Sunday 20 November 2011

Air, Dahsyat!

Alhamdulillah pada kali ini terlintas di hati ingin berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat baru - baru ini. Kepada para pencinta - pencinta Islam dan pembawa risalah nabi sekalian, ayuh kita mengambil pengajaran daripada air, sebuah makhluk ciptaan Allah yang bisa boleh diambil contoh akan character - characternya. Ia boleh menjadi pembina dan juga menjadi pemusnah pada masa yang sama!


Air, begitu signifikan kepentingannya dalam kehidupan seharian manusia. Namun, ada sesuatu yang hebat tentang air ni. Air ni merupakan suatu benda yang lembut. Menyejukkan suhu. Sedap pada tangan. Berikut merupakan kehebatan air yang boleh saya senaraikan.


1. Air merupakan pembina yang hebat. Jom cari contoh. Hmm.. Konkrit? Konkrit takkan wujud jika tiada air. Kalo tiade air,


yang tinggal hanyalah debu2x simen. Dah ada air pun nak bina konkrit pun bukan sekejap. Air juga main peranan dalam mengekalkan kesegaran sebuah tumbuhan, atau dalam bahasa sainsnya, turgidity. Apabila dah segar tu, memang segar betul lah. Air juga main peranan dalam membentuk kepulan - kepulan awan yang terapung di angkasa. Dan kita tak akan dapat lihat dengan mata kasar proses pembentukan awan tersebut. Dan tak tahu berapa lama ia ambil.

2. Air merupakan pemusnah yang tidak tersangka juga. Jikalau kita tengok pada besi. Betapa gagahnya besi sehingga memerlukan seseorang yang betul betul kuat untuk mematahkannya. Jika orang tahu kelebihan air, dia boleh menggunakan air untuk memusnahkan besi itu bukan sahaja patah dua, tetapi hancur luluh.

Bagaimana pula dengan air laut? Lagi dahsyat. Sekali tsunami,


kita hanya dapat lihat sahaja. Walaupun kita sudah tahu yang ia akan berlaku hasil daripada perkembangan teknologi mengesan tsunami terkini, air memang hebat. Tetapi apa di sebalik pengajaran dan analogi yang boleh dibawa?


Baiklah, begitu juga dengan tabiat jalan dakwah dan tarbiyah ini. Ia bukan sekejap. bukan senang. Ia sering diancam malah diiringi dengan ancaman jahiliah. yang bisa merosakkan sang manusia. Untuk membina manusia dan mengajak umat kepada kebenaran, prosesnya bukan berlangsung dalam beberapa minit dan jam, tetapi berbulan, malah bertahun. Untuk meruntuhkan jahiliah dalam diri seseorang itu juga tidak sebegitu mudah. Tetapi untuk jahiliah hinggap pada bahu kita setiap hari amat mudah. Cuba compare and contrast dengan air. =)

Membina binaan dengan konkrit seperti membina individu manusia. Perlunya acuhan air yang tepat. Tak terlebih, dan tak terkurang. Dan jangka masa pembinaannya lama.

Kesegaran pada tumbuhan adalah disebabkan oleh air juga. Tak boleh sikit sangat, tak boleh banyak sangat. Begitu juga pabila nak menyegarkan iman kita. Perlunya kepada tarbiyah yang mencukupi.

Formasi kepulan awan adalah hasil daripada kuantiti molekul molekul air yang banyak dan tempoh masa yang tertentu. Lagi tebal awan, lagi banyak manfaat kpd manusia (hujan, redup) tetapi memerlukan molekul air yg lebih banyak dan masa yang lebih lama. Untuk membentuk masyarakat muslim juga memerlukan demikian. Untuk membentuk bond - bond antara molekul - molekul tersebut, perlunya kepada tarbiyah.

Kereta api yang tak berguna lagi amat menyakitkan mata memandang dan menambahkan kekurangan ruang. Airlah menjadi pelupusnya (karat). Nak memusnahkan jahiliah yang memang tak padan dengan jasad dan rohani manusia perlu masa yang panjang. Lagi kental jahiliah tu, lagi banyak kesabaran yg dituntut. Walau lama mana pun, maseh ada saki baki jahiliah yang ada pada keretapi tersebut. Maka, berusahalah tanpa kenal henti!

Tsunami memusnahkan sebuah pekan dan bandar dengan masa yang cukup pantas. Sepertimana jahiliah yang dengan mudah menjerumuskan manusia ke lembah jahiliahnya. Oleh itu, ambil lah langkah-langkah berhati - hati.

SELAMAT BERAMAL! ^_^

"Jalan kita adalah berlainan dengan jalan jahiliah. Seandainya kita cuba berjalan seiring dengannya biar pun selangkah jua nescaya kita kehilangan pedoman dan kita akan meraba dalam kesesatan."

No comments:

Post a Comment