Monday 28 February 2011

Pemuda dan Perubahan...


Assalamualaikum.... Apa yang ingin dikongsi bersama para pembaca banyak berkenaan dengan kita sebagai umat Islam sejagat. Saya baru pulang dari mukhayyam SDAR-SAS di Gunung Dato, Rembau. Saya hanya menolong abg abg fasi yang sudah sehari awal tiba dari rombongan kami seramai 4 orang dari Selangor. Baiklah, mukhayyam ini disertai oleh para ahli BADAR dan BUSAS dari sekolah masing - masing dengan bertemakan"Bersiap - siaga menghadapi cabaran"

Realiti umat ini adalah kita kekurangan tenaga kerja. Tenaga yang sukarela untuk memikul beban dakwah ini. Memang benar, yang mengasaskan dakwah ini ialah daripada mereka yang sudah berusia atau tidak lagi digelar remaja atau belia.



Cuba kita lihat, dari kalangan mereka yang membuat demonstrasi di bumi anbiya' Mesir, berapa peratuskah mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang tua. Sangat minimal. Oleh itu, siapa yang menggerakkan demonstrasi - demonstrasi di seluruh negara arab tersebut? Mereka ini bergelar pemuda. Mengapa pemuda? Kerana tempoh muda merupakan:
  • tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasul.
  • tempoh penentuan hala hidup.
  • tempoh kemuncak kekuatan fizikal.
  • tempoh penuh keupayaan.
  • tempoh yang amat pemdek.

“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.”

(Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)


Di sini kita dapat menyaksikan demonstrasi jalanan bertukar menjadi revolusi yang menggegarkan, pemerintah yang dibenci berjaya ditumpaskan rakyat yang tidak kenal henti.

Inilah perkara yang boleh dilakukan dengan adanya semangat, komitmen, keikhlasan, keimanan, dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemuda Mesir. Mereka mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengecapi kemanan ketika mengundi, mereka mahu keadilan yang jitu daripada pemerintah yang menaungi mereka.

" Barangsiapa mempunyai himmah (kemahuan yang tinggi), maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun."

-Imam Hasan Al-Banna-


Dalam satu slot kuliah yang diberi oleh saudara Mohd Nor Adzim Shaari yang bertajuk Perubahan, antara yang diperlukan untuk berubah ialah tiada tanda untuk putus asa dalam perubahan. Memang benar, banyak pemuda yang mempunyai pelbagai jenis kelemahan, tetapi jika dibekalkan dengan semangat dan kemahuan yang tinggi, maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun. Walaubagaimanapun, banyak pemuda kini telah hilang jati diri. Mereka bukan lagi singa yang menakutkan para lawan, malah mereka ibarat kijang yang hanya tahu melarikan diri daripada para musuh dengan pantas.

Baiklah... Berubah dan Perubahan.... Mengapa mesti berubah? Berikut merupakan antara sebab - sebabnya:-
  • sunnah kehidupan. mahu tidak mahu. mesti melalui perubahan.
  • peningkatan mestilah melalui perubahan. sepertimana Nabi dan para sahabat berhijrah untuk melalukan suatu peningkatan yang dahsyat full manfaat.
  • suruhan Allah s.w.t. 2:193
  • sunnah Rasul s.a.w permintaan Quraish supaya jangan mengubah sistem hidup mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. (hal ini dijawab dengan surah Al-Kaafirun). Hadis bulan dibahu kiri, matahari dibahu kanan.

Apakah yang diperlukan dalam perubahan? Perubahan yang dilakukan mestilah:-

  • Perubahan yang syumul. Dengan meruntuhkan segala asas jahiliah dan mendirikan asas Islam. Islam mestilah menjadi manhaj hidup manusia dan alam. Jahiliah tidak mungkin bercampur baur dengan manhaj Islam yang sudah sempurna penyampaiannya.
  • Perubahan berasaskan aqidah. Untuk mengembalikan pelaksanaan ubudiyah manusia kepada Allah. Perubahan atas asas agama.
  • Perubahan kemanusiaan. Perubahan kepada Islam menghasilkan dan membenarkan keadilan.

walaubagaimanapun, perubahan yang beginilah yang pasti akan ditentang oleh sistem yang sedang menguasai hidup manusia.

oleh itu, teguhlah pendirianmu dan keyakinanmu terhadap fikrah yang digenggami

Bagaimana melaksanakan perubahan ?

  1. Pembentukan fard Muslim (individu Muslim)
  2. Pembentukan Baitul Muslim (keluarga Muslim)
  3. Pembentukan Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim)
  4. Pembentukan Daulah Islam (kerajaan Islam)
  5. Pembebasan Watan (negara-negara Islam)
  6. dan akhirnya Islam menjadi Ustaziatul Alam (mahaguru alam)

Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah dan menjadi perubah?

  1. Persediaan Aqliyah (akal)
  2. Persediaan Qalb (hati)
  3. Persediaan Haraki (gerakan)

Oleh itu, rebutlah masa muda ini dengan perkara yang bermanfaat untuk umat.
Jadilah seperti Mus'ab bin Umair yang merupakan tunggak dakwah di Madinah.
Tirulah Usamah bin Zaid yang menjadi panglima tentera ketika di usia remaja.
Contohilah Muhammad al-Fateh yang menawan Constantinople di usia mudanya.


"Barangsiapa yang enggan berubah, mereka gagal untuk mengubah dunia"
-sang murabbi-

"Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu melahirkan tokoh - tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya..."

1 comment:

  1. generai akhir zaman lagi rapuh... that's a fact- kebenaran..tidak tahu di mana silap nya- ibu dan bapa ATAU kawan2......haii, memang ada hadis yang bermaksud, tanda akhir zaman, salah satu ialah parents takut pada anak...ngerii..banyak yag di lihat depan mata.alhamdulillah rais ok, tak ramai yg aunty tengok baik mcm rais :)

    ReplyDelete