Saturday 29 December 2012

Mad'u Hunter



Alangkah baiknya jika aku jadi kucing comel yang tugasnya hanya melengkapkan ekosistem ini. 
Settle tanggungjawab dan janji pada Rabb-Nya! Tapi kita bukan kucing. -_-"



Alangkah baiknya jika aku jadi para semut yang sangat teratur kerjanya. Sangat tersusun urusannya. 
Tak perlu risau apa apa!



Alangkah bahagia jika manusia di sekelilingku seperti burung pipit berterbangan, bebas, tanpa membuat apa apa kesalahan. Yang sering mendamaikan susasana, 
membahagiakan makhluk yang di daratan!

Tetapi sakitnya. Sakit teramat. Bila di saat menyaksikan sebenarnya manusia bukan begitu.

Kawan, manusia bukan begitu. Mereka punyai 1001 kelemahan. Tiap tiap dari mereka lain lain karakternya. 

Kawan, tahu tak, manusia itu, bila mereka jahil, bila mereka sudah hanyut dibawa arus pemikiran musuh2 Islam, tenggelam dalam lautan kebencian dan hasad dengki, bila mereka sudah lari tujuan dari matlamatnya Islam yang sebenar, mereka seolah olah membina satu tembok yang tinggi melangit!! Tembok ego dan seangkatan dengannya.



Kalau dahu menjadi pengukur ego itu maka tidak rupa manusia dengan egonya sebegitu! 

Oleh itu, saudaraku, ketahuilah, saat ini ummat kita perlukan bantuan, walaupun mereka bersungguh menentang kita. Mereka sangat memerlukan bantuan! 



Ibarat mereka pantas dihanyutkan air sungai deras, sehinggakan bila kita hulurkan pedang yang tajam itu pun mereka sahut!!

Saya kesiankan mereka yang terapung apung di bayangan kebenaran. Mereka sebaya juga dengan kita. Tetapi mereka menyeru bukan kepada yang haq. Mereka merasa yakin dengan kebenaran yang mereka pegang. Walhal ia adalah patung ciptaan musuh. 


Pada masa yang sama.
Saya sedihkan para rijal yang duduk bersempuh selesa di bilik. Saya geram dengan para so called 'kader' yang dimanjakan kasih sayang ikhwah. Saya terluka hati bila mereka ambil ringan dan ambil sambil lewa bab dakwah. Bergurau dalam isu isu maksiat. Takut mau berkorban. Ini semua kena ubah!

Tahukan anda, Rasulullah s.a.w memilih Abu Bakr r.a kerana ada sebabnya. Kalian bayangkan, 6 daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga adalah hasil daripada dakwah Abu Bakr as-Siddiq!! 

Maka kualiti seperti itulah yang diperlukan di fasa awal ini.





Maka apa lagi. Bangunlah lelaki.  Bangun! Sebab itulah anda lelaki, kerja anda bangun! Dan kejut yang lain! Apa barang duduk dalam dorm, dalam bilik, dalam rumah, itu pondan! Di saat mengetahui ummat kini sedang nazak dan agamamu diancam pemikiran yang menyesatkan!

Kata seorang pak sheikh arab, "We can create more if we want, and if we have the will!"

Get out, hunt for mad'u, you preachers.... Qum fa anzir!

\


5 comments:

  1. Replies
    1. kader itu macam pendokong dakwah...

      Delete
    2. Ok. Begini, ia bermaksud orang orang yang kuat la yang memikul dan istiqmah buat kerja kerja amar ma'ruf nahi mungkar ni... Secara ringkasnya begitulah..

      Delete