Thursday 16 December 2010

Pusing bukan sebarang pusing...



Tetapi... pusing penuh ibrah...


Assalamualaikum dan salam perjalanan buat mereka yang sedang bercuti dan sempat untuk mengunjungi blog saya yang sudah lama tidak terupdate ini... Dan kepada mereka yang sedang mencuri masa untuk beronline, jangan leka dengan kebebasan yang dikecapi, lebih - lebih lagi calon - calon Sijil Pelajaran Malaysia yang baru atau akan menyelesaikan peperiksaan yang dikatakan menentukan hidup mereka, dan jangan lupa ber'online' dengan Allah s.w.t sebagai bekalan sepanjang hayat...

Berdasarkan hadith Nabi s.a.w :-

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dariRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Penting ya, memanfaatkan masa yang terluang ini... Imam as-Asyahid Al Banna juga telah mewasiatkan :-

"Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. Maka, bantulah orang lain supaya dapat memanfaatkan waktunya. Apabila engkau memiliki suatu keperluan, maka persingkatlah dalam memenuhinya."

-Imam Hasan Al-Banna-

Baiklah... Kita kembali memacu minda kita kembali kepada apa yang ingin saya bentangkan... Baru - baru ini, saya baru pulang dari jaulah bersama ikhwah, dan terdapat beberapa perkara yang saya rasa boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua...

(gambar hiasan)

1. Dakwah ini berada di mana - mana.Tidak perlu untuk kita gentar kepada hambatan dan halangan yang akan bakal kita tempuhi. Kerna rakan-rakan yang mempunyai fikrah yang sama sudah bertebaran di muka bumi ini. Tidak perlu untuk kita ragu lagi dengan jalan yang kita susuri ini. Kerana kebenarannya sudah jelas kelihatan dan ganjarannya sudah dijanjikan Allah. Tetapi, gentarlah kepada perkara yang bisa menyebabkan seorang rijal itu futur. Ragulah kepada perkara - perkara yang bisa melunturkan iman seseorang itu. Apa lagi kalau bukan jahiliah.

2. Musnahkan jahiliah hingga ke akar umbi. Tumbuhan yang kehilangan separuh daripada batangnya berpotensi untuk tumbuh dan membiak semula seperti sediakala. Jahiliah ibarat parasit yang besar serta mempunyai dahan dan akar yang luas dan banyak akarnya. Akarnya menyerap nutrient sebatang pokok besar sehingga terbantut pertumbuhannya, sehingga akhirnya menyebabkan pokok tersebut mati. Parasit ini bukan sebarang parasit, ia boleh hinggap ke apa jua jenis pokok dan bisa menyerap 'ruh' pokok tersebut. Begitu juga dengan jahiliah. Ia berpotensi merosakkan sesiapa sahaja jika seseorang itu membenarkan jahiliah hinggap di bahunya.

(gambar hiasan/gmbo parasit)

Sekali hinggap, parasit itu tidak akan lepas. Akarnya akan memainkan peranan. Dan akhirnya seseorang yang mebiarkan jahiliah membiak dalam kehidupannya akan hilang tujuan hidup, segala tindakannya di luar tabi'ie, amalnya merudum, apatah lagi dakwahnya yang tenggelam seperti mana sebuah kapal yang ditenggelamkan oleh kaptennya sendiri. Adakah seorang da'ie mendengar lagu rock yang memuja wanita dan cinta dunia?Adakah seorang murabbi menonton wayang atau 'movie' yang tidak memberi apa - apa kesan baik kepada ruhnya langsung? Dan jika mereka melakukan sedemikian, apa yang akan dikatakan oleh mutarabbi atau mad'u mereka setelah mengetahui perkara tersebut? Hilanglah tsiqah mereka terhadap murabbi mereka, hilanglah da'ie itu di pandangan mata mereka. Kata - katanya mestilah kata - kata seorang pemimpin, teks smsnys haruslah teks sms seorang murabbi, commentnya di FB mestilah seperti comment mukmin sejati, tindak tanduknya perlu menyerupai seorang da'ie, dan peribadinya sepatutnya merupakan peribadi yang wajar dicontohi. Oleh itu, ucapkan selamat tinggal kepada jahiliah. SAYONARA JAHILIAH!.

3. Sabar dengan ikhwah. Manusia ini berbeda. Hatinya tidak sama. 'Background' hidupnya juga tidak serupa. Walau diikat dengan ikatan aqidah yang sama, fikrah yang sama, diletakkan dalam satu jemaah yang sama, serta dalam satu usrah yang sama sekalipun, masih ada ikhwah yang mempunyai atitud yang kurang disenangi ikhwah yang lain. Padanya bergurau itu adalah satu cara memupuk ukhuwwah islamiyah, ada pula yang menganggap mencucuk ikhwahnya yang lain dapat merapatkan jurang persahabatan. Sabarlah saudaraku kerana firman Allah s.w.t ada menyatakan:-

وَٱلۡعَصۡرِ(١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ(٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ(٣)
Demi masa!(1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

Dalam dakwah ini, kita akan menjumpai pelbagai manusia, tak kisahlah manusia itu di kalangan mereka yang nak didakwahkan (mad'u) atau rakan seperjuangan kita sendiri. Inilah kunci utama untuk mengahadapi segalanya - sabar. Saidina Umar r.a terkenal dengan sifat 'angin' beliau. Ketika Nabi s.a.w bermesyuarat bersama para sahabat dan meminta pendapat daripada para sahabat tentang hukuman yang akan dikenakan kepada tentera tebusan Perang Badar, ada sahabat yang memberi cadangan dengan membebaskan mereka dengan bersyarat dan ada yang mahu membebaskan mereka dengan syarat yang lain, tetapi, Umar dengan lantangnya memberi cadangan untuk memancung sahaja mereka. Para sahabat dan Rasulullah s.a.w sudah kenal belaka dengan perangai Saidina Umar r.a itu. Oleh itu saudara,sabar ye... Banyak lagi manusia yang belum kita hadapi lagi di dunia ini. Untuk menjadi pemimpin, da'ie dan murabbi yang hebat, perlunya kepada kadar toleransi dan sabar yang tinngi terhadap manusia yang berbagai.

4. Jadilah problem solver, bukan problem speaker. Jika menjadi problem speaker, lama kelamaan kemungkinan besar menjadi problem maker. Berusahalah mencari jalan penyelesaian kepada suatu masalah yang timbul. Jangan sibuk menyuarakan masalah sudah sedia ada. Sudah hujan, mahu siram pokok lagi. Sebaliknya kita harus menggunakan akal yang ada untuk mencari solusi kepada problem yang sudah sedia ada. Misalnya, ketika itu kami tiba di sebuah pantai di Kelantan. Tiba - tiba van kami tersangkut di dalam pasir. Di kalangan kami banyak menyuarakan pelbagai cadangan dan kami mencuba satu demi satu cadangan yang diberi. Akhirnya, kembali juga van tersebut ke pangkal jalan.

(gambar hiasan)

Pentingnya kita untuk mengerah akal untuk memikirkan jalan penyelsaian dan bukannya bising menyuarakan masalah...

5. Berdoalah semoga kita tsabat di jalan ini. Sepanjang kembara kami di 10 negeri di semenanjung Malaysia, pelbagai ikhwah yang telah kami jumpa. Antaranya seorang ustaz yang sudah berumur 66 tahun. Walaupun fiziknya agak berusia, tetapi semangat dan ruh perjuangan beliau masih jelas terpampang di wajahnya. Murabbi saya mengatakan, "Walaupun sudah berusia, tetapi masih tsabat di jalan dakwah..."

6. Hidup ini memerlukan pengorbanan. Apatah lagi hidup sebagai seorang da'ie. Dalam nukilan Imam Hasan al - Banna iaitu Risalah Ta'alim, As-Syahid mengatakan,

"Tidak ada jihad (perjuangan) di dunia ini yang tidak disertai dengan dengan pengorbanan. Dan pengorbanan dalam rangka memperjuangkan fikrah kita adalah tidak sia - sia, bahkan akan diganti dengan ganjaran yang besar dan pahala yang tidak terhingga..."

(pemandangan di Teluk Cempedak)

Bersedialah untuk mengorbankan harta maupun wang, masa, malah nyawa sendiri untuk ummat. Jangan biarkan perut ini kenyang tetapi membiarkan umat fulus dan kelaparan. Jangan biarkan diri ini bermewah walhal di ceruk dunia ada saudara hidup sebatang kara. Berkorbanlah wahai saudaraku.

Akhir sekali, ayolah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar mengurniakan kita kekuatan yang berpanjangan di sepanjang jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Tsabatlah saudaraku. Wassalam...
"Jalan Dakwah, Sho'bun tapi Thabit, Towil tapi Asil, Bati tapi Ma'mun"
(Jalan dakwah, payah tapi kukuh, panjang tapi tulen, lambat tapi terjamin)


(gambar hiasan) :-)



No comments:

Post a Comment