Sunday 6 December 2009

Tsabatkan diri anda...

tentera Islam dahulu berperang (gambar hiasan)

"Wahai saudaraku, persiapkanlah segala sesuatu dengan matang, jadikan dakwah sebagai panglima dalam setiap kesempatan. Timbang segala sesuatu menggunakan standard dakwah. Setiap yang anda lakukan mesti untuk dakwah. Sediakan diri anda, harta,waktu, pekerjaan dan semua yang dimiliki untuk memperjuangkannya. Perjalanan anda akan mendapat rintangan yang banyak yang berupaya untuk melemah dan melunturkan tekad. Jangan putus asa dan jangan merasa lemah. Ingatlah selalu firman Allah dalam surah As-Saff:10-11." (dipetik dari buku Pemikiran Moderat Imam Hasan Al-Banna)

Assalamualaikum kepada anda semua yang masih dan sedang mengharungi ujian di muka bumi Allah ini... Ingatlah, ujian itu merupakan fitrah kehidupan manusia, di mana setiap insan ini WAJIB mengharungi ujian. Ujianlah yang mengajar kita tentang kehidupan... kehidupan seorang da'ie... Oleh itu, tsabatkan hati dan diri anda... Ambilah ibrah daripada kisah dakwah Rasulullah dahulu...

Cabaran baginda sepanjang masa 10 tahun berdakwah di Mekah dan 13 tahun di Madinah menjadi satu tarbiah Allah s.w.t kepada baginda... Contohilah baginda... Bagaimana baginda menyelesaikan masalah pemulauan dan penindasan kaum Quraisy terhadap mereka yang menerima ajaran Rasulullah, dengan berhijrah ke Madinah... Hijrah ke Madinah itu bukanlah satu pelarian seperti apa yang dianggap oleh sesetengah sejarawan Barat, tetapi satu strategi dakwah Rasulullah... Tengok tu, mereka ditindas tetapi mereka tidak langsung mengalah dan tewas dengan ugutan dan tawaran musuh; perempuan, pangkat, harta, dan ada yang diseksa kerana enggan kembali kepada agama nenek moyang mereka... Malah, mereka lebih bertambah yakin terhadap Allah dan Rasul-Nya... dan akhirnya mereka diberikan ganjaran yang baik dengan peluang berhijrah ke Madinah... Merekalah generasi quranik yang tidak akan lahir lagi sesudah itu... Walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini...

Dengan hikmat dan kebijaksanaan Allah SWT telah ditentukan bahawa persoalan akidah adalah persoalan pokok bagi dakwah ini sejak zaman permulaankerasulan Nabi Muharmnad SAW; dan bahawa Rasulullah SAW memulakanlangkah pertamanya di dalam dakwah ini dengan menyeru dan mengajak manusia berikrar bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah juga bahawa beliau meneruskan dakwah dengan membimbing umat manusia supaya dapat mengenal Tuhan mereka yang sebenarnya dan supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada Tuhan sahaja.

Inilah contoh mereka yang tidak menjadikan konsep Lailahaillallah dengan betul...


Jikalau kita lihat pada fenomena yang biasa kita lihat dengan masyarakat abad ini... Mereka lalai menyedari waqi' kehidupan yang sepatutnya disedari oleh semua muslim. Mereka yang lupa daratan ini menjadikan wang dan pangkat sebagai rebutan,

(gambar hiasan)

malah sanggup menggadaikan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk mencari wang sedangkan keluarganya hidup dengan senang... Jauh berbeza dengan para sahabat yang merebut untuk menjadikan harta sebagai jariah... Ini boleh dilihat apabila Rasulullah melihat Abu Bakr as-Siddiq r.a mendermakan seluruh hartanya untuk Islam, dan apabila baginda bertanya apa yang akan diberikan oleh sahabat baginda tersebut kepada isteri dan keluarganya, Abu Bakr a.s berkata, "Aku tinggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk isteriku dan keluargaku." Betapa hebatnya para sahabat pada masa dahulu...

Selain itu, kebanyakan pemuda abad ini mempunyai sikap toleransi yang tinggi kepada amalan jahiliah. Baru diuji dengan ajakan kawan, sudah terikut...


(gambar hiasan)

Baru ditegur kerana mencarut, lagi banyak carutannya... Malah mereka menjadikan carutan itu sebagai benda biasa... tetapi mereka menjadikan pemuda-pemuda yang selalu membasahkan lidah dengan zikir adalah satu gurauan... Itulah cabaran da'ie - da'ie abad ini... Hidup bersama keluarga yang tidak mengerti urgensi dakwah, hidup sebilik rakan yang hanya mengerti keseronokan di dunia, duduk sekelas rakan yang sering memulaukan mereka... Inilah ujian ujian dijalan dakwah. Allah sudah berfirman supaya mempersiapkan diri. Terutama sekali para pemuda yang menjadi rijal dan pendokong dakwah dalam meneruskan perjuangan risalah nabi. Sabarlah. Tabahlah.Teruskan. Itulah perjuangan...

No comments:

Post a Comment