Saturday, 17 March 2012

Penat seorang da'ie.


Penat. Acapkali kita penat dengan keadaan sendiri. Orang lain juga punya 24 jam dalam sehari, tapi jadual kita berbeza. 24 jam yang kita punya membutuhkan kita menggunakan setiap saat dengan sebaiknya. 24 jam = 86 400 saat sehari. Nampak besar angkanya namun kecil porsinya jika dikira-kira dan diletakkan dalam jadual kita.

Kelas berderet dari pagi ke petang. Belum dicampur dengan kelas-kelas tambahan, kelas talaqqi, kelas memasak, kelas Bahasa Arab Ammi, dan macam-macam lagi. Hujung minggu dan malam-malamnya diisi dengan usrah, daurah, liqa’, kuliah, mikraj, dan pelbagai urusan berkaitan.
Kemuncak ujian selalu menimpa sewaktu peperiksaan. Waktu itu taklifan tugas menimbun, dalam masa yang sama markah yang cemerlang perlu diraih. Tidak dicampur dengan jawatan dan amanah yang dipegang yang memerlukan komitmen berterusan. Allah …
Tidak cukup dengan itu,kadang-kadang duit dari kocek sendiri dihulur untuk menampung perbelanjaan itu dan ini. Bukan tiada sumber kewangan yang mencukupi, namun kadangkala menghulur duit sendiri lebih mudah dan cepat penyelesaiannya.
Berjihad itu terkorban
                Cabaran-cabaran dan dugaan sebegini benar-benar meruntun emosi.  Apakah sebegini penat kerja dakwah? Mengapa tidak Allah mudahkan jalan mereka yang ingin mudahkan jalan kemenangan Islam sendiri?
Lelah. Tiada nafas.
 Pernah orang bertanyakan, “Kenapa nampak penat sangat ni?”
Kembali mencari nafas, mengumpul senyum dan kekuatan, “Penat-penat ana pun, penat lagi Rasulullah menyeru manusia, membangunkan negara, mengurus rumah tangga, mengislah manusia dan seisinya malah ibadah Baginda tidak pernah layu pula!”
Bahkan ‘mereka’ lebih penat
                Lupa kita pada besarnya jihad sahabat-sahabat masa lalu. Hasil tarbiyah dan kaedah sulbah Baginda, ternyata yang memimpin saf Islam itu bukan calang-calang orang. Yang tegap dan mantap sahaja akan kekal, yang lemah terlebih dahulu jatuh tertinggal.
Menyusuri kisah Khabbab bin Al Arat, bayangkan apabila beliau dipaksa memakai baju besi dan dibaringkan di tengah panas sehingga kulitnya menggelupas. Tidak cukup dengan itu, kepalanya diselar dengan panas merah membara lalu diseret di atas bara api hingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan api tersebut.
Khalifah Umar sendiri sewaktu melihat kesan parut di belakangnya berkata,”Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedemikian rupa.”
Tapi apa kata Khabbab sewaktu Islam sudah berjaya mengungguli dunia ?
“Nampaknya Allah s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita alami. Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima.”
Cukuplah dengan kemenangan Islam sahaja, tidak perlu ganjaran untuk dirinya. Allahu Allah.
Lihat pula kehebatan Abdullah bin Huzaifah As Sahmy yang telah ditawan tentera Rom. Beliau telah disalib, dipanah dengan busur, dan dicampakkan dalam bekas air yang mendidih. Menangis teresak-esak Abdullah sewaktu disiksa sebegitu kejam. Lantas Raja Rom bertanya,”Mengapa kamu menangis?” Jawab Abdullah b Huzaifah :
“Aku bercita-cita diberikan 100 nyawa agar dicampakkan seperti ini demi Allah SWT(mempertahankan iman)”
Jeda.
Adakah berat sedemikian ujian kita? Tidak dilempar ke bara, tidak dicampak ke lautan, tidak ditiup angin taufan, bahkan sebenarnya ujian kita melawan nafsu dan diri sendiri untuk diseimbangkan dalam medan dakwah.
“Dakwah akan bergerak dengan poket-poket pendakwah”- Hassan al Banna
Kalau orang lain meraikan kemasukan duit elaun setiap bulan dengan memanjakan diri di kompleks membeli belah dan membeli gajet-gajet terbaru, namun tidak bagi seorang daie. Awal-awal bulan lagi, perancangan kewangan perlu diurus supaya lebih banyak wang dan harta dapat disumbangkan ke jalan ini.
Cukuplah As-Syahid Imam Hassan al Banna berpesan :
“Apabila kamu bertanya tentang harta yang digunakan untuk jalan dakwah, ia tidaklah lain dari harta yang sedikit mereka infakkan dengan penuh keredhaan dan ketenangan jiwa. Mereka memuji Allah apabila harta yang diinfakkan berjaya mengangkat darjat mereka dari darjat berseronok dengan kehendak dunia kepada darjat berjimat dalam memenuhi keperluan hidup”
Tidakkah semakin kukuh hati ini apabila disapa ayat-ayat suci dari Dia ?
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat” (Al-Baqarah:265 )
Sungguh, yakinlah harta yang disumbangkan di jalan Allah pasti menyusun saham-saham kita di akhirat kelak. Saidina Abu Bakar As-Siddiq sendiri dengan penuh keikhlasan menyerahkan seluruh harta untuk membiayai Perang Tabuk, yang tinggal untuk dirinya dan keluarganya, cukuplah Allah dan RasulNya. Tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan ‘tadhiah’ kita.
Kembali tajdid niat
Ayuh sahabat, tajdid niat dan perbaharui langkah setiap hari. Sudah cukupkah amal kita untuk dipersembah di arena Mahsyar kelak? Masih adakah masa untuk goyang kaki meratapi diri saat ummah kering jiwanya, minta dibasahi renjis-renjis tarbiah dan thaqafah.
Jangan biar ummah kembali menuding jari pada da’i, “Engkau yang salah tidak menyedarkan aku suatu ketika dahulu!” Tapi berlumba-lumbalah menjadi asbab kepada hidayah milik Allah buat orang lain, moga penat yang tidak seberapa ini dihisab sebaiknya di sisiNya.
Moga yang menulis terlebih dahulu beramal.

Oleh:
Sakinah Zulkarnain
Tahun 2 PerubatanJordan University of Science and Technology
linknya di sini.

Monday, 27 February 2012

Dilema Sang Da'ie: "Akademik, atau Usrah?"

Salam buat para pembaca.

Saya mengajak para pembaca supaya kita bersama2x mengangkat kesyukuran kita kepada Allah Azza' Wa Jalla kerana kita maseh menikmati nikmat Islam dan Iman di samping menghirup udara Allah yang f.o.c ini. Selawat dan salam juga kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w kerana tanpa usaha keirngat baginda dan para sahabat, mana mungkin kita dapat merasai apa yang kita rasai sekarang.

Baik, direct to the point.
Setiap hari kehidupan kita sebagai seorang part-time student & full-time da'ie,
Memang kita akan menghadapi dilema untuk memilih,


antara usrah dengan kuliah,
antara daurah dengan study group,
antara mukhoiyam dengan program sekolah/kolej/ipt,
antara mesyuarat perwakilan pelajar dengan syura bersama ikhwah,

senang cita, antara ijazah + markah kokurikulum dengan risalah. ;)

kan?

Ha, ini memang sudah sah akan dilalui oleh mereka yang bestatuskan seorang da'ie, lebih - lebih lagi jika dia terlibat dengan jemaah/ngo/dll.

Memang tidak dinafikan, kedua -dua itu penting, tapi akan tiba masanya apabila salah satu akan menjadi lebih penting. Akan tiba masanya salah satu akan menang dengan rakannya (bukan lawannya). Cuba fokus dan digest akan apa yang akan saya letakkan pada skrin beberapa saat selepas ini:-

"Tidak ada manfaatnya ijazah tanpa risalah. Dalam kegirangan dan keghairahan kita menggenggam segulung ijazah, seharusnya kita beringat, ilmu agama itu tidak terhingga peri pentingnya. Risalah Islam itu seharusnya menjadi buruan semua kita."

"Tidak ada manfaatnya ijazah tanpa risalah". Dapat?

Tak kisahlah, jika sang pelajar score mumtaz dalam semua imtihan sekalipun, tetapi jika dia score semata - mata dan hanya untuk exam, apakah erti dan penghayatannya sebagai seorang pelajar? Jihadnya hanya ada ketika masa2x tertentu, iaitu pabila si dia bernama peperiksaan semakin menghampiri. Itu satu. Yang keduanya, pasti sedang bermain dalam fikiran entum, wahai pembaca. Jika tidak terlintas, meh saya bagi satu contoh lagi. Hebat berpidato dan menguruskan satu organisasi, dan pada akhir tahun dengan bangganya keluar sek/ipt dengan menggenggam segulung sijil koko yang bernilai entah tak ternilai padanya. Hebat. Tetapi lebih hebat pabila pada masa yang sama dia keluar kolej dengan semangat membawa risalah nabi.

Saya teringat sms yang pernah dihantar oleh seorang ikhwah:
"Ikhwah, dakwah tidak semudah menyanyi lagu shouhar (shoutul harokah). Ternyata lebih sukar daripada ungkapan lirik"

Baiklah, di sini saya mahu berkongsi. Dalam hidup kita ada pelbagai keutamaan. Dan keutamaan2x tersebut bergantung pada masa, tempat, dan keadaan. Untuk memudahkan kita menentukan perkara mana dahulu yang kita patut dahului, kita kelaskan dahulu perkara -perkara tersebut kepada 4 quadrant, iaitu perkara yang:-
  • tak penting tetapi segera
  • tak penting dan tidak segera
  • penting tetapi tidak segera
  • penting dan segera
Mari kita ambil contoh, jika ketika itu keperluan dakwah mendesak, dan jika kita skip kelas tidak memudaratkan apa apa, maka dakwah ketika itu menjadi penting dan segera manakala kelas menjadi penting tetapi tidak segera. CONTOH ye. Terpulang kepada saudara/i untuk menentukannya.

Ingatlah, segala usaha kita untuk agama Allah ini menjadi bukti syahadah kita. Wallahua'lam.

(Perenggan ini saya tambah setelah berfikir dua tiga kali apa yang saya post ini. Mungkin ada yang tersilap faham. Salah saya juga. Salah beri contoh. :) Baik, saya tambah contoh lagi. Jikalau pada ketika itu dakwah memanggil dan tidak ada cara untuk lepas dari skip kelas, dan skip kelas membawa kepada apa2x keburukan, oleh itu, utamakanlah kelas. ^_^ Yang penting, bermujahadah lah untuk kedua-duanya..! BEtul?) Sekian, wassalam.


Tuesday, 20 December 2011

Yakinkah kita pada jalan tarbiah.. ?



Salam buat para sahabat yang bergelar da'ie ilallah.

Saya teringat kisah Kaab bin Malik yang menolak tawaran kerajaan Ghassan ketika beliau dipulau oleh para sahabat r.a dan Nabi s.a.w sendiri akibat dari keengganannya menyahut seruan jihad. Ana ambil iniatif untuk bace balik kisah tu.

Hmm.. Mesej awal yang dapat saya selitkan hasil dari bacaan dan dokumentasi ikhwah ialah betapa kuatnya pegangan Kaab bin Malik r.a walaupun dipulau dan ditawarkan dengan kedudukan politik, lebih daripada material yang beliau ada pada ketika itu. Beliau yakin dengan jalan yang telah dilaluinya, dengan jalan yang para sahabatnya yang lain sedang lalui di depan matanya, dan of course jalan yang kekasih Allah telah bentangkan untuknya dan para sahabat yang lain.

Demikianlah sirah. Sirah yang perlu untuk kita hayati dan ambil pengajaran. Pengajaran yang penuh dengan hikmah dan mesej. Pengajaran yang menggambarkan betapa hebatnya tarbiyah Allah kepada para hamba-Nya. Dan juga ibrah yang menjelaskan efek tarbiyah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Dan juga contoh mereka yang telah jatuh cinta pada jalan tarbiah. Jalan yang menjaminkan hasilnya.

Sememangnya, rutin harian kita tidak lari daripada kerja, kelas, kuliah, assignment, tutorial, experimen2x, serta tugas2x yang lain. Saya tak nafikan, menguruskan dan bekerja dalam mana2x organisasi dan bergabung dalam sebuah jemaah serta menjalani hidup sebagai seorang pelajar memang memenatkan. Takpelah biar penat, asalkan puas pabila mengetahui kita sudah beramal sebaik boleh. (tetapi jangan puas, sebab amal kita mana mungkin guarantee cukup)

Tetapi masalah yang timbul ialah apabila saya menemui seorang sahabat ni. Dia meluahkan perasaannya:

"Rais, aku rasa tak nak lagi la bende2x ni. Dakwah, tarbiyah sume ni. Aku just nk jadi orang baik je. Aku nak fokus pada study aku, buat family aku bangga, nanti bru aku leh start balek."

Saya pasti kisah2x seperti ini sudah tidak asing lagi bagi kita, dan untuk mereka yang baru tahu akan wujudnya fenomena sebegini, ada ye, ni based on real story.

"Aku tahu Rais, aku tahu batasannya. Kami..... insya-Allah... =) hehe. Walau apa pun aku akan 'support' ko."

Cinta. Sememangnya fitrah manusia. *Sigh* Orang yang kental hatinya sahaja dapat mengkongkong kemahuan nafsunya. Kecualilah kalau kita jatuh cinta pada jalan tarbiyah. Itu takpe.

Saudara, ingat, syahadah yang kita ucapkan tidak bererti apa2x jika tidak dibuktikan dengan lisan dan tindakan.

Jalan tarbiyah yang kita telusuri ini adalah jalan para nabi. Jelas dalam sirah Nabi s.a.w mementingkan kepada proses tarbiyah daripada penekanan kepada siasi apabila menolak tawaran daripada pembesar Quraisy untuk memegang tampuk pemerintahan. Dan hasilnya dapat kita lihat pada generasi - generasi yang seterusnya. Ingat tak ketika sebelum bermulanya perang Khandaq, pabila berita baik yang disampaikan Baginda bahawa kota Rom akan ditawan Islam suatu hari nanti.

***

Generasi demi generasi, cubaan demi cubaan, sehinggalah putera kepada Sultan Murad, Muhammad Al-Fateh menawan Kota Constantinople. Beliaulah apa yang disabdakan dalam hadis baginda :

Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.

(Al Hadis)
K, begitu maintainnya usaha para pahlawan Islam dahulu sehinggalah mereka mengecapi kejayaan. Mereka begitu yakin dengan sabda Rasulullah, dan sejarawan telah merekodkan pelbagai cubaan oleh tentera Islam untuk menawan kota tersebut.


Saudara, apa lagi yang diragui dengan jalan ni. Telah banyak manusia yang memainkan peranan sebagai da'ie ilallah. Membenarkan diri sebagai seorang da'ie dan berusaha dan tekad melakukan kerja2x dakwah adalah satu bentuk tarbiyah diri. Apatah lagi hidup di dalam bi'ah yang mempamerkan realiti ummat yang di jurang kehancuran. Insha-Allah, apabila sekali berjaya mujahadah, kali ke 2 dan seterusnya tidak sesusah sepertimana pada kali pertama. Yang penting, ketahuilah jihad kita pada waktu ini adalah jihad tarbiyah, berusaha membina para rijal di samping arus jahiliah yang melanda ummat. Ingat saudara, janji Allah itu pasti. Ganjaran buat mereka yang berdakwah dan berusaha mentarbiyah manusia2x ini amatlah besar. Saya selitkan beberapa ayat Quranul Karim sebagai renungan untuk kita:

"..dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
(Al-Hajj:40)

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Muhammad:7)

Saudara, ada lagikah jalan yang lebih menjaminkan lagi? Ragu lagikah anda pada jalan tarbiyah?
Tanya pada diri, renung pada amal.
Adakah kita cukup bermanfaat kepada ummat dan agama.


Sesungguhnya tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan kita untuk ia digerakkan, kerana walaupun kita tidak mahu sekalipun, masih akan ada manusia di seluruh pelosok dunia ini yang sudi menggerakkannya. Hakikatnya kita yang memerlukan tarbiyah. Wallahua'lam.


Sunday, 20 November 2011

Air, Dahsyat!

Alhamdulillah pada kali ini terlintas di hati ingin berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat baru - baru ini. Kepada para pencinta - pencinta Islam dan pembawa risalah nabi sekalian, ayuh kita mengambil pengajaran daripada air, sebuah makhluk ciptaan Allah yang bisa boleh diambil contoh akan character - characternya. Ia boleh menjadi pembina dan juga menjadi pemusnah pada masa yang sama!


Air, begitu signifikan kepentingannya dalam kehidupan seharian manusia. Namun, ada sesuatu yang hebat tentang air ni. Air ni merupakan suatu benda yang lembut. Menyejukkan suhu. Sedap pada tangan. Berikut merupakan kehebatan air yang boleh saya senaraikan.


1. Air merupakan pembina yang hebat. Jom cari contoh. Hmm.. Konkrit? Konkrit takkan wujud jika tiada air. Kalo tiade air,


yang tinggal hanyalah debu2x simen. Dah ada air pun nak bina konkrit pun bukan sekejap. Air juga main peranan dalam mengekalkan kesegaran sebuah tumbuhan, atau dalam bahasa sainsnya, turgidity. Apabila dah segar tu, memang segar betul lah. Air juga main peranan dalam membentuk kepulan - kepulan awan yang terapung di angkasa. Dan kita tak akan dapat lihat dengan mata kasar proses pembentukan awan tersebut. Dan tak tahu berapa lama ia ambil.

2. Air merupakan pemusnah yang tidak tersangka juga. Jikalau kita tengok pada besi. Betapa gagahnya besi sehingga memerlukan seseorang yang betul betul kuat untuk mematahkannya. Jika orang tahu kelebihan air, dia boleh menggunakan air untuk memusnahkan besi itu bukan sahaja patah dua, tetapi hancur luluh.

Bagaimana pula dengan air laut? Lagi dahsyat. Sekali tsunami,


kita hanya dapat lihat sahaja. Walaupun kita sudah tahu yang ia akan berlaku hasil daripada perkembangan teknologi mengesan tsunami terkini, air memang hebat. Tetapi apa di sebalik pengajaran dan analogi yang boleh dibawa?


Baiklah, begitu juga dengan tabiat jalan dakwah dan tarbiyah ini. Ia bukan sekejap. bukan senang. Ia sering diancam malah diiringi dengan ancaman jahiliah. yang bisa merosakkan sang manusia. Untuk membina manusia dan mengajak umat kepada kebenaran, prosesnya bukan berlangsung dalam beberapa minit dan jam, tetapi berbulan, malah bertahun. Untuk meruntuhkan jahiliah dalam diri seseorang itu juga tidak sebegitu mudah. Tetapi untuk jahiliah hinggap pada bahu kita setiap hari amat mudah. Cuba compare and contrast dengan air. =)

Membina binaan dengan konkrit seperti membina individu manusia. Perlunya acuhan air yang tepat. Tak terlebih, dan tak terkurang. Dan jangka masa pembinaannya lama.

Kesegaran pada tumbuhan adalah disebabkan oleh air juga. Tak boleh sikit sangat, tak boleh banyak sangat. Begitu juga pabila nak menyegarkan iman kita. Perlunya kepada tarbiyah yang mencukupi.

Formasi kepulan awan adalah hasil daripada kuantiti molekul molekul air yang banyak dan tempoh masa yang tertentu. Lagi tebal awan, lagi banyak manfaat kpd manusia (hujan, redup) tetapi memerlukan molekul air yg lebih banyak dan masa yang lebih lama. Untuk membentuk masyarakat muslim juga memerlukan demikian. Untuk membentuk bond - bond antara molekul - molekul tersebut, perlunya kepada tarbiyah.

Kereta api yang tak berguna lagi amat menyakitkan mata memandang dan menambahkan kekurangan ruang. Airlah menjadi pelupusnya (karat). Nak memusnahkan jahiliah yang memang tak padan dengan jasad dan rohani manusia perlu masa yang panjang. Lagi kental jahiliah tu, lagi banyak kesabaran yg dituntut. Walau lama mana pun, maseh ada saki baki jahiliah yang ada pada keretapi tersebut. Maka, berusahalah tanpa kenal henti!

Tsunami memusnahkan sebuah pekan dan bandar dengan masa yang cukup pantas. Sepertimana jahiliah yang dengan mudah menjerumuskan manusia ke lembah jahiliahnya. Oleh itu, ambil lah langkah-langkah berhati - hati.

SELAMAT BERAMAL! ^_^

"Jalan kita adalah berlainan dengan jalan jahiliah. Seandainya kita cuba berjalan seiring dengannya biar pun selangkah jua nescaya kita kehilangan pedoman dan kita akan meraba dalam kesesatan."

Monday, 14 November 2011

Worker and Leader



Karnival Kokurikulum Matrikulasi, (KAKOM Ke-11) , 10 - 16 hb November 2011

Kehidupan pelajar ada bermacam. Di sekolah mahupun kolej, di kolej mahupun universiti, setiap pelajar ada corak kehidupannya tersendiri. Ada yang bermatlamatkan straight A's sahaja, dan ada yang mahu sekadar berjumpa dengan rakan - rakan dalam erti mencari keseronokan. Ada pula yang nak mencari teman hidup. Ada juga yang tak bermatlamat langsung. Sekadar menghadiri kuliah sebagai masa yang ideal untuk tidur. Itu yang saya boleh nampak lah. Sekadar pandangan peribadi daripada saya. Saya 'respect' dengan para pelajar yang studynya bersungguh, hubungan dengan kenkawannya baik, dan hubungan dengan Allah juga baik. Malah, tak banyak yang boleh kita jumpa orang sebegitu di sebarangan kolej atau universiti. Setakat ini yang banyak saya jumpa ialah mereka yang bertekad nak strive exam, and study semata - mata untuk exam. Tapi in the end, takdelah strive seperti yang diinginkan. Ade juga yang strive, tapi tak banyak.

Ade juga manusia dalam satu organisasi mempunyai dua kemungkinan sikapnya. Idependent, or dependent. Ada 'worker' yang dependent, hanya menunggu arahan, dan mengharapkan orang lain untuk melakukan suatu tugasan untuknya. Leader yang dependent ada gak. Dia mengharapkan pengikut - pengikutnya sahaja untuk melakukan tugasan selepas memberi arahan kepada mereka.

(gambar hiasan)

Tapi tak pernah 'turun padang'. Ada pula worker yang independent, dan lebih baik lagi, dia proaktif. Pekerja yang tidak kenal erti rehat. Yang bertungkus lumus melaksanakan tugasnya walaupun melakukannya seorang diri. Dan di penghujung harinya dia terlentang di atas katil, kepenatan. Tapi jika ada banyak worker sebegini dalam sebuah organisasi, mantaplah sumber tenaga kerja mereka. Ada pula leader yg independent. Idea - ideanya mencurah - curah dari fikirannya. Hasil daripada pengalaman dan didikan yang diterima. Dia juga tidak membiarkan para pengikutnya membuat kerja. Dia tidak akan duduk dengan selesa jika di saat itu para pengikutnya sedang bermandi peluh. Hmm.. susah nk cari org camtu. Sepertimana Rasulullah s.a.w bersama - sama bermandi peluh dengan para sahabat menggali parit besar pra peperangan Khandaq..


Worker dan leader yang independent adalah ciri - ciri yang disenaraikan dalam salah satu muwasoffat individu muslim yg disenaraikan oleh Imam Hassan al-Banna. Qodirun 'alal kasbi.

Mari kite refleksi samada kita ada adalah seorang dependent worker and leader atau independent worker and leader.

'Menjadi orang yang penting adalah baik, tetapi menjadi orang yang baik, jauh lebih penting'