Sunday, 6 December 2009

Tsabatkan diri anda...

tentera Islam dahulu berperang (gambar hiasan)

"Wahai saudaraku, persiapkanlah segala sesuatu dengan matang, jadikan dakwah sebagai panglima dalam setiap kesempatan. Timbang segala sesuatu menggunakan standard dakwah. Setiap yang anda lakukan mesti untuk dakwah. Sediakan diri anda, harta,waktu, pekerjaan dan semua yang dimiliki untuk memperjuangkannya. Perjalanan anda akan mendapat rintangan yang banyak yang berupaya untuk melemah dan melunturkan tekad. Jangan putus asa dan jangan merasa lemah. Ingatlah selalu firman Allah dalam surah As-Saff:10-11." (dipetik dari buku Pemikiran Moderat Imam Hasan Al-Banna)

Assalamualaikum kepada anda semua yang masih dan sedang mengharungi ujian di muka bumi Allah ini... Ingatlah, ujian itu merupakan fitrah kehidupan manusia, di mana setiap insan ini WAJIB mengharungi ujian. Ujianlah yang mengajar kita tentang kehidupan... kehidupan seorang da'ie... Oleh itu, tsabatkan hati dan diri anda... Ambilah ibrah daripada kisah dakwah Rasulullah dahulu...

Cabaran baginda sepanjang masa 10 tahun berdakwah di Mekah dan 13 tahun di Madinah menjadi satu tarbiah Allah s.w.t kepada baginda... Contohilah baginda... Bagaimana baginda menyelesaikan masalah pemulauan dan penindasan kaum Quraisy terhadap mereka yang menerima ajaran Rasulullah, dengan berhijrah ke Madinah... Hijrah ke Madinah itu bukanlah satu pelarian seperti apa yang dianggap oleh sesetengah sejarawan Barat, tetapi satu strategi dakwah Rasulullah... Tengok tu, mereka ditindas tetapi mereka tidak langsung mengalah dan tewas dengan ugutan dan tawaran musuh; perempuan, pangkat, harta, dan ada yang diseksa kerana enggan kembali kepada agama nenek moyang mereka... Malah, mereka lebih bertambah yakin terhadap Allah dan Rasul-Nya... dan akhirnya mereka diberikan ganjaran yang baik dengan peluang berhijrah ke Madinah... Merekalah generasi quranik yang tidak akan lahir lagi sesudah itu... Walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini...

Dengan hikmat dan kebijaksanaan Allah SWT telah ditentukan bahawa persoalan akidah adalah persoalan pokok bagi dakwah ini sejak zaman permulaankerasulan Nabi Muharmnad SAW; dan bahawa Rasulullah SAW memulakanlangkah pertamanya di dalam dakwah ini dengan menyeru dan mengajak manusia berikrar bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah juga bahawa beliau meneruskan dakwah dengan membimbing umat manusia supaya dapat mengenal Tuhan mereka yang sebenarnya dan supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada Tuhan sahaja.

Inilah contoh mereka yang tidak menjadikan konsep Lailahaillallah dengan betul...


Jikalau kita lihat pada fenomena yang biasa kita lihat dengan masyarakat abad ini... Mereka lalai menyedari waqi' kehidupan yang sepatutnya disedari oleh semua muslim. Mereka yang lupa daratan ini menjadikan wang dan pangkat sebagai rebutan,

(gambar hiasan)

malah sanggup menggadaikan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk mencari wang sedangkan keluarganya hidup dengan senang... Jauh berbeza dengan para sahabat yang merebut untuk menjadikan harta sebagai jariah... Ini boleh dilihat apabila Rasulullah melihat Abu Bakr as-Siddiq r.a mendermakan seluruh hartanya untuk Islam, dan apabila baginda bertanya apa yang akan diberikan oleh sahabat baginda tersebut kepada isteri dan keluarganya, Abu Bakr a.s berkata, "Aku tinggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk isteriku dan keluargaku." Betapa hebatnya para sahabat pada masa dahulu...

Selain itu, kebanyakan pemuda abad ini mempunyai sikap toleransi yang tinggi kepada amalan jahiliah. Baru diuji dengan ajakan kawan, sudah terikut...


(gambar hiasan)

Baru ditegur kerana mencarut, lagi banyak carutannya... Malah mereka menjadikan carutan itu sebagai benda biasa... tetapi mereka menjadikan pemuda-pemuda yang selalu membasahkan lidah dengan zikir adalah satu gurauan... Itulah cabaran da'ie - da'ie abad ini... Hidup bersama keluarga yang tidak mengerti urgensi dakwah, hidup sebilik rakan yang hanya mengerti keseronokan di dunia, duduk sekelas rakan yang sering memulaukan mereka... Inilah ujian ujian dijalan dakwah. Allah sudah berfirman supaya mempersiapkan diri. Terutama sekali para pemuda yang menjadi rijal dan pendokong dakwah dalam meneruskan perjuangan risalah nabi. Sabarlah. Tabahlah.Teruskan. Itulah perjuangan...

Saturday, 26 September 2009

Hamba Allah atau... Hamba Ramadhan??

Assalamualaikum dan salam lebaran last minute... sebelum ana balek madrasah esok hari...
Menjadi satu kebiasan apabila kita melihat ramai manusia memperbanyakkan amal sebagai bekalan di akhirat nanti... sebelum itu ana nak beritahu yang post ini dalam bahasa yang agak santai sedikit... maaf ya...

Bulan Ramadhan je kunjung masjid punya selalu, bulan Ramadhan je buat banyak solat sunat, bulan Ramadhan je banyak tadarus, bulan Ramadhan je bangun pagi punya awal (itu pun kerana keinginan mahu sahur),bulan Ramadhan je buat qiamullail ,


gambar hiasan

lagi - lagi 10 hari terakhir di bulan yang mulia itu,

gambar hiasan..

bukan main lobam mata tak cukup tidur la kat akan...tetapi.....

masuk bulan syawal...

ana rasa antum tahu apa yang akan berlaku kan?

Kita ini hamba Allah, sepatutnya beribadat dan mengingati-Nya setiap masa... Islam itu syumul... menyeluruh... bukan ikut 'time' atau 'mood' atau 'keadaan'... Janganla menjadi singa yang 'menstransform' menjadi kijang...(sila rujuk ...syababqawi...)

Bulan Ramadhan itu menjadi satu peluang keemasan... bukannya satu - satunya masa untuk beribadat...

Jadikan perjalanan di bulan Ramadhan sebagai Momentum untuk memacu ibadah kita pada bulan - bulan seterusnya...

Sunday, 20 September 2009

Salam Lebaran...

Salam lebaran buat para pengunjung blog ana... pertama sekali ana mohon maaf krn sudah lama tak update... Malam ini ana merebut peluang untuk menukilkan post baru yang ideanya diambil dari blog Menghalusi Paradigma Muslim...
Ana harap ia dapat memberi kesedaran kepada kita yang selalu alpa di alam sementara ini...
sedikit tazkiah...

Apabila syawal menjelma...

Apabila takbir raya bergema, maka ramai umat manusia...



Saling mengucapkan salam hari raya dan kemaafan.



Dodol mula dihidang,



Lemang mula dipotong dan disaji bersama rendang.



Mercun dan bunga api mula berbunyi dan bercahaya.



Pelita mula dinyalakan.

Saat inilah yang dinanti-nanti sejak sebulan lalu.
Berlapar, berdahaga, berletihan,tatkala meniti Ramadhan.
Akhirnya masa yang telah ditunggu tiba
Tawa riang, laungan raya bergema di angkasa


Namun bagi seorang mukmin,


Masjid tidak dilupakan tatkala gembira



Sentiasa bermunajat, mengingati tuhannya


Solatnya masih terpelihara



Malam rayanya diisi dengan qiamullail


Quran masih menjadi budaya


Tidak melupakan kesusahan mereka


Masih menitiskan air mata keinsafan


Duhai sahabat,
Begitulah indahnya menjadi seorang mukmin
Kesedihannya mengembalikannya kepada tuhannya
Kegembiraannya tidak sehingga melupakan kekasihnya
Biar betapa bahagia kita di hari raya nanti
Tetaplah berpaut pada dahan keimanan.

Kepada yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali,
kuucapkan moga bahagia bersama mereka tercinta.
(petikan dari drhazimazhar)


Dengan itu ana ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Sunday, 23 August 2009

Ghoyah...

Salam muhibbah dan selamat berjuang di jalan Allah... Moga matlamat kita di perhentian R&R ini tidak tersasar dari jalan Allah... Insya - Allah...

Manusia tidak mungkin akan mengingati setiap perkara yang mereka tahu... Sebab itulah mereka sering perlu diberi peringatan, lalu diperingatkan dan diperingatkan lagi demi mereka tidak tersungkur ataupun tersasar dari pangkal jalan... Kata manusia, pelupa la katakan... Insan...

Tersasar dari matlamat yang benar, matlamat yang telah dipastikan ganjarannya, matlamat yang satu... Allahhughoyatuna...

Apabila tersasar, maka menjadi satu kerja lagi untuk mencari sasaran yang betul di mana proses ini tidak mengambil masa yang singkat...

Oleh itu, seringlah ingat - memperingati sesama rakan seperjuangan, supaya mereka juga tidak tergelincir di lembah jahiliah... Pegang tangan mereka, pimpin, didik, sehingga mereka bertemu dengan hidayah Allah, insya-Allah...

Itu adalah satu pelaburan akan yang mendatangkan manfaat kepada umat yakni umat yang dikatakan "khairu ummah" oleh Allah s.w.t....

Benih yang ditanam jika dibiarkan begitu sahaja,maka ia akan mati dan reput... Sebaliknya ia seharusnya disiram, diberi baja yang mencukupi, dilindung dari serangga yang boleh mengancam ia, dan dibelai seperti mana ibu membelai anaknya...

Maka akhirnya benih yang ditanam akan memberi manfaat kepada tuannya... Buah yang manis, dahan pokok yang rendang, menyejukkan udara persekitaran... Inilah hasil pelaburan si tuan tadi... Sebegitu analoginya...

Berbalik kepada jalan yang kita lalui ini, jalan ini memerlukan bekalan yang mencukupi untuk mengharungi segala cabaran yang telah ditakdirkan untuk kita... Oleh itu, kembali kepada tarbiyyah demi melengkapkan diri sebagai da'ie di jalan-Nya...




Friday, 21 August 2009

Ramadhan peluang keemasan...


Salam perjuangan sekali lagi ana ucapkan buat mereka yang tidak sabar menempuh bulan yang penuh ujian dan hikmah.... Ibarat lautan tidak bertepi, barangkali demikianlah hamparan ujian dan rintangan di sepanjang jalan dakwah, dan sejarah perjuangan dakwah dan harakah...

Seorang dai'e akan dihadapkan seribu satu ujian dan cubaan dalam pelbagai bentuk... Dari dalam ia akan bertarung melawan keinginan jiwanya, fikirannya, syahwatnya, dan ketamakannya, dan dari luar ia akan berperang melawan manusia yang selalu merancang strategi untuk menyingkirkannya...

Sesungguhnya bulan yang mulia ini menjadi antara catatan paling penting dalam diari kehidupan kita sebagai seorang da'ie... catatan amalan... catatan perjalanan... catatan peristiwa peperangan antara nafsu dengan diri... catatan satu latihan kepada seorang da'ie itu apabila ia meghadapi pelbagai dugaan yang mencabar keimanannya... Rasulullah s.a.w pernah berpesan:
" Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum itu maka Ia akan mengujinya."

gambar hiasan

Sesungguhnya ujian dan cubaan yang hinggap dalam kehidupan da'ie itu hanyalah petanda kecintaan Allah terhadap mereka...


Oleh itu gunakanlah masa di bulan Ramadhan ini dengan sebaik baiknya. Perbanyakkan qiamullail, tadarus dan mentadabbur Al - Quran, perbanyakkan zikrullah dan bersedekah dan sabarlah menghadapi segala dugaan... Sertailah 'explorace' 'memburu' keredhaan-Nya...

Hidupkan Ramadhan...

Salam Perjuangan...