Saturday 14 May 2011

Biologi dan Dakwah

Nama saya Rais bin Abdul Rahman. Hidup saya dibebani harapan tinggi yang diletakkan keluarga pada bahu saya. Mereka mahu saya berjaya. Mereka mahu saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Mereka mahu saya fly overseas. Tetapi malangnya keputusan saya tidak cukup untuk memenuhi hasrat mereka. Biologi subjek kegemaran saya (walaupun selalu tidur dalam kelas), dan itu merupakan satu sebab saya memilih bidang perubatan sebagai pilihan pertama saya. Nak jadi doktor.

(gambar hiasan semata -mata)

Keputusan UPU pula keluar, ternyata sekali lagi saya gagal memenuhi syarat2x untuk mengambil bidang perubatan. Yang saya dapat adalah bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer di UIA. Jauh betul. Ibu ragu tentang peluang pekerjaan untuk mereka yang mengambil bidang IT pada masa hadapan. Ibu, terima kasih kerana mengambil berat dan serious tentang masa depan anak ibu. Alhamdulillah.

Pilihan kedua saya pula Matrikulasi. Memang betul, peluang untuk mengambil bidang medik dan fly memang ada selepas matrik, tetapi dengan satu syarat, kena la score 4 flat. =) Orang kata, saingannya banyak, perlu bersaing dengan student asasi lagi dan sebagainya, dan mengikut info dari rakan saya, Matrik ni susah. Kena 24 jam menghadap buku. Perumpamaannya begitulah. Tetapi matrik ni setahun sahaja.

Saya fikir kenapa UIA nya yang diapply? Kerana dapat belajar arab, dan juga improve skill komunikasi dalam BI. Tu satu. Dan saya rase bi'ah UIA ni mententeramkan hati sketlah. Baiklah, medic susah nak dapat kalo minta tukar kat UIA ni, kerana mereka mahu yang the best, kalau camtu, kenalah pilih bidang len yg berkaitan ngan bio sket. Dan bidang sains hayat (biology science) tetibe mendapat perhatianku. Ia bukan bidang kritikal dan mudah dapat kalo minta tukar bidang. Ok lah, tukar sains hayat lah.

Ibu berulang kali kata, "jangan pilih tempat belajar kerana kawan". Insya-Allah tak ibu, Rais pilih apa yang Rais rasa terbaek untuk Rais. Ibu mungkin beranggapan saya mahu masuk UIA sebab kawan dan tak nak masuk Matrik sebab banyak cabarannya, dan saya tiada langsung mahu study overseas dan dia juga risau saya bertukar-tukar bidang. Sebenarnya, saya dah lama nak ke overseas, memang teringin sangat, especially negara-negara timur tengah dan bumi anbiya'. Ruh dakwah dan kesedaran Islam yang murobbi - murobbiku semai dalam diriku ini mula bercambah dengan keinginanku mahu menjejak kaki di bumi penuh dengan sejarah dakwahnya.. Jazakallah kepada murobbi - murobbiku. Moga Allah balas kalian dengan balasan syurga dan seluruh dunia dan seisinya. Tetapi Allah tidak membenarkanku lagi nampaknya. Ini bukan masanya lagi untukku. Mungkin ada misi lain yang ku perlu selesaikan kat tanah air ni. Mungkin jadi da'ie waqi' la kot. ^_^

Bidang sains hayat ini nanti in the end boleh buat bidang bio med, pharmaeutical, dan ape- ape entah.. Boleh jadi saintis, pensyarah, researcher dll. Minat juga. Bidang bio ni memang mengingatkan kita pada Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w selalu mengajak para sahabat merenung dan melihat ciptaan Allah. Memang terbukti, Allah is the Best & Great Creator! Takde pencipta lain leh menandingi-Nya.

Baiklah, ayuh masuk bab pengajaran.

1. Saya menyesal tak berusaha bersungguh awal - awal dan score teruk untuk SPM, menyebabkan laluan saya susah sket lepas ni. Akibat sesalan dan kesedaran, saya boleh mencari jalan lain untuk teruskan kehidupan. (moga Allah permudahkan). Ada lah manfaat sket kalo kita menyesal tu kan? Tetapi adakah kita sesalan kita di akhirat nanti membawa apa - apa manfaat? Fikir - fikirkanlah. Di dunia ini merupakan satu latihan dan ujian Allah kepada kita. Allah nak kita berfikir. Oleh itu, janganlah membuka peluang untuk diri kita menyesal kerana tidak berusaha bersungguh - sungguh kat dunia ni. Baik 'bidang' dunia mahupun akhirat. Dah cukup adil dan kasihan Allah kepada kita memberi 2nd chances kat dunia ni. Bukan 2nd chances, entah tak tahu brape chances. Tak terkira.

2. Jangan hampakan harapan ibu bapa. Jika mereka telah meletakkan harapan kita untuk berjaya. Maka kita tiada pilihan. Iaitu berjaya. Kita yang merancang, kita yang usaha, Allah yang tentukan. Jangan la usaha tak sebeberapa, dan cakap, "alah, ni Allah yang tentukan".

Dalam buku هذا الدين (Inilah Islam) karya Syed Qutb,

"Agama ini terlaksana dalam kehidupan manusia melalui:
  • usaha manusia sendiri
  • menurut kemampuan
  • realiti kehidupan manusia"
Allah tidak mahu agama kita ini terlaksana dengan pelik. Begitu jelas pengajaran yang boleh diambil dari Perang Uhud. Sebahagian dari kalangan tentera Islam ketika itu beranggapan bahawa mereka merupakan jemaah Islam, iaitu agama Allah, sudah pasti mereka menang.
Terbukti jika kondisi - kondisi seperti usaha mereka sendiri sepert taat kpd arahan Rasulullah dan terus memainkan peranan bukit Uhud itu, tidak dipenuhi, maka kekalahan menyambut mereka.

firman Allah s.w.t :

"Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan musibah kepada musuh di peprangan BADAR), kamu berkata: Dari mana datangnya (musibah) ini? Katakanlah (wahai Muhammad): (Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana ingkar perintah Rasulullah)."

(Ali-Imran:165)
3. Tiada yang jelas antara hitam atau putih, Antara hitam atau putih, ada juga warna kelabu sedikit. Maksudnya, di dunia ini, kegagalan sekali bukan kegagalan selama - lamanya. Tidak semestinya tidak cemerlang SPM, habes la malap masa depan.. Jadi penyapu sampah je lah.. Jangan. Allah menguji kita untuk dilihat siapa di antara kita yang terbaik amalannya. (Al-mulk:2) Maka kegagalan merupakan satu bentuk motivasi dari Allah untuk kita terus berusaha!

Sekian, wassalam...

Nukilan hati (4:17pm, 14/5/2011, di laman rumah Sepang)



11 comments:

  1. nurhelmi@mentol 2006

    salam rais! ape khabar?! ^_^ moga sehat hendak nye...so abes tu ko sambung mane rais? ko amek uia tu ke or pg matriks?

    ReplyDelete
  2. matrik... ^_^ bes jugak di sini...

    ReplyDelete
  3. nurhelmi@mentol 2ow..masuk matriks mane rais? amek fizik ke hayat? :)

    ReplyDelete
  4. kolej matrikulasi selangor... amek modul3/sains hayat.... =)

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya di matrik ! insya ALLAH, kalu ibu bapa da restu jln tuu, ALLAH un redha.. insya ALLAH leyh jd doktor n smbung overseas :) amin*

    ReplyDelete
  6. syukran atas galakan.. amin.. ups da dekat, ayo mumtaz untuk ummat.. ! =D

    ReplyDelete
  7. ainn_strawberry08@yahoo.com
    Semoga tercapai cita-cita awak utk jd doctor..yg penting, jgn hampa kan harapan ibu ayah.. :)

    ReplyDelete
  8. anda mahu sambung apa selepas ini?
    apakah pendapat anda kalau kita sering gagal dalam sesuatu bidang adakah bermakna Allah memberi hint kita untuk ke bidang lain atau Allah mahu menguji kita?

    ReplyDelete
  9. pendapat saya, dua - dua boleh jadi.. :-)

    ReplyDelete
  10. ana kagum bila dengar anta bersuara..semoga hidup anta di rahmati selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jiddan. :) Mge Allah redha kita. :) (ayat Hilal Asyraf)

      Delete