Thursday, 24 March 2011

SPM, Bermulanya Langkah, Satu Latihan...


23 Haribulan, tarikh penentuan buat para calon - calon SPM 2010.
" Penentuan? ye ke?"


Di setiap detik perjalananku ke SDAR, jantungku tidak sedegup rakan - rakanku yang lain. Ku tidak gelabah seperti seorang dua rakanku yang bersamaku ketika nak mengambil keputusan SPM. Mengapa ini berlaku? Jauh dalam sudut hatiku, ku tahu, keputusan latihanku sepanjang tahun 2010 untuk mengimbang risalah yang ku pikul dan memburu ijazah yang menjadi platform untuk dakwahku akan ditentukan dalam beberapa jam nanti. Redha sahajalah dengan ketentuan Allah. YAKINlah dengan aturan-Nya. Pasti, ia terbaik untuk kita...

*beberapa jam kemudian*

Alhamdulillah ku mendapat 9A1B (2A+ 5A 2A- 1B)


Baiklah, apa pengajaran yang boleh diambil? Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan manusia yang kita kenali terutama manusia yang bernama Melayu (apabila Melayu semestinya Islam), tidak mempunyai cita - cita dan matlamat yang jelas. Jika ada matlamat atau cita - cita pun, cita- citanya hanyalah untuk jangka masa pendek. Misalnya,

"Aku nak jadi doktor lah. Boleh rawat orang. Duit pun banyak jugak. Mula - mula, bukak klinik kecik dulu.... pastu kalo dah ade duit buat specialisation bahagian jantung... Hmmm lepas tu leh kerja kat IJN.. Gaji mesti banyak punya. Tapikan, doktor kena banyak korban masa.. hmmm... takpelah mahu seribu daya, tak hendak seribu dalih.... Kenala berkorban awal dulu... Nanti masa depan senang... Lepas tu, kumpul duit, leh aku kawin Mira tu, honeymoon kat hawaii, buat rumah dekat KL........." dan seterusnya.....

Tetapi, permasalahan yang timbul, pengakhiran cerita itu bagaimana? Selalunya pengakhiran cerita, watak hidup bahagia bersama isteri dan anak cucu. Tiba saat kematian si watak, habis...
-The End-

Adakah "The End" yang sedemikian yang diburui? Nyata di sini watak dalam cerita tersebut tidak mempunyai matlamat yang nyata dan jelas. Manusia yang mempunyai matlamat yang jelas atau mempunyai agenda dalam hidupnya tidak menjadikan hidupnya tidak bermakna dan sia -sia. Apa yang dirancang oleh watak tadi merupakan projek dunia semata - mata.

Rancanglah segalanya - galanya dengan rancangan jangka masa panjang;

iaitu projek akhirat.

Oleh itu, kepada para - para da'ie yang mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan, muhasabah kembali (sila rujuk blog Hazrin), untuk apakah kita belajar dan duduki peperiksaan selama ini, mungkin juga kerana Allah mahu menguji kita (67:2). Dan juga buat mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, ke mana kita guna nikmat dan pemberian Allah kepada kita untuk kebaikan umat, kejayaan kita bukan untuk sekolah, ipt, atau kolej, tetapi untuk umat, sebagaimana slogan yang selalu kita sebutkan:

MUMTAZ FOR UMMAH!
'CEMERLANG UNTUK UMAT!'


Moga - moga latihan kita sepanjang 2010 akan mematangkan pemikiran kita dan memantapkan multi-skills kita sebagai seorang da'ie... Wallahua'lam

Monday, 28 February 2011

Pemuda dan Perubahan...


Assalamualaikum.... Apa yang ingin dikongsi bersama para pembaca banyak berkenaan dengan kita sebagai umat Islam sejagat. Saya baru pulang dari mukhayyam SDAR-SAS di Gunung Dato, Rembau. Saya hanya menolong abg abg fasi yang sudah sehari awal tiba dari rombongan kami seramai 4 orang dari Selangor. Baiklah, mukhayyam ini disertai oleh para ahli BADAR dan BUSAS dari sekolah masing - masing dengan bertemakan"Bersiap - siaga menghadapi cabaran"

Realiti umat ini adalah kita kekurangan tenaga kerja. Tenaga yang sukarela untuk memikul beban dakwah ini. Memang benar, yang mengasaskan dakwah ini ialah daripada mereka yang sudah berusia atau tidak lagi digelar remaja atau belia.



Cuba kita lihat, dari kalangan mereka yang membuat demonstrasi di bumi anbiya' Mesir, berapa peratuskah mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang tua. Sangat minimal. Oleh itu, siapa yang menggerakkan demonstrasi - demonstrasi di seluruh negara arab tersebut? Mereka ini bergelar pemuda. Mengapa pemuda? Kerana tempoh muda merupakan:
  • tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasul.
  • tempoh penentuan hala hidup.
  • tempoh kemuncak kekuatan fizikal.
  • tempoh penuh keupayaan.
  • tempoh yang amat pemdek.

“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.”

(Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)


Di sini kita dapat menyaksikan demonstrasi jalanan bertukar menjadi revolusi yang menggegarkan, pemerintah yang dibenci berjaya ditumpaskan rakyat yang tidak kenal henti.

Inilah perkara yang boleh dilakukan dengan adanya semangat, komitmen, keikhlasan, keimanan, dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemuda Mesir. Mereka mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengecapi kemanan ketika mengundi, mereka mahu keadilan yang jitu daripada pemerintah yang menaungi mereka.

" Barangsiapa mempunyai himmah (kemahuan yang tinggi), maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun."

-Imam Hasan Al-Banna-


Dalam satu slot kuliah yang diberi oleh saudara Mohd Nor Adzim Shaari yang bertajuk Perubahan, antara yang diperlukan untuk berubah ialah tiada tanda untuk putus asa dalam perubahan. Memang benar, banyak pemuda yang mempunyai pelbagai jenis kelemahan, tetapi jika dibekalkan dengan semangat dan kemahuan yang tinggi, maka ia tidak akan terhalang oleh apa pun. Walaubagaimanapun, banyak pemuda kini telah hilang jati diri. Mereka bukan lagi singa yang menakutkan para lawan, malah mereka ibarat kijang yang hanya tahu melarikan diri daripada para musuh dengan pantas.

Baiklah... Berubah dan Perubahan.... Mengapa mesti berubah? Berikut merupakan antara sebab - sebabnya:-
  • sunnah kehidupan. mahu tidak mahu. mesti melalui perubahan.
  • peningkatan mestilah melalui perubahan. sepertimana Nabi dan para sahabat berhijrah untuk melalukan suatu peningkatan yang dahsyat full manfaat.
  • suruhan Allah s.w.t. 2:193
  • sunnah Rasul s.a.w permintaan Quraish supaya jangan mengubah sistem hidup mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. (hal ini dijawab dengan surah Al-Kaafirun). Hadis bulan dibahu kiri, matahari dibahu kanan.

Apakah yang diperlukan dalam perubahan? Perubahan yang dilakukan mestilah:-

  • Perubahan yang syumul. Dengan meruntuhkan segala asas jahiliah dan mendirikan asas Islam. Islam mestilah menjadi manhaj hidup manusia dan alam. Jahiliah tidak mungkin bercampur baur dengan manhaj Islam yang sudah sempurna penyampaiannya.
  • Perubahan berasaskan aqidah. Untuk mengembalikan pelaksanaan ubudiyah manusia kepada Allah. Perubahan atas asas agama.
  • Perubahan kemanusiaan. Perubahan kepada Islam menghasilkan dan membenarkan keadilan.

walaubagaimanapun, perubahan yang beginilah yang pasti akan ditentang oleh sistem yang sedang menguasai hidup manusia.

oleh itu, teguhlah pendirianmu dan keyakinanmu terhadap fikrah yang digenggami

Bagaimana melaksanakan perubahan ?

  1. Pembentukan fard Muslim (individu Muslim)
  2. Pembentukan Baitul Muslim (keluarga Muslim)
  3. Pembentukan Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim)
  4. Pembentukan Daulah Islam (kerajaan Islam)
  5. Pembebasan Watan (negara-negara Islam)
  6. dan akhirnya Islam menjadi Ustaziatul Alam (mahaguru alam)

Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah dan menjadi perubah?

  1. Persediaan Aqliyah (akal)
  2. Persediaan Qalb (hati)
  3. Persediaan Haraki (gerakan)

Oleh itu, rebutlah masa muda ini dengan perkara yang bermanfaat untuk umat.
Jadilah seperti Mus'ab bin Umair yang merupakan tunggak dakwah di Madinah.
Tirulah Usamah bin Zaid yang menjadi panglima tentera ketika di usia remaja.
Contohilah Muhammad al-Fateh yang menawan Constantinople di usia mudanya.


"Barangsiapa yang enggan berubah, mereka gagal untuk mengubah dunia"
-sang murabbi-

"Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu melahirkan tokoh - tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya..."

Tuesday, 15 February 2011

Rindu Baginda kepada kita...

Salam Maulidur Rasul... Sudah lepas ulang tahun kelahiran baginda... Namun biarlah tarikh kelahiran baginda menjadi pencetus kepada semangat kita untuk memacu amal dengan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Ada rakan saya mengatakan, "kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.." Amalkanlah sunnah Rasulullah s.a.w walaupun sedikit asalkan istiqamah....

Rasulullah s.a.w bersabda, " Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah istiqamah, walaupun sedikit."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baiklah, saksikan video ini sebagai muhasabah kepada diri kita dan menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada umat baginda... Umat baginda itu siapa? Siapa lagi kalau bukan kita... Hayatilah hadis yang diceritakan, lembutkan hati dengan mengetahui cinta Rasulullah s.a.w kepada kita. Sanggup kita khianati cintanya? Biarkan air mata kita mengalir atas mengetahui betapa dalamnya cinta Nabi s.a.w kepada kita... Jangan tahan air mata. Biarlah titisan air mata itu menjadi bukti cinta kita kepada utusan Allah yang mulia.

Hayatilah...


Sungguh, Allah menyayangi hamba - hambanya yang saling berkasih sayang... Cintalah kepadaNabi s.a.w, cintalah kepada ibu bapa kita, cintalah kepada rakan seperjuangan, cintalah kepada Murobbi kita, cintalah kepada mad'u- mad'u kita, cintalah kepada umat kita... Biarlah cinta itu merupakan cinta kerana Allah s.w.t. Maka bergembiralah sahabatku...

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: “Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah”. Maka Muaz berkata: “Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: “Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir”. Kemudian aku (Muaz) bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah”.

(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Uhibbukum fillah...

Tuesday, 8 February 2011

Coretan hatiku di saat ini...

Tak sabar...

Wall street dah jatuh...

Mata wang dollar jatuh....

Sempadan rafah mempunyai harapan untuk dibuka semula...

Fikrah islam sudah bertebaran di muka bumi...

Rakyat major sokong ikhwan...

Israel bakal menjadi sejarah yang tidak boleh dipinda...

Rancangan Zionis pasti gagal, menghampakan mereka...

Palestin bakal kembali kepada genggaman kita...

Islam bakal menaungi seluruh dunia...

Sejarah bakal diulang semula...


TETAPI....


Jangan pula kita LEKA...

Ayo kita berUSAHA...

Ayo kita bersiap-SIAGA...

Ayo kita PEKA...

Ayo kita jgn putus ASA...

Ayo kita mengharap REDHA-Nya jua...


Walaubagaimanapun... SABAR juga menjadi keperluan kita...


Ayo berdoa supaya kita semua tsabat di jalan ini... =)

Berbalik juga kepada tarbiyah yg menjadikan kita semua begini...


Ya Allah, pereratkanlah ikatan ini...

pereratkanlah ikatan ini...


pereratkanlah ikatan ini...


Saturday, 8 January 2011

Telunjuk yang Bersyahadat...

(gambar hiasan, tiada kena mengena dengan kisah)

Assalamualaikum dan salam persekolahan buat mereka yang sudah memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini, tahun 2011... Bercita - citalah untuk cemerlang untuk ummat... (Mumtaz 4 Ummah) genap 500 tahun sejak Empayar Melayu Islam Melaka jatuh di tangan Portugis... (jom ke KEMM1511) Ada yang di antara kita yang tidak sedar akan anehnya kelajuan masa yang sudah berlalu tetapi yang lebih aneh ialah manusia yang tidak sedarkan masa yang berlalu dengan pantas... Ia ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita...

Baiklah, kembali kepada tajuk yang ingin saya kongsi... Ia berkenaan dengan kisah seorang mujahid sejati sekali gus mufassir kenamaan berkebangssan Mesir yang telah mengorbankan jiwa raganya untuk agama dan dakwah... Sudah ramai yang sudah kenal benar dengan Syed Qutb... Kisah ini disaksikan oleh dua sosok mulia iaitu dua orang polis yang menyaksikan eksekusi matinya (1966)... Kisahnya telah diceritakan oleh salah seorang polis tersebut..... Saya cuba sedaya upaya menghilangkan slank2 indonesia yang ada dalam cerita itu ya... Moga menjadi momentum untuk kita.... =)

***

Ada banyak peristiwa yang tidak pernah kami bayangkan sebelumnya, lalu peristiwa itu menghantam kami dan mengubah total kehidupan kami...

Di penjara militer (tentera*) pada saat itu, setiap malam kami menerima orang atau sekelompok orang, lelaki atau perempuan, tua maupun muda. Setiap orang itu tiba, orang atasan kami menyampaikan bahawa orang - orang itu adalah para pengkhianat negara yang telah bekerjasama dengan agen Yahudi Zionis. Kerana itu, dengan cara apa pun kami harus mengorek rahsia dari mereka. Kami harus membuat dengan cara apa pun, walaupun dengan memberikan siksaan keji pada mereka tanpa pandang bulu.

Jika tubuh mereka penuh dengan berbagai luka akibat pukulan dan cambukan, itu suatu pemandangan harian yang biasa. Kami melakasanakan tugas itu dengan satu keyakinan kuat bahawa kami tengan malaksanakan tugas yang mulia : menyelamatkan negara dan melindungi masyarakat dari para "pengkhianat keji" yang telah "bekerjasama" dengan Yahudi.

Begitulah, hingga kami menyaksikan berbagai peristiwa yang tidak dapat kami mengerti. Kami menyaksikan para pengkhianat ini sentiasa menjaga solat mereka, bahkan sentiasa berusaha berjaga dengan berqiyamullail setiap malam, dalam keadaan apa sekali pun. Ketika ayunan pukulan dan cambukan memecahkan daging mereka, mereka tidak berhenti untuk mengingat Allah. Lisan mereka sentiasa berzikir walau tengah mengahadapi siksaan yang berat.

Beberapa orang di antara mereka telah pulang menghadap Allah, ketika ayunan cambuk tengah mendera tubuh mereka, atau ketika sekawanan anjing sedang merobek daging punggung mereka. Tetapi dalam kondisi mencekam itu, mereka menghadapi maut dengan senyuman di bibir, dan lisan yang selalu basah mengingat nama Allah.

Perlahan, kami mulai ragu, apakah benar orang - orang ini adalah sekawanan 'penjahat keji' dan 'penkhianat'? Bagaimana mungkin orang - orang yang teguh dalam menjalankan perintah agama adalah orang yang berkolaborasi dengan musuh Allah?

Maka kami, aku dan temanku yang bersama bertugas di kepolisian (balai polis) ini, secara rahsia berpakat, untuk berusaha tidak menyakiti orang - orang ini, serta memberikan mereka bantuan apa saja yang dapat kami lakukan. Dengan izin Allah, tugas saya di penjara militer (tentera) tersebut tidak berlangsung lama. Penugasan kami yang terakhir di penjara itu adalah menjaga sebuah sel di mana di dalamnya dipenjara seseorang. Kami diberitahu bahawa orang ini adalah yang paling berbahaya dari kumpulan 'pengkhianat' itu. Orang ini adalah perancang seluruh 'misi jahat' mereka. Namanya Syed Qutb.


Orang ini agaknya telah mengalami siksaan yang sangat berat hingga dia tidak mampu lagi untuk berdiri. Mereka terpaksa mengheretnya ke Pengadilan Militer ketika dia akan disidangkan. Suatu malam, keputusan telah dipustuskan untuknya, dia akan dieksekusi dengan cara digantung.

Malam itu seorang syeikh dibawa menemuinya, untuk mentalqin dan mengingatkannya kepada Allah, sebelum dihukum gantung.

Syeikh itu berkata, "Wahai Syed, ucaplah la ilahaillah...." Syed Qutb hanya tersenyum lalu berkata, "Sampai juga engkau wahai Syeikh, menyempurnakan seluruh sandiwara ini? Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat la ilaha illallah, sementara engkau mencari makan dengan la ilaha illallah."

***

Pada hari esoknya, kami, aku dan temanku, menuntun tangannya dan membawanya ke sebuah mobil (kereta*) tertutup, di mana di dalamnya telah ada beberapa tahanan lainnya yang juga akan dieksekusi, dikawal oleh beberapa mobil militer yang membawa kawanan tentera bersenjata lengkap.

Apabila tiba di tempat eksekusi, setiap tentera menempati posisinya dengan siap bersenjata. Para perwira militer telah menyiapkan segala hal termasuk memasang instalasi tiang gantung untuk setiap tahanan. Seorang tentera eksekutor megalungkan tali gantung ke leher beliau dan para tahanan lain. Setelah semua siap, seluruh petugas bersiap menunggu perintah eksekusi.

Di tengah suasana 'maut' yang begitu mencekam dan menggoncangkan jiwa itu, aku menyaksikan peristiwa yang mengharukan dan mengagumkan. Ketika tali gantung telah mengikat leher mereka, masing - masing saling bertausyiah kepada saudaranya, untuk tetap teguh dan sabar, serta menyampaikan khabar gembira, saling berjanji untuk bertemu di syurga, bersama dengan Rasulullah s.a.w tercinta dengan para sahabat (syair Syed Qutb). Tausiyah ini berakhir dengan pekikan, "ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD!" Aku tergetar mendengarnya.

Di saat genting itu, gerbang ruangan dibuka dan seorang pejabat militer berpangkat tinggi datang dengan tergesa - gesa sambil memberi arahan agar pelaksanaan eksekusi diberhenti sementara.

'Perwira' tinggi itu mendekati Syed Qutb, lalu memerintahkan agar tali gantungan dilepaskan dan penutup mata dibuka. 'Perwira' itu kemudian menyampaikan kata-kata dengan bibir bergetar, "Saudaraku Syed, aku datang bersegera dengan membawa kabar gembira dan pengampunan dari Presiden kita yang sangat pengasih. Anda hanya perlu menulis satu kalimat sahaja, dan anda dan semua teman-teman anda akan diampuni."

Perwira itu tidak membuang masa dan segera mengeluarkan sebuah nota kecil dari saku bajunya dan sebatang ballpen, lalu berkata, "Tulislah saudaraku, satu kalimat sahaja... 'Aku bersalah dan aku minta maaf...'"

Syed Qutb menatap wajah perwira itu dengan matanya yang bening. Satu senyuman terukir di bibirnya. Lalu dengan sangat berwibawa beliau berkata, "Tidak akan pernah! Aku tidak akan pernah bersedia menukar kehidupan di dunia yang fana ini dengan akhirat yang abadi."

Perwira itu berkata, dengan nada suara bergetar kerana rasa sedih yang mencekam, "Tetapi Syed, itu ertinya kematian...."

Ustadz Syed Qutb berkata tenang, " Selamat datang kematian di jalan Allah... Sungguh Allah Maha Besar!"

Aku menyaksikan seluruh episode ini, dan tidak mampu berkata apa-apa. Kami menyaksikan gunung menjulang yang kukuh berdiri mempertahankan iman dan keyakinan. Dialog itu tidak dilanjutkan, dan sang perwira memberi isyarat supaya eksekusi diteruskan.

Segera, para eksekutor menekan tuas, dan tubuh Syed Qutb beserta kawan-kawannya tergantung. Mereka semua mengucapkan suatu yang tidak pernah kami lupakan untuk selama-lamanya.... "La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah..."

(Disalin oleh ibnabdrhmn dari kumpulan kisah "Mereka yang Kembali Kepada Allah")