang KRIM kepada para peserta. Pada pukul 11.00 pada malam yang sama, muhasabah pengisian telah diadakan bersama fasilitator – fasilitator yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan .

AHAD

Hari ini dimulakan dengan program qiamullail untuk para peserta jambori. Seterusnya diadakan solat subuh secara berjemaah dan bacaan Al – Ma’thurat. Sejurus selepas itu, sesi tazkirah telah diberikan oleh Uztaz Helmi. Selepas itu, parapeserta berkumpul di depan Astaka untuk senaman pagi dan latihan kawad yang dikendalikan Mejar Nazri. Selepas latihan kawad dan senaman pagi, kumpulan 7 – 12 akan melakukan aktiviti khidmat masyarakat dan kumpulan 1 – 6 akan mendaki Gunung Angsi.Bagi aktiviti khidmat masyarakat, para peserta telah mengutip sampah sarap di sekitar kawasan tapak perkhemahan dan kawasan – kawasan yangditetapkan. Sesi ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu, para peserta berpeluang untuk mandi di sungai yang berdekatan.Bagi aktiviti mendaki Gunung Angsi, para peserta telah mendaki gunung ini sehingga ke sebuah jeram untuk para peserta mandi. Malam itu, kami telah berbincang untuk malam kesenian iaitu pada malam esok. Selepas itu diadakan aktiviti telur.Aktiviti ini banyak memupuk semangat kerjesama antara ahli kumpulan. Seterusnya adalah pertandingan kawad, pertandingan memasak, dan pertandingan membina kubu.

ISNIN

Seperti biasa pagi ini bermula dengan solat Suboh secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ma’thurat dan seterusnya sesi tazkirah.Tazkirah untuk hari ni diberi oleh seoarang fasilitator yang mengkisahkan tentang salah seorang tokoh tokoh Islam iaitu Salman al – Farisi.

Pada hari ini akan diadakan aktiviti – aktiviti lasak, iaitu war games, ball games, dan water games. Untuk war games, setiap kumpulan mempunyai bendera masing masing untuk dijaga daripada diambil oleh pihak lawan. Mereka juga diberi peluang untuk ‘mematikan’ahli kumpulan lawan dengan plastic dipenuhi air. Mereka juga perlu mencuri bendera – bendera tambahan untuk mendapat markah bonus.

Untuk ball games pula, setiap ahli kumpulan akan mempunyai pasangan masing – masing. Setiap pasangan akan diikat di kaki mereka masing masing. Oleh itu, para peserta sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perkara ini menambahkan lagi dugaan dan cabaran ahli peserta.

Bagi water games, aktiviti dijalankan di dalam kolam. Misinya adalah untuk membawa tiga daripada satu ahli kumpulan menyeberang kolam tanpa membasahi mereka. Aktiviti ini juga memupuk semangat bekerjsama antara ahli kumpulan.

Malam yang sama adalah malam kesenian. Para peserta dikehendakimembuat persembahan mengikut kreativiti masing – masing.

SELASA

Hari yang terakhir tiba masanya. Pada pukul 7.00 pagi diadakan pengisian kedua yang bertajuk “Peranan Kita – Remaja di Gaza” yang diberikan oleh Dr. Zainurrashid. Beliau telah menekankan peranan remaja dan kepentingan remaja yang akan mewarisi pucuk kepimpinan negara pada suatu hari nanti. Remaja merupakan antara aset yang terpenting umat Islam, itulah yang diungkapkan beliau.

Seterusnya ialah majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Majlis ini dirasmikan oleh wakil dari JAINS iaitu Ustazah Zawiyah. Dengan itu berakhirlah perjuangan para peserta Jambori Remaja Muslim Nasional 2009…

Pengalaman yang ana perolehi buat perkongsian ahli-ahli BADAR sekalian..

  1. Kita adalah tonggak pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Justeru itu kita perlu mempersiapkan diri dengan segala elemen kekuatan bagi kita menggalas tanggungjawab tersebut.

  2. Kita harus menjaga kekuatan ukhuwwah yang merupakan rahsia kekuatan umat Islam. Melalui Jambori ini ana dapat berkenalan baru dari pelbagai negeri.

  3. Remaja adalah aset penting negara. Hanya dengan jalan didikan atau tarbiyah dapat menjadikan kita hebat sebagaimana para sahabat r.a.

  4. Tugas dakwah amat berat dan masyarakat menantikan kita . Program Opkim ( operasi khidmat masyarakat) di kampung Ulu Bendul amat memberikan kesan pada ana.

  5. Perkara yang amat menarik ialah saya dapat bertemu dengan abang ex-Badar Sdr. Fadhil b. Basery (Presiden 08 ), Sdr. Muhammad A.D b. Satiman ( Tim. Presiden) dan Sdr. Fakhri b. Mohd Sobri senagai fasilitator program tersebut di samping fasi-fasi lain. Ana bangga mereka adalah permata Badar untuk umat masa depan hasil didikan madrasah Badar Sdar ini…

No comments:

Post a Comment