Tuesday, 18 October 2011

Jom Selamatkan Akidah!


Salam perjuangan buat sahabat2x sekalian. Di samping kesibukan sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang bakal menjelang nanti, agama yang dicintai ini perlulah tidak lari dari senarai keutamaan dalam hidup kita ini. Jom selamatkan umat! Jom selamatkan akidah!

Saturday, 27 August 2011

Ramadhan Terakhirku... Kisah Sang Da'ie, Satu Motivasi

Sedikit tazkirah ringkas sempena Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini... Hayatilah...
Disarankan untuk menontonnya "fullscreen" =)


Salam perjuangan buat sahabat2x di jalan ini. Moge thabat dan istiqomah sentiasa. Bercakap tentang istiqomah dan tetap di jalan yang ditelusuri ini, memang benar, dalam bulan Ramadhan sekalipun, ada jiwa - jiwa ini yang tergugat dan tewas dengan pujuk rayu nafsu. Dalam jalan dakwah ini, pabila terlalu bersemangat, risiko untuk mendapat sifat futur juga ada peratusannya. Tak salah saya, ada dalam karya Mustafha Masyhur atau tokoh dakwah lain yang ada 'mention' pasal terlalu bersemangat dalam jalan dakwah. Sebab apa risiko? Sebab:-

  • Apabila sasaran dakwah gagal, atau tidak mencapai matlamat, individu itu akan mudah 'down' ataupun kecewa.
  • Apabila memikul pelbagai tanggungjawab dan merasakan mahu memikul semua tanggungjawab seorang diri, dan hasilnya kepenatan di hujung minggu. Implikasinya, gagal menghadiri program atau salah satu wasilah tarbiyah yg sepatutnya menjadi keutamaan.
  • Apabila terlalu bersemangat akan meningkatkan risiko untuk beremosional jika ada perkara yang tidak diingini berlaku atau ada rakan seperjuangan yang membuat masalah.
Ok, itu berdasarkan pengalaman hidup dan juga hasil bacaan. Bagus juge bersemangat tinggi nih. tetapi kalau dia seorang sahaja, bakal mengundang pelbagai kemungkinan. Yang penting, bukan semangat yang terlalu tinggi, tetapi himmah (kemahuan) yang tinggi dan matlamat yang jelas. Ia tidak seharusnya dipengaruhi masalah peribadi, seperti:-
  • family
  • kawan
  • tak siap assignment
  • dll
Apabila matlamat kita jelas, seperti mahu mendapat 4 flat untuk menunjukkan qudwah dan menyumbang kecemerlangan untuk umat, atau menjadikan tarbiyah sebagai darah dan daging kita sehingga akhir hayat, atau nak membentuk individu - individu muslim, atau nak menjadikan Islam sebagai mahaguru dunia, perkara2x peribadi tadi insya-Allah tidak akan memberi kesan. Istilahnya adalah, 'profesional'. Apabila sang da'ie bersikap profesional, apabila ditimpa masalah bertubi - tubi, tetapi apabila tiba untuk menjalankan amanah dan kewajipan, ia dilaksanakan dengan baik.

Ada suatu cerita apabila sang da'ie ini sedang memberikan tazkirah dan syarahan kpd para pendengar, tetiba ada seorang memberi sehelai nota kepadanya:

"Anak tuan sudah meninggal"

Sang da'ie tersebut sedikit pun tidak memberikan tanda - tanda sedih ketika sedang berlangsungnya slot beliau. Beliau 'fokus' untuk menyampaikan taujih dan pesanan kepada hati para pendengar. Selepas selesai slot beliau, barulah beliau mengambil kisah tentang nota tadi.

Demikianlah sikap profesional sang da'ie tadi.

Buat rakan - rakan seperjuanganku di KMS dan di tempat2 lain yg usianya di jalan ini sama denganku, yakinlah dengan jalan yang kita telusuri ini. Jalan tarbiyah ini menjaminkan hasilnya. Sebagai rujukan, dalam buku Tarbiyah: Dari Zero Ke Hero, mengapa jalan tarbiyah? Kerana:-
  • Jalan ini sukar, tapi kukuh (hasil yg berkualiti).
  • Jalan ini panjang, tetapi asli (jalan original/jalan para Rasul dan sahabat/tiada cacat cela dalam hasilnya) Tarbiyah ini menjadikan individu yang ditarbiyah menjadi tegar, utuh, thabat di samping mehnah dan ujian di jalan dakwah.
  • Jalan ini lambat, tapi terjamin (hasilnya).
Sekadar berkongsi ide2 dengan anda semua. Wallahua'lam.

Saturday, 14 May 2011

Biologi dan Dakwah

Nama saya Rais bin Abdul Rahman. Hidup saya dibebani harapan tinggi yang diletakkan keluarga pada bahu saya. Mereka mahu saya berjaya. Mereka mahu saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Mereka mahu saya fly overseas. Tetapi malangnya keputusan saya tidak cukup untuk memenuhi hasrat mereka. Biologi subjek kegemaran saya (walaupun selalu tidur dalam kelas), dan itu merupakan satu sebab saya memilih bidang perubatan sebagai pilihan pertama saya. Nak jadi doktor.

(gambar hiasan semata -mata)

Keputusan UPU pula keluar, ternyata sekali lagi saya gagal memenuhi syarat2x untuk mengambil bidang perubatan. Yang saya dapat adalah bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer di UIA. Jauh betul. Ibu ragu tentang peluang pekerjaan untuk mereka yang mengambil bidang IT pada masa hadapan. Ibu, terima kasih kerana mengambil berat dan serious tentang masa depan anak ibu. Alhamdulillah.

Pilihan kedua saya pula Matrikulasi. Memang betul, peluang untuk mengambil bidang medik dan fly memang ada selepas matrik, tetapi dengan satu syarat, kena la score 4 flat. =) Orang kata, saingannya banyak, perlu bersaing dengan student asasi lagi dan sebagainya, dan mengikut info dari rakan saya, Matrik ni susah. Kena 24 jam menghadap buku. Perumpamaannya begitulah. Tetapi matrik ni setahun sahaja.

Saya fikir kenapa UIA nya yang diapply? Kerana dapat belajar arab, dan juga improve skill komunikasi dalam BI. Tu satu. Dan saya rase bi'ah UIA ni mententeramkan hati sketlah. Baiklah, medic susah nak dapat kalo minta tukar kat UIA ni, kerana mereka mahu yang the best, kalau camtu, kenalah pilih bidang len yg berkaitan ngan bio sket. Dan bidang sains hayat (biology science) tetibe mendapat perhatianku. Ia bukan bidang kritikal dan mudah dapat kalo minta tukar bidang. Ok lah, tukar sains hayat lah.

Ibu berulang kali kata, "jangan pilih tempat belajar kerana kawan". Insya-Allah tak ibu, Rais pilih apa yang Rais rasa terbaek untuk Rais. Ibu mungkin beranggapan saya mahu masuk UIA sebab kawan dan tak nak masuk Matrik sebab banyak cabarannya, dan saya tiada langsung mahu study overseas dan dia juga risau saya bertukar-tukar bidang. Sebenarnya, saya dah lama nak ke overseas, memang teringin sangat, especially negara-negara timur tengah dan bumi anbiya'. Ruh dakwah dan kesedaran Islam yang murobbi - murobbiku semai dalam diriku ini mula bercambah dengan keinginanku mahu menjejak kaki di bumi penuh dengan sejarah dakwahnya.. Jazakallah kepada murobbi - murobbiku. Moga Allah balas kalian dengan balasan syurga dan seluruh dunia dan seisinya. Tetapi Allah tidak membenarkanku lagi nampaknya. Ini bukan masanya lagi untukku. Mungkin ada misi lain yang ku perlu selesaikan kat tanah air ni. Mungkin jadi da'ie waqi' la kot. ^_^

Bidang sains hayat ini nanti in the end boleh buat bidang bio med, pharmaeutical, dan ape- ape entah.. Boleh jadi saintis, pensyarah, researcher dll. Minat juga. Bidang bio ni memang mengingatkan kita pada Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w selalu mengajak para sahabat merenung dan melihat ciptaan Allah. Memang terbukti, Allah is the Best & Great Creator! Takde pencipta lain leh menandingi-Nya.

Baiklah, ayuh masuk bab pengajaran.

1. Saya menyesal tak berusaha bersungguh awal - awal dan score teruk untuk SPM, menyebabkan laluan saya susah sket lepas ni. Akibat sesalan dan kesedaran, saya boleh mencari jalan lain untuk teruskan kehidupan. (moga Allah permudahkan). Ada lah manfaat sket kalo kita menyesal tu kan? Tetapi adakah kita sesalan kita di akhirat nanti membawa apa - apa manfaat? Fikir - fikirkanlah. Di dunia ini merupakan satu latihan dan ujian Allah kepada kita. Allah nak kita berfikir. Oleh itu, janganlah membuka peluang untuk diri kita menyesal kerana tidak berusaha bersungguh - sungguh kat dunia ni. Baik 'bidang' dunia mahupun akhirat. Dah cukup adil dan kasihan Allah kepada kita memberi 2nd chances kat dunia ni. Bukan 2nd chances, entah tak tahu brape chances. Tak terkira.

2. Jangan hampakan harapan ibu bapa. Jika mereka telah meletakkan harapan kita untuk berjaya. Maka kita tiada pilihan. Iaitu berjaya. Kita yang merancang, kita yang usaha, Allah yang tentukan. Jangan la usaha tak sebeberapa, dan cakap, "alah, ni Allah yang tentukan".

Dalam buku هذا الدين (Inilah Islam) karya Syed Qutb,

"Agama ini terlaksana dalam kehidupan manusia melalui:
  • usaha manusia sendiri
  • menurut kemampuan
  • realiti kehidupan manusia"
Allah tidak mahu agama kita ini terlaksana dengan pelik. Begitu jelas pengajaran yang boleh diambil dari Perang Uhud. Sebahagian dari kalangan tentera Islam ketika itu beranggapan bahawa mereka merupakan jemaah Islam, iaitu agama Allah, sudah pasti mereka menang.
Terbukti jika kondisi - kondisi seperti usaha mereka sendiri sepert taat kpd arahan Rasulullah dan terus memainkan peranan bukit Uhud itu, tidak dipenuhi, maka kekalahan menyambut mereka.

firman Allah s.w.t :

"Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan musibah kepada musuh di peprangan BADAR), kamu berkata: Dari mana datangnya (musibah) ini? Katakanlah (wahai Muhammad): (Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana ingkar perintah Rasulullah)."

(Ali-Imran:165)
3. Tiada yang jelas antara hitam atau putih, Antara hitam atau putih, ada juga warna kelabu sedikit. Maksudnya, di dunia ini, kegagalan sekali bukan kegagalan selama - lamanya. Tidak semestinya tidak cemerlang SPM, habes la malap masa depan.. Jadi penyapu sampah je lah.. Jangan. Allah menguji kita untuk dilihat siapa di antara kita yang terbaik amalannya. (Al-mulk:2) Maka kegagalan merupakan satu bentuk motivasi dari Allah untuk kita terus berusaha!

Sekian, wassalam...

Nukilan hati (4:17pm, 14/5/2011, di laman rumah Sepang)



Thursday, 24 March 2011

SPM, Bermulanya Langkah, Satu Latihan...


23 Haribulan, tarikh penentuan buat para calon - calon SPM 2010.
" Penentuan? ye ke?"


Di setiap detik perjalananku ke SDAR, jantungku tidak sedegup rakan - rakanku yang lain. Ku tidak gelabah seperti seorang dua rakanku yang bersamaku ketika nak mengambil keputusan SPM. Mengapa ini berlaku? Jauh dalam sudut hatiku, ku tahu, keputusan latihanku sepanjang tahun 2010 untuk mengimbang risalah yang ku pikul dan memburu ijazah yang menjadi platform untuk dakwahku akan ditentukan dalam beberapa jam nanti. Redha sahajalah dengan ketentuan Allah. YAKINlah dengan aturan-Nya. Pasti, ia terbaik untuk kita...

*beberapa jam kemudian*

Alhamdulillah ku mendapat 9A1B (2A+ 5A 2A- 1B)


Baiklah, apa pengajaran yang boleh diambil? Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan manusia yang kita kenali terutama manusia yang bernama Melayu (apabila Melayu semestinya Islam), tidak mempunyai cita - cita dan matlamat yang jelas. Jika ada matlamat atau cita - cita pun, cita- citanya hanyalah untuk jangka masa pendek. Misalnya,

"Aku nak jadi doktor lah. Boleh rawat orang. Duit pun banyak jugak. Mula - mula, bukak klinik kecik dulu.... pastu kalo dah ade duit buat specialisation bahagian jantung... Hmmm lepas tu leh kerja kat IJN.. Gaji mesti banyak punya. Tapikan, doktor kena banyak korban masa.. hmmm... takpelah mahu seribu daya, tak hendak seribu dalih.... Kenala berkorban awal dulu... Nanti masa depan senang... Lepas tu, kumpul duit, leh aku kawin Mira tu, honeymoon kat hawaii, buat rumah dekat KL........." dan seterusnya.....

Tetapi, permasalahan yang timbul, pengakhiran cerita itu bagaimana? Selalunya pengakhiran cerita, watak hidup bahagia bersama isteri dan anak cucu. Tiba saat kematian si watak, habis...
-The End-

Adakah "The End" yang sedemikian yang diburui? Nyata di sini watak dalam cerita tersebut tidak mempunyai matlamat yang nyata dan jelas. Manusia yang mempunyai matlamat yang jelas atau mempunyai agenda dalam hidupnya tidak menjadikan hidupnya tidak bermakna dan sia -sia. Apa yang dirancang oleh watak tadi merupakan projek dunia semata - mata.

Rancanglah segalanya - galanya dengan rancangan jangka masa panjang;

iaitu projek akhirat.

Oleh itu, kepada para - para da'ie yang mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan, muhasabah kembali (sila rujuk blog Hazrin), untuk apakah kita belajar dan duduki peperiksaan selama ini, mungkin juga kerana Allah mahu menguji kita (67:2). Dan juga buat mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, ke mana kita guna nikmat dan pemberian Allah kepada kita untuk kebaikan umat, kejayaan kita bukan untuk sekolah, ipt, atau kolej, tetapi untuk umat, sebagaimana slogan yang selalu kita sebutkan:

MUMTAZ FOR UMMAH!
'CEMERLANG UNTUK UMAT!'


Moga - moga latihan kita sepanjang 2010 akan mematangkan pemikiran kita dan memantapkan multi-skills kita sebagai seorang da'ie... Wallahua'lam

Monday, 28 February 2011

Pemuda dan Perubahan...


Assalamualaikum.... Apa yang ingin dikongsi bersama para pembaca banyak berkenaan dengan kita sebagai umat Islam sejagat. Saya baru pulang dari mukhayyam SDAR-SAS di Gunung Dato, Rembau. Saya hanya menolong abg abg fasi yang sudah sehari awal tiba dari rombongan kami seramai 4 orang dari Selangor. Baiklah, mukhayyam ini disertai oleh para ahli BADAR dan BUSAS dari sekolah masing - masing dengan bertemakan"Bersiap - siaga menghadapi cabaran"

Realiti umat ini adalah kita kekurangan tenaga kerja. Tenaga yang sukarela untuk memikul beban dakwah ini. Memang benar, yang mengasaskan dakwah ini ialah daripada mereka yang sudah berusia atau tidak lagi digelar remaja atau belia.



Cuba kita lihat, dari kalangan mereka yang membuat demonstrasi di bumi anbiya' Mesir, berapa peratuskah mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang tua. Sangat minimal. Oleh itu, siapa yang menggerakkan demonstrasi - demonstrasi di seluruh negara arab tersebut? Mereka ini bergelar pemuda. Mengapa pemuda? Kerana tempoh muda merupakan:
  • tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasul.
  • tempoh penentuan hala hidup.
  • tempoh kemuncak kekuatan fizikal.
  • tempoh penuh keupayaan.
  • tempoh yang amat pemdek.

“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.”

(Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)


Di sini kita dapat menyaksikan demonstrasi jalanan bertukar menjadi revolusi yang menggegarkan, pemerintah yang dibenci berjaya ditumpaskan rakyat yang tidak kenal henti.

Inilah perkara yang boleh dilakukan dengan adanya semangat, komitmen, keikhlasan, keimanan, dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemuda Mesir. Mereka mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengecapi kemanan ketika mengundi, mereka mahu keadilan yang jitu daripada pemerintah yang menaungi mereka.

" Barangsiapa mempunyai himmah (kemahuan yang tinggi), maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun."

-Imam Hasan Al-Banna-


Dalam satu slot kuliah yang diberi oleh saudara Mohd Nor Adzim Shaari yang bertajuk Perubahan, antara yang diperlukan untuk berubah ialah tiada tanda untuk putus asa dalam perubahan. Memang benar, banyak pemuda yang mempunyai pelbagai jenis kelemahan, tetapi jika dibekalkan dengan semangat dan kemahuan yang tinggi, maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun. Walaubagaimanapun, banyak pemuda kini telah hilang jati diri. Mereka bukan lagi singa yang menakutkan para lawan, malah mereka ibarat kijang yang hanya tahu melarikan diri daripada para musuh dengan pantas.

Baiklah... Berubah dan Perubahan.... Mengapa mesti berubah? Berikut merupakan antara sebab - sebabnya:-
  • sunnah kehidupan. mahu tidak mahu. mesti melalui perubahan.
  • peningkatan mestilah melalui perubahan. sepertimana Nabi dan para sahabat berhijrah untuk melalukan suatu peningkatan yang dahsyat full manfaat.
  • suruhan Allah s.w.t. 2:193
  • sunnah Rasul s.a.w permintaan Quraish supaya jangan mengubah sistem hidup mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. (hal ini dijawab dengan surah Al-Kaafirun). Hadis bulan dibahu kiri, matahari dibahu kanan.

Apakah yang diperlukan dalam perubahan? Perubahan yang dilakukan mestilah:-

  • Perubahan yang syumul. Dengan meruntuhkan segala asas jahiliah dan mendirikan asas Islam. Islam mestilah menjadi manhaj hidup manusia dan alam. Jahiliah tidak mungkin bercampur baur dengan manhaj Islam yang sudah sempurna penyampaiannya.
  • Perubahan berasaskan aqidah. Untuk mengembalikan pelaksanaan ubudiyah manusia kepada Allah. Perubahan atas asas agama.
  • Perubahan kemanusiaan. Perubahan kepada Islam menghasilkan dan membenarkan keadilan.

walaubagaimanapun, perubahan yang beginilah yang pasti akan ditentang oleh sistem yang sedang menguasai hidup manusia.

oleh itu, teguhlah pendirianmu dan keyakinanmu terhadap fikrah yang digenggami

Bagaimana melaksanakan perubahan ?

  1. Pembentukan fard Muslim (individu Muslim)
  2. Pembentukan Baitul Muslim (keluarga Muslim)
  3. Pembentukan Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim)
  4. Pembentukan Daulah Islam (kerajaan Islam)
  5. Pembebasan Watan (negara-negara Islam)
  6. dan akhirnya Islam menjadi Ustaziatul Alam (mahaguru alam)

Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah dan menjadi perubah?

  1. Persediaan Aqliyah (akal)
  2. Persediaan Qalb (hati)
  3. Persediaan Haraki (gerakan)

Oleh itu, rebutlah masa muda ini dengan perkara yang bermanfaat untuk umat.
Jadilah seperti Mus'ab bin Umair yang merupakan tunggak dakwah di Madinah.
Tirulah Usamah bin Zaid yang menjadi panglima tentera ketika di usia remaja.
Contohilah Muhammad al-Fateh yang menawan Constantinople di usia mudanya.


"Barangsiapa yang enggan berubah, mereka gagal untuk mengubah dunia"
-sang murabbi-

"Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu melahirkan tokoh - tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya..."