Wednesday 30 December 2009

Lalat VS Lebah ???

Sang Lebah

vs


Sang Lalat


Assalamulaikum buat mereka yang mengunjung ke blog ini... Setelah sekian lama kita melalui musim percutian ini tetapi terasa begitu sekejap sekali berada di bulan ini... Walaubagaimanapun, dapat kita ambil initiatif untuk berhijrah kepada yang lebih baik, kerana untuk mencapai kejayaan, seseorang itu haruslah 'berubah' atau dari erti kata lain berhijrah... Ayuh!

Untuk post pada kali ini, mari kita lihat kepada dua makhluk Allah yang mempunyai ciri - cirinya tersendiri, iaitu sang lalat dan sang lebah. Mari kita lihat kepada kedua - dua serangga ini. Rupa bentuknya hampir sama, dua sayap dan mata yang lebih kurang sama, cuma warna dan atitud mereka sahaja berbeda... Warna tidak ada kena mengena dengan apa yang nak disampaikan ini. Malah, atitud dan misi mereka ini yang perlu dijadikan ibrah dalam mengharungi hambatan - hambatan dakwah sepanjang perjalanan kita sebagai seorang da'ie...

Cuba kita lihat pada lalat...Lalat jikalau kita ingat kita akan dapat jumpa ia tewas di pelekat lalat bersama rakan - rakannya atau penyek dipukul manusia... Tetapi ada perkara tentang lalat ini yang perlu kita lihat... Sang lalat walau di mana sekali pun, walaupun di taman bunga yang penuh dengan bunga - bungaan yang menyejukkan mata, sang lalat masih mencari tempat yang kotor. Malah mereka juga bagaikan ‘memulaukan’ bunga – bunga tersebut.


(gambar hiasan)


Lalat ini dikira selalu mencari yang negatif di sebalik banyak - banyak positif. Dalam erti kata lain, sang lalat memburu kekotoran di kalangan kecantikan dan menjadikan ia sebagai salah satu motif mereka dilahirkan… Memburu kekotoran menjadi misi mereka… Dan hasilnya mereka akan melahirkan lagi ‘sampah – sampah masyarakat’ seperti mereka (membiak)… Lebih – lebih lagi, mereka yang hinggap di tempat – tempat yang kotor itu menjadi penyebar pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan seribu satu kemudaratan… Mereka inilah yang menjadi perosak ‘masyarakat’. Mereka inilah umpama kebanyakan umat Islam sekarang. Ada masjid di tepi rumah, tetapi lebih rela melepak bersama rakan – rakan di tempat – tempat tertentu. Ada rakan yang boleh menasihati mereka, tetapi lebih suka berkawan dengan rakan yang memburu hiburan. Ada Al-Quran di dalam rumah, tetapi lebih gemar mendengar lagu – lagu yang hanya mendatangkan hiburan sahaja, tiada langsung ingat kepada Tuhan. Mereka inilah yang gagal untuk melihat perkara yang positif yang dikaburi perkara yang negatif.



Perkara yang sebaliknya berlaku kepada sang lebah... Sesetengah orang yang face to face dengan lebah, ada yang cabut, ada yang halau, malah ada yang bunuh... Tetapi makhluk ini sebenarnya sangat hebat... Pada abdomen lebah ini, terdapat bahagian yang kita panggil penyengat. Penyengatnya ini adalah salah satu daripada ORGANnya... Maksudnya, lebah ini sanggup mempertahankan sarangnya dengan menggadaikan organnya... beberapa minit selepas itu lebah ini akan 'syahid'... Itu satu... lagi satu... Lebah ini apabila berada tempat yang kotor sekali pun, ia masih mencari bunga. Itulah terernya lebah ini berbanding lalat. Dapat menonjolkan perkara yang positif dan mengaburkan perkara yang negatif... dan daripada itu mereka menghasilkan madu yang boleh menjadi pelbagai penawar seperti dinyatakan dalam al -quran..


Allah s.w.t berfirman dalam surah An - Nahl; 68 - 69,


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung - ganang dan di pokok - pokok kayu dan juga di bangunan - bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga - bungaan dan buah - buahan (yang engkau sukai), serta turutlah keluar dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai - bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang - orang yang mahu berfikir."

(16:68-69)


(gambar hiasan)

Lebah inilah yang menghasilkan penawar kepada seribu satu penyakit... Mereka inilah yang memberikan manfaat kepada kepada orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan apa yang mereka sedang hasilkan daripada gangguan musuh... Jadilah seperti lebah. Untuk menjadi da'ie ia perlu mahir untuk bisa memilih yang baik daripada kalangan yang buruk. Sebagai seorang murabbi juga perlu meneruskan apa yang mereka usahakan, walau apa jua halangan yang menghambat kita daripada melakukannya, iaitu membentuk rijal yang bakal menjadi pendokong agama pada suatu hari nanti. Oleh itu, siapa menang? Terpulang kepada anda untuk menentukannya... Wassalam...

2 comments:

  1. Bgus jgak artikel.... X terfikir kot.. Anyway... TQ for the artikle... Best giler...

    ReplyDelete
  2. syuqran... moga leh menjadi manfaat kpd kita...

    ReplyDelete