Tuesday 8 December 2009

Orang memberi lebih gembira daripada orang yang menerima???

tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah (gambar hiasan)

Assalamualaikum buat mereka yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini... Moga ilmu dan pengalaman yang berharga boleh dijumpai pada laman ini... Insya-Allah...
Untuk post ini ingin dirungkaikan sedikit tentang atitud kebanyakan manusia tentang sikap memberi dalam kalangan mereka, dan pentingnya sikap memberi ini sepanjang perjalanan dakwah dan harakah ini...

Baru - baru ini dalam majalah Solusi isu no. 14 ada mengupas sedikit tentang sikap memberi dalam kalangan masyarakat... Banyak ibrah yang boleh diamalkan dalam routine harian kita sebagai seorang dai'e yang mempunyai sikap memberi... Antaranya:-

1. Untuk membawa orang lain berjaya bersama kita, sikap memberi mesti diamalkan.
Sikap ini sudah menjadi tradisi hidup para salafussoleh. Lihat sahaja kepada idol kita iaitu Rasulullah s.a.w, baginda dikenali sebagai pemimpin yang berjaya, di mana di bawah didikan baginda lahir ramai pemimpin-pemimpin yang berjaya. Antaranya Saidina Abu Bakr r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a, Saidina r.a, dan tokoh2 yg lain... Ini bermakna, dalam konteks dakwah ini, sikap memberi sangat penting untuk para da'ie menarik obyek dakwah (mad'u) mereka iaitu sasaran dakwah mereka.

(gambar hiasan)

Sikap memberi Rasulullah ini (menyampaikan risalah Islam) telah diteruskan oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan umumnya salafussoleh. Generasi yang hidup 300 tahun selepas Rasululah s.a.w ini terus memberi masa, tenaga dan jiwa mereka untuk menyebarkan dakwah, menyampaikan ilmu, memberi bimbingan, dan membentuk satu lagi generasi seperti mereka.

2. Sunnah Rasulullah.
Rasulullah s.a.w adalah insan yang paling banyak memberi. Sejarah hidup Rasulullah s.a.w banyak memaparkan bagaimana Baginda memberi tenaga, harta malah jiwanya untuk umat manusia mendapat hidayah Islam. Sejarah hidup Baginda banyak merakamkan Baginda memberi bukan sahaja pada waktu senang, bahkan semasa susah. Sewaktu susah, Rasulullah memberi dengan penuh kesabaran. Sewaktu senang Baginda memberi dengan penuh kesyukuran. Pernah ada orang Arab Badwi yang menerima kambing pemberiannya pernah berkata, "Dia memberi tanpa rasa takut kepada kekurangan."

Manakala sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, 'Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau mensedekahkan atau menginfakkan) hartanya.' Sedangkan malaikat yang kedua berdoa, 'Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.'" (Riwayat al-Bukhari no.2383)

3.Mengikis sifat mazmumah
Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yang kita miliki adalah milik adalah punca sifat2 mazmumah. Dengan menyimpan harta (tanpa memberi) sama seperti menyimpan virus berbahaya dalam hati kita. Yakinilah, sikap memberi (cth; sedekah, zakat, derma. sumbangan) adalah terapi, ubat dan penawar kepada penyakit - penyakit hati. Maka terbuktilah ungkapan, " Memberi lebih gembira daripada menerima"

(gambar hiasan)

4.Mendapat lebih banyak.
Percayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Ykni dengan memberi harta, ilmu, iman, dan tenaga milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita.

(gambar hiasan)

Firman-Nya: "Bandingan(derma) orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap - tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia bagi-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (surah al-Baqarah 2:261)

Ini suatu yang menakjubkan... Namun itulah janji Allah. Dia Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah...

5.Memantapkan ukhwwah.
Kemesraan dalam perhubungan disebabkan sikap memberi. Sikap memberi boleh dilihat dalam perbualan sehari - hari. Orang yang memberi lebih banyak mendengar daripada bercakap dalam komunikasi. Terdapat satu ungkapan yang mengatakan, ' The first duty of love is to hear'.(Tugas cinta yang pertama ialah mendengar) Ini bermakna dengan memberi ( dalam konteks ini bersedia untuk menjadi pendengar), kita telah bersedia menjadi sahabat, saudara, pemimpin dan murabbi yang baik.

Inilah kepentingan untuk adanya sikap memberi ini dalam hati seorang da'ie... supaya mereka mudah diterima masyarakat dan strategi untuk mendekati mad'u...Sekian sahaja post ana utk kali ini... Da'ie bersama mendidik dan berbakti... Wassalam...

No comments:

Post a Comment