Wednesday 28 August 2013

"Nama kau sape?" =D

gambar hiasan


Biasa kita hidup sebagai seorang pelajar pasti kita jumpa pelbagai manusia, tak kisah la samada dari kalangan pelajar juga, guru, makcik cafe, pensyarah dan lain lain. Mereka adalah manusia yang hidup di sekeliling kita. Bekerja dan belajar sekeliling kita. Mereka juga adalah ciptaan Al-Khalik. Secara tidak langsung mereka merupakan makhluk. Tapi yang membezakan mereka dengan makhluk yang lain adalah mereka itu manusia. Tak kisah samada mereka itu muslim atau non-muslim, melayu atau cina, cina ataupun india. 

Jika kita jumpa mereka setiap hari, bekerja dan belajar dengan mereka setiap hari, duduk di dalam bas sebelah mereka ke fakulti dan sekolah setiap hari, duduk bertentangan dengan mereka di dalam LRT, maka adakah mereka itu patut dibiarkan begitu sahaja? Kalau kita ini adalah seorang manusia biasa, maka jawapannya adalah YA. Kita akan membiarkan mereka begitu sahaja. Tetapi apakah erti kehidupan kita ini sebagai seorang pelajar amnya, dan seorang muslim wa da'ie khususnya, jikalau perkara yang sama dilakukan??

Jawapannya, RUGILAH OI! Nampak seorang yang sebaya dan tidak dikenali datang ke surau selepas kuliahnya, dan kita buat derk je. RUGI!

Nampak seorang yang luar dari kebiasaan, seperti duduk bila sahaja mahu minum air, mengeluarkan sedekah kepada yang memerlukan dan ia di dalam kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan mereka, dan kita membiarkan sahaja. RUGI !!

Jumpa seorang yang menghulurkan bantuan kepada kita tanpa diminta tetapi kita hanya ucap terima kasih sahaja dan beredar. RU- !! Erm. Tahula apa yang saya nak cakap kan.

Kawan2 yang dirahmati Allah, apalah ertinya hidup kita jika kita hidup macam robot, tak kisah untuk mengenal orang2 sekeliling kita. Macam lagu dalam cerita Lion King, yang membawa slogan "hakuna matata", yang bermaksud tidak perlu risau apa apa. Hidup ini adalah hidup anda, bukan kehidupan orang lain. Sifat individualistik inilah yang tidak kemana dalam hidupnya. Dia hidup untuk dirinya. Dia belajar untuk dirinya. Dia bekerja untuk dirinya. Segala benda yang dilakukan adalah untuk dirinya.

Sebenarnya kita belajar itu adalah bukan sekadar untuk keluarga kita, institusi pengajian kita, mahupun negara kita. Sebenarnya kita belajar itu tujuan sebenar dan sebetulnya adalah untuk ummat Islam. Untuk berkhidmat kepada ummat.

Baik, kembali kepada tajuk, "Nama kau siapa?" :) Sebenarnya soalan ini (untuk mereka yang tidak kenal dan tidak tahu) merupakan soalan yang diutarakan oleh seorang anak ikhwah bernama Umar. Tak salah saya Umar sekarang berumur 4/5 tahun. Beliau seorang yang sangat aktif dan comel. Tapi yang menarik mengenai beliau adalah beliau tidak segan dengan hampir sesiapa dan selalu bertanya, "Nama kau sape?" kepada hampir semua orang yang ada berhampirannya ketika mana mana program. :-D

Umar ibnu Osman :)

Tapi biasala budak kecik. Main cakap je. :D. Tapi budak kecik ni berusaha betul nak ingat nama orang2 yang berprogram bersama abinya. Demikianlah sifat da'ie yang ada pada budak kecik ni. Berusaha membuat kenalan baru dengan sesiapa sahaja yang dia jumpa. 

Bagaimana pula dengan kita? Adakah usia dan ilmu serta pengalaman yang banyak telah meninggikan ego kita sehingga menyebabkan susah kita untuk break the 'wall of silence' dengan orang yang kita baru sahaja interaksi atau duduk bersebelahan?

Ikhwah fillah yang dirahmati Allah, apalah rugi sangat untuk habiskan beberapa minit daripada masa kita untuk membuat kenalan baru. Apalah yang susah sangat mengukirkan senyuman di samping memuji seorang yang tidak kenal kita langsung, tetapi kita mengenalinya sedikit? Allah sahaja tahu, mungkin mereka yang kita kenal nnti menjadi orang contact kita yang kuat membantu business atau carrier kita? Mungkin mereka inilah yang akan membantu kita dalam saat kesusahan? Lagi, mungkin mereka inilah penyebab kita untuk masuk ke syurga? Kerana kitalah penyebab untuk mereka menerima hidayah? Haaaa... 

Ketahuilah, taaruf (perkenalan) itu antara asas pada dakwah. Sangat susah untuk mencapai objektif dakwah dengan baik jika tidak settle, "Nama kau siapa?" :D dan tabiat dakwah ini juga adalah saling mengenal. Bila kita melakukan dakwah, maka nak tak nak perlu untuk kita berkenalan dahulu.

Sekadar perkongsian. Ku akhiri dengan permohonan maaf kerana lama tak update blog, membuat entri ini bukan sebab lama tak buat entri, tapi sebab rasa mahu berkongsi. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Wassalamu'alaikum.

Friday 11 January 2013

Cawan? Sorga? Realiti?

Ini Saya (tidak ada kena mengena)
Assalamu'alaikum. 

Di musim exam ini, hairan betul kalau saya membuat satu post di samping mood study yang kian lama membelenggu diri. Takpelah, moga bermanfaat. Untuk saya dan kita semua.

Sudah menjadi kebiasaan rasanya bila dah masuk alam universiti ni. Mungkin fikiran saya silap, mungkin juga ada benarnya. Saya lihat beza alam uni dari alam alam yang sebelumnya adalah dari segi "kepenuhan cawan yang diisi oleh air" Dapat? Hehe. Pada saya lebih ramai lagi insan insan di alam uni ni sudah terisi hidupnya dengan agendanya yang tersendiri. For instance, saya ambil directla, sudah ramai yang ada komitmennya tersendiri, atau pun dalam erti kata lain sudah ada penglibatan secara komited terhadap sebuah organisasi atau persatuan. Terlibat dengan pelbagai komitmen.Tetapi komitmen yang bagaimana? Mungkin ada yang ada komitmen nak cemerlang exam sahaja semata mata. Hoho. Ada juga yang sudah ada komitmen dalam persatuan seperti persatuan silat, persatuan bahasa, dan lain lain. Tetapi yang saya nak fokuskan kali ini bukan pada komitmen komitmen tersebut. Heh. Post saya kali ini agak mengejut, kerana saya mahu tulis tentang persatuan2 Islam di uni. Heh.

Agak membosankan bukan? "Saya mahu tulis tentang persatuan2 Islam di uni." Macam tak ingin orang baca langsung. Heh.

Bagaimana pula jika saya tulis, "Saya mahu bercakap tentang jemaah2 Islam di uni?" :)

Ha, mesti naik kening sebelah.

Baiklah, kita teruskan.

Di alam universitas ini saya dapat identify beberapa jemaah yang bergiat aktif. Dan saudara/i rasa apa yang saya rasakan? :) Saya rasa sangat bersemangat. Haha. Mungkin kalau jemaah lain bergiat aktif, mungkin pilihan mad'u kita berkurang (if you know what i mean). Dan mungkin kita rasa geram (haha)  dia dapat buat usrah dimana ahli usrahnya lagi banyak dari kita. Mungkin sahaja. Saya tak cakap betul pun. Heh.

Saudara,

Manusia ini terbahagi kepada tiga. Yang pertama yang menjadikan dunia ini sebgai matlamat. Almarhum Ustaz Fathi Yakan merupakan penulis kitab Maza' Yakni Intima'i Lil Islam. Beliau kembali rahmatullah pada tahun 2009, ketika saya form 4, ingat lagi. Al Fatihah. 

Ustaz Fathi Yakan memanggil mereka ni sebagai golongan dahriyyin berdasarkan ayat Quran (al-An'am:29).. Takat hidup mereka sampai dunia sahajalah. Material sahaja yang ada di mata dan di hati. Senang cita mereka ini tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Manakala golongan yang kedua adalah mereka yang tergapai gapai antara dunia dan akirat. Mereka beriman, ya, tetapi Ustaz Fathi Yakan kata aqidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia adalah sia sia tanpa mendapat berkat dan restu daripada Allah. Malah, mereka sangka mereka telah berbuat baik. Na'uzubillah.

Golongan yang ketiga ini adalah mereka yang menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk akhirat. Mereka ini menyertai perlumbaan yang menjanjikan hadiah buat sesiapa sahaja yang menyertainya! Ustaz Fathi Yakan menquote kata kata Imam Al-Banna, di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia" mengatakan: 
"Saudara yang dimuliakan, demi Tuhan, adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong". 
Golongan yang ketiga yang tidak memilih membuat 'pilihan yang sebaliknya' itu adalah mereka yang hidup untuk Islam.

Memang scene sang insan berusrah dan berbulatan gembira mungkin dah sangat common. Mungkin merekalah contoh insan2 yang menjadikan dunia sbg ladang untuk akhirat. InsyaAllah.

Cawan


Baik, balek kepada tajuk, sebenarnya bila kita jumpa dan sering terlihat mereka yang daripada jemaah lain itu giat berusrah ataupun berdakwah, bermakna kerja kita sedang berjalan! Lebih bahayanya bila kita langsung tidak tahu dan peka akan pergerakan dakwah keliling kita kerana duduk sahaja dalam bilik dan tidak terjun dalam masyarakat. Buat yang 'bekerja', pertembungan itu pasti ada. Jangan gusar dan terkejut. Ia adalah fitrah yang pasti berlaku dalam kehidupan berjemaah.

Point yang saya ingin tekankan dan kongsikan kepada rakan2 sekalian adalah bagaimana kita mengisi cawan kita dan rakan rakan sekeliling kita yang kosong itu? Mungkin rakan coursemate kita selalu study dengan kita, riadah dengan kita, pergi kuliah dengan kita. Benar, kita telah menjalankan peranan sebagai rakan coursemate. Tetapi di manakah peranan kita sebagai da'ie, ataupun murabbi? 

Ingat bagaimana Nabi s.a.w hidup dari kecil sampai Nabi dewasa bersama sahabat baik baginda Abu Bakr as-Siddiq, dan akhirnya Abu Bakr menjadi pendokong paling kuat nabi? Bagaimana pula dengan kita? dan rakan rakan serta saudara2 yang hidup bersama kita juga? 

Senang cerita, tanya soalan simple pada diri, pernahkan terlintas dalam fikiran kita, bahawa rakan2 coursemate kita yang agak rapat dengan kita yang kita selalu gelak tawa sekali, kita nak ajak mereka  walaupun seorang, untuk mengikut usrah? Ataupun mengajak mereka untuk kenal dan faham Islam? Muhasabah untuk diri ini yang lemah juga. Ayuh kita mohon pada Allah kekuatan.

Saya teringat pesanan Ir Ahmad Solah dalam talk beliau tempoh hari bertempat di masjid UNITEN. Antara pesanan beliau kepada mahasiswa dan belia adalah supaya kita belajar dan faham Islam ini secara terperinci dan sampaikan kepada masyarakat dengan bersungguh sungguh. Itu antara pesanannya yang saya yakin cukup untuk menggerakkan diri kita ini untuk melakukan kerja kerja mulia ini.

So berusahalah dengan bagaimana cara sekalipun nak mengisi cawan yang kosong mahupun setengah kosong di keliling kita ya.

Sorga


Ha, sebagai satu pencetus kepada amal kita, saya nak ajak para pembaca supaya kita 'race'! Kita lihat ramai yang sudah ada usrah, amal dakwah masing2, dan 'tanaman tanamannya' yang berderet deret yang  dilaburkannya untuk akhirat, maka kita juga harus sertai perlumbaan itu! Perlumbaan yang tidak ada kekalahan. Kemenangan pasti menemuinya buat mereka yang menyertai! Cuma tempat mungkin ada tempat yang kedua, ketiga, dan seterusnya lah. 

Ia adalah perlombaan ke SYORGA!

Konsepnya di sini adalah "fastabiqul khairat" (berlumba - lumba berbuat kebaikan). Maka dalam amal tiada konsep ithar (mengutamakan saudara yang lain), tetapi sebaliknya dalam amal ibadah kita harus tampil ke depan dan rebut pahala.

Realiti


Walaubagaimanapun, realiti tanah air ini cukup membawa pilu kepada diri ini. Saya mengimpikan umat Islam bersatu menentang musuh yang sebenarnya. Musuh Islam yang sebenarnya di mana ramai  yang gagal kenal. Saya mengimpikan ummah ini dapat berfikiran secara matang dan profesional dan tegas dengan mempertahankan aqidah dan agama. Saya mengimpikan sebuah ummah yang tegap berdiri di samping cucukan dan hunusan pedang musuh Islam. Yang lantang bersuara mempertahankan aqidah Islam sekiranya ia diacah dan diancam.

Kerana itu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) muncul dengan satu solusi buat sementara waktu ini dan berdasarkan realiti tanah air ketika ini, iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat". Dan saya setelah beberapa tahun mengikuti tarbiyah ISMA ini sangat mengubah saya daripada seorang pelajar biasa menjadi seorang Muslim yang mempunyai matlamat dan agenda hidup, dan saya yakin dengannya.


Ini harapan saya, harapan anda? (credits to Akh Adnin Roslan)


Mohon maaf atas salah silap dan juga mohon teguran.
Sekian, wassalam.

Nukilan,
Rais Abdul Rahman,
Ikatan Muslimin Malaysia,
Cawangan Kuala Lumpur.