Sunday 14 February 2010

Usrah tidak bermula selepas umul kitab al - Fatihah???



Habis tu, bila??



(gambar hiasan)

Salam sejahtera ke atas kalian yang masih tetap di jalan ke arah keredhaan-Nya insya-Allah... Moga matlamat kalian tidak lari dari menjadikan Allah sebagai matlamat kita dan moga tugas kita sebagai seorang da'ie tidak akan henti walau sejenak serta terus menghasilkan benih benih dakwah yang terus mekar di muka bumi Allah ini...

Untuk post saya kali ini ingin disentuh sedikit tentang wasilah utama tarbiah iaitu usrah...
Sebenarnya, bilakah usrah itu sebenar - benarnya bermula? Adakah selepas bacaan ummul kitab al - Fatihah, di tengah - tengah usrah, atau di pengakhiran halaqah tarbawiyah tersebut?

Ini sedikit petikan daripada blog akh Syafiq Aizat tentang jawapan dan sedikit huraiannya...

Sebenarnya,USRAH itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Pernyataan ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa sememangnya usrah itu adalah di luar Halaqah.Usrah yang sebenarnya adalah praktikal daripada segala bahan dan teori yang diperolehi daipada Halaqah Usrah.Perkara ini perlu sama-sama kita ingat.Begitulah Islam...Islam adalah praktikal bukan sekadar teori.Hasil daripada akidah yang mantap maka kita akan melahirkan sikap Ubudiyyah kepada Allah.Di dalam halaqah,kita diajar dan diberikan segala ilmu tetapi sedarkah ia adalah untuk apa???...Untuk diAMALKAN.

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat sekalian,
Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahap) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik(mad'u) kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna. Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini..Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Sememangnya pernyataan ini BENAR dan SALAH.
Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata.
Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu. Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:
Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)

"Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

"Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah 2: 153)

Pentingnya Pertemuan Usrah
Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu(usrah), dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi mesin penggerak tanpa mengira masa dan waktu.Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Oleh itu, tetapkanlah pendirian kita dan berdoalah agar Allah membimbing kita ke arah yang haq, dan moga kita tidak menjadi pokok yang layu dan seterusnya tumbang ke dalam lembah jahiliah... Amin...

4 comments:

  1. Salam,perkongsian yng membina,mabruk a'laiki,tulisan ni membina persepsi ana dri segi teori,klu blh berkngsi cara/kaedah nk mempraktikkannya..mgkn melalui pengalaman/mana2 la..the best way nk wujudkn usrah yng ada 'ruh',..supaya 'dakwah kita adalh segalanya' tidak hanya tinggal kata2..

    ReplyDelete
  2. *mabruk a'laika

    ReplyDelete
  3. perenggan dkt atas2,usrah dimulakan dgn kafaratul majlis dan surah al-asr,dan diakhiri dgn al-fatihah,..mmg itu ke mksdnye..?,ke terbalik..?,mula dgn al-fatihah,akhir dgn kafarah..

    ReplyDelete
  4. Salam. syukran.

    Apa yang ana boleh kongsi adalah dalam usrah itu murabbi perlu sedar bahawa dia perlu berinteraksi dengan hati hati mutarabbi dan fitrah mutarabbi sebagai seorang manusia. Samada kreativiti tersendiri, ataupun boleh meminta tips daripada mereka yg berpengalaman, mahupun menalaah buku2 yg membicarakan topik tersebut. Tetapi utk ana, simple je, sampaikan apa yang nak disampaikan dari hati, bukan dari mulut. Kita bukan nk membuktikan yg kita ini pandai berbicara, tetapi kita mahu menyentuh hati dan perasaan mutarabbi dan membawa ia kpd kefahaman Islam. 'Basah'kan perbincangan. Jangan hadkan usrah di halaqah sahaja. Boleh usrah sambil jalan, makan, bawa depa pi berkelah, sambil2 tu beri tazkirah wa taujihat.. Keberadaan murabbi di samping mutarabbi sangat penting dalam pembentukan mutarabbi.

    Utk soalan saudara tentang usrah tidak dimulakan dengan surah Al-Fatihah, tetapi bermula dengan surah kafaratul majlis dan surah al-Asr, ia hanya menghilightkan bahawa usrah tidak hanya di halaqah sahaja. juga ta'aruf dan 2 rukun yg lain tidak dilaksanakn dalam usrah sahaja. secara ringkasnya itulah maksudnya. pelaksanaan amal dan amali hasil pengisian usrah itulah usrah yang sebenar. sejauh manakah mutarabbi mengamalikan apa yang mereka dapat dalam usrah. Wallahua'lam.

    Kalau boleh, murabbi kenalah buat mutarabbinya "pergi ke usrah berlari, balik dari usrah berjalan." Demikianlah proverb tarbiyah oleh seorang sheikh tarbiyah. :D

    p/s: bukan ana yang tulis artikel ni. sumber copy pastenya ana letak sbg link kat perenggan2 awal artikel ni. Ramadhan kareem. :)

    ReplyDelete