Thursday, 20 September 2012

Siapakah kita?

Salam sayang buat rakan2 dan pembaca sekalian. 

gambar universiti hiasan


Sungguh, fasa kehidupan kita di universiti ini merupakan masa untuk kita beramal dengan amal sesungguhnya. Di sinilah tempat untuk kita bermulanya menterjemahkan segala kata kata menjadi amal. Menukarkan segala teori menjadi praktikal. Menukarkan segala retorik menjadi kenyataan. Seterusnya membuktikan mereka yang menggalas tanggungjawab risalah ini merupakan mereka yang sebaik baik penggalas tanggungjawab. Menjadi golongan manusia yang mempunyai agenda yang jelas, dan tidak berselindung sebalik apa apa. Menunjukkan Islam yang kita bawa ini jelas. Tidak dikaburi mahupun dicemar dengan apa2 sentimen yang telah sedia ada kita tahu hari ini. Tidak menyibukkan diri dengan hal hal yang remeh, sehingga menghalang kita daripada menjalankan tugas sebagai sang penyeru dan penyelamat. Fokus dengan amal. Menunjukkan qudwah kepada masyarakat. Cemerlang dengan akademik. Tidak hanya mengikut flow perjalanan, tetapi tampil kehadapan dengan nama Allah dan pimpin. Menyambut hati hati mereka yang mendambakan hidayah. Dan lain lainlah.

Dan akhirnya kita keluar dengan segulung ijazah sebagai orang yang bagaimana? Adakah keluar dari universitas dengan berbekalkan segulung ijazah di tangan sahaja? fresh graduate? ataupun bagaimana? 



Siapakah kita, selepas keluar dari universiti dengan segulung ijazah? Pasti, kita tidak mahu menjadi graduate yang biasa biasa aja kan? Itu, yang harus kita fikirkan. :) 

Semua ini tidak akan mampu untuk kita tempuh tanpa adanya bekalan. Bekalan di sepanjang perjalanan yang jauh, sulit, dan lama durasinya. Moga kita semua tsabat, tetap di jalan ini. :)

Sebenarnya saudara, kebanyakan rakan2 dan manusia di sekeliling kita sebenarnya ada banyak benda yang boleh dia manfaatkan kepada umat. Cakap sahaja apa, pasti ada jalan untuk dia manfaatkan bakat atau kebolehannya untuk ummat.

Jika dia pandai menyanyi, boleh sahaja menggunakan bakatnya untuk menyanyikan lagu nasyid jihad penggegar semangat.

Jika dia pandai bersajak, boleh sahaja dia membuat sajak yang menyentuh hati para pendengar untuk kenal Islam.

Jika dia aktif bersukan, dan fit, boleh sahaja dia menggunakan kecergasannya untuk menjadi tenaga kerja membantu melaksanakan program2 dakwah mahupun event2 islamik.

Jika dia celik IT secelik celiknya, boleh sahaja dia membuat video, website, blogging, dan sbgnya mnyampaikan mesej dakwah.

Jika dia pandai berkata kata, boleh sahaja dia menjadi pemidato, mahupun menjadi figure di mata masyarakat.

Jika dia pula pandai dan genius orangnya, dia boleh menjadi motivator, membuat seminar2 untuk pelajar pelajar, sekali gus menerapkan nilai nilai Islam dalam diri peserta.

Dan bermacam macam lagi.

Jika kita lihat kisah sahabat, kita boleh tahu mereka telah menggunakan segala kemahiran dan kelebihan yang mereka ada untuk Islam.

Sungguh saudara, kita takut jika kita ini golongan yang tidak memberi manfaat kepada ummat. Kita takut jika kita ini digantikan dengan golongan dan umat yang lain sepertimana dalam firman Allah. Ayuh saya ajak kalian untuk merenung ayat ayat pakar motivator alam semesta, ayat ayat Allah s.w.t.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيم
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."

(Al-Ma'idah:54) 

Maka kita nak tak nak kenalah pikul dengan sungguh sungguh risalah ini, tanda cinta kita yang mendalam kepada rabb kita, tanda kita kasihkan umat kita yang juga merupakan umat baginda Rasulullah s.a.w, bangkit bela agama yang dicintai bila dihina dan diancam musuh, bekerja keras seperti para semut dan lebah, dan tidak takut kepada yang mencela dan mencemuh usaha kita di jalan ini. Bawa ia dimana mana, bukan sekadar menjadi da'ie bila program sahaja. Tetapi da'ie yang full time. Everywhere da'ie. Di kuliah da'ie. Di cafe da'ie. Di bilik da'ie. Malah dia dimana mana bersungguh sungguh mencari kenalan baru. Berusaha mengingat nama. Asal usulnya. Sungguh, memang di hatinya bersungguh mahu menjadi individu yang bermanfaat kepada umat. Bersungguh melaksanakan sunnah Rasul yang terbesar, iaitu dakwah. Menjadi murabbi kepada orang sekelilingnya.

Ayuh, saudara! Mari kita muhasabah. Ayuh, kita tanya, SIAPAKAH KITA sekarang, esok dan masa hadapan?




Friday, 17 August 2012

Beberapa tahun lalu, di bulan Ramadhan.

Sekarang sudah di penghujung Ramadhan. Ya, kita terpaksa akur akan kecekapan dan ketangkasan masa, sehingga mampu meloloskan diri dari genggaman kita. Ada yang hati mereka gembira akan pemergian ini. Dan ada yang bersedih. Ada pula yang tidak mempunyai rasa apa apa. Kosong begitu. Padanya hidupnya tidak bermakna. Ataupun memang dia tidak ada hidup. Atau biasa kita kata, 'takde life'.




Namun, apakah makna 'life' sebenar benarnya? Adakah erti hidup pada seseorang yang bergembira pabila peluang keemasan seumur hidup dilepaskan begitu sahaja tanpa merisaukan adakah dia akan berjumpa dengan peluang sedemikian lagi? 

Baik, lari dari cerita, kembali kepada tajuk.

Saya kenal seseorang beberapa tahun lepas yang berubah ketika bulan Ramadhan. Padanya, bulan Ramadhan amat bermakna baginya. Kerana pada bulan itulah merupakan titik tolak untuk dia membuat perubahan pada dirinya. Sekarang ini dia sibuk dan aktif dengan amal dakwahnya dan menjadi figure di kalangan rakan rakannya. Moga amalnya diterima Allah dan menjadi inspirasi kepada seribu satu lagi manusia yang masih meraba2 mencari hidayah.

Pada saya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan perubahan. Bulan yang menjadi medium yang terbaik dan optimum untuk seseorang itu berubah. Saya rasa para pembaca sendiri lebih arif tentang kemuliaan Ramadhan dan segala gala tentangnya. Apa yang saya nak bawa di sini adalah sejauh mana kita membuat perubahan dalam diri kita. Perubahan yang dimaksudkan tidak semestinya oleh mereka yang sebelum ini jahil dan jahat kepada berilmu dan baik. Perubahan itu tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah, sesiapa boleh berubah. Persoalannya, ke manakah arah perubahan itu? Adakah perubahan itu sebuah proses metamorfosis ataupun sebuah proses pengaratan sekeping besi?

 atau


Pada saya, mudah sahaja, pilihan di tangan kita. Cuma saya mahu kongsikan sedikit  bagaimana seseorang itu berubah. Dia berubah:

Daripada kawan bersuka ria,
menjadi kawan yang diikat erat dengan doa robithoh, 
Daripada selalu berborak kosong, mencarut,
menjadi selalu berbincang masalah ummat, perkongsian dakwah.
Daripada ber'couple'
menjadi single dan unavailable, but limited for zaujah a.k.a dakwah and personal assistant only.
Daripada baca komik dan manga,
menjadi pembaca tegar Qur'an, ayat2 cinta Allah.
Daripada selalu ke cybercafe,
kepada selalu ke prograrm ruhi & tarbawi.
Daripada mendengar lagu hip - hop dan lagu puja kaum hawa,
kepada selalu mendengar nasyid dan lagu jihad penggegar semangat.
Daripada kekerapan ke panggung wayang,
kepada menonton blockbuster2 seperti 'Sang Murabbi' atau 'Ketika Cinta Bertasbih' kat laptop bersama ikhwah.
Daripada selalu terperap di rumah ataupun pergi ke pusat hiburan,
kepada selalu keluar riadah dan musolla ataupun melaksanakan tugas dakwah.
Daripada mengidolkan penyanyi barat,
kepada mengidolkan Rasulullah s.a.w terchenta, dan tokoh Islam yang lain serta berusaha mengamalkan sunnah baginda..
Erm... Demikianlah perubahan yang saya maksudkan. :)

Sidang pembaca yang saya kasihi, untuk melalui satu perubahan sedemikian bukanlah senang. Untuk seseorang itu berubah seperti 180º, seperti yang diungkapkan sejelasnya di atas, dia perlu berani. Berani dalam erti kata benar benar berani. Berani menempuh segala dugaan, kerana dugaan itu pasti. Duri pasti terbenam dalam daging. Onar demi onar bagaikan ombak laut tanpa henti.


Antara apa yang saya lihat dia perlu keluar dari kebiasaannya yang jahiliah. Dan itu bukan senang. Meninggalkan rakan - rakan yang sekepala dengannya sebelum dia berubah. Itu juga bukan senang. Perubahan yang kita lakukan pada diri pasti akan diiringi dengan ejekan, pandangan yang enteng, jelingan yang membakar hati..... Itulah lumrah manusia. Kena belajar menerima manusia manusia sebegitu. Sebab apa, kita dalam jalan dakwah ini nak tak nak perlunya kita berinteraksi dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Keluarga pula mungkin boleh mempunyai respond yang pelbagai. Bergantung.


Alaah.. Cuba bayangkan, kita daripada seorang remaja yang tahu berhibur sahaja tetiba menemui titik turning point dalam hidupnya dan dia terus mewaqafkan hidupnya untuk dakwah, dan bermulalah fasa2 awal dalam perjalanan dakwahnya. Apa respond masyarakat sekelilingnya yang kenal benar dengannya sebelum dia berubah.? Begitulah.

Saudara, hakikatnya, perubahan ini adalah sunnatullah. Semua makhluk dalam dunia fana ini berubah, termasuk kita, sang manusia. Itulah, seperti yang saya nukilkan di atas tadi, samada kita berubah ke sana, atau ke sini dan situ. Nak berubah bagaimana terpulang kepada kita, tuan punya badan. Suka saya membawa satu petikan cinta daripada surah Ar-Ra'd ayat 13:

 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."


Lihat? Nak berubah kena bertindak untuk berubah. Ayuh, jangan takat di bulan Ramadhan sahaja. 

Pilihan di tangan anda.


















Friday, 10 August 2012

Ku Ingin Terbang


Ku ingin terbang ke langit nan tinggi,
Mendakap kepulan awan memutih.



Ku ingin memberi semangat kepada kura2,
agar tidak berputus asa, agar terus tabah,
dalam perlumbaannya yang jauh.



Kerna ku tahu, perjalanan yang panjang,
hanya akan berjaya dilalui oleh mereka yang tabah.
Mereka yang mengerti kesabaran.
Mereka yg mengenal erti perjuangan.

Ku ingin juga sampaikan hasratku ini kepada manusia.
Menyeru, mengejut mereka.
Mereka yang sedang lelap dalam awangan duniawi.
Mereka yang alpa akan realiti.

Bahawa kita sedang dikerumuni,
tanpa kita sedari.
oleh Yahudi. Nasrani.
Dan segala musuh Islam yang terkini.

Ku ingin terbang ke langit nan tinggi,
lari daripada semua ini.
Namun, apakah daya.
Kita diikat. Kita satu jiwa. Kita seagama.


Ku tiada pilihan melainkan bersama mereka.
Tetapi adakah mereka tahu.
Bahawa hati ini risau, melihat mereka mebiarkan Ramadhan begitu sahaja.
Bahawa hati ini meronta, akan jahiliah yang menyelubungi mereka.
Bahawa hati ini menangis, melihat mereka berjinak jinak dengan rakan2 syaitan.
Bahawa hati ini pilu, melihat kita gelak tawa tanpa segan silu.
Tanpa mengambil tahu akan saudara di rantau situ.

Palestin. Syria. Arrakan. dan di merata dunia.

Arakan, Burma.

Palestin


Syria


Adakah mereka peduli?


Tugas kita untuk 'memedulikkan' mereka.
Tugas kita untuk mengejutkan mereka
Tiba masanya untuk kita bertindak, tanpa mengenal masa.
Tiba masanya untuk kita beramal, berlipat kali ganda.
Tiba masanya fasa terakhir metamorphosis seekor rama - rama,
Yang akan mengindahkan alam dan melestarikan dunia.
Yang akan membawa manfaat, kepada alam ciptaan-Nya.

Ayuh.





Saturday, 30 June 2012

Coretanku setelah sekian lama.

Salam sayang buat para pembaca. Maaf. Dah lama tak post. Dalam masa yg lama saya tak post ni macam2 telah berlaku, samada di negara kita ke, mahupun luar negara. Ah, anda semua lagi arif daripada saya tentang isu2 semasa ni. Yang penting, kita cuba ambil ibrah sebaik mungkin.

Saya dah lama tak nukilkan di sini, sebab tak pasti idea mana di otak ni boleh diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Maklumlah, ciptaan Allah. Semahal mana pun komputer yg dibeli, processor yg Allah cipta lebih tinggi 'performance'nya. Data2 yg diterima, disimpan, dan diprocess terlalu complex encryptionnya. So tak semudah utk diterjemahkan data2 ni ke dalam bentuk .jpg ke atau .doc ke..

Hanya 'terhantuk' dgn teguran rakan2 dan ikhwah tntg blog saya yg 7 inci tebal habuknya ni. 

Baiklah, post pada kali ini ringkas dan ringan sahaja, lebih kpd tentang blog ini. Ustaz2 ngan pentazkirah2 selalu bagi peringatan, "Sebelum kita teruskan kita betulkan niat dulu....".

Saya ni nak betulkan la tujuan blog saya ni.

Untuk makluman pembaca, saya tukar tajuk blog ni dari 'Jalan Dakwah' kepada 'Kembaraku' adalah kerana beberapa asbab:

1. Masa mula mula buat blog dulu, ketika itu hanya mahu mencuba cuba. Ada org buat blogla, nak buat blog  jugak lah. Masa tu zaman muda muda dulu.


 Dan saya memilih tajuk 'Jalan Dakwah' kerana masa tu (beberapa tahun yang lepas) sedang membaca e-book Jalan Dakwah karya Mustafar Masyhur(tak habis pun). Semangat buku tu la masa tu. Lama lama saya terfikir, dan saya mahu serious, saya sedar yang saya ni punyai banyak kelemahan dan kekurangan kalau nak dibandingkn dengan penulis buku tu dan pada masa yang sama takut post post saya ni tak berkaitan dgn buku tu. Sebab tu saya tukar kepada nama lain.

2. Saya ambil inisiatif untuk ambil nama 'Kembaraku' ni sebab intipati antara post2 saya akan datang (dan yg dah lepas) adalah daripada pengalaman yang saya cuba ambil ibrah sebaik mungkin dan dishare dengan kalian. Sebab tarbiyah ini dimana mana. Tgh naik bas pun leh jadi tarbiyah. Tgh tgk adik2 gi sekolah rendah pun leh jadi tarbiyah. Sebab saya baru sedar saya suka melihat orang. Apa mereka buat. 


Reaksi mereka. Dan cuba kaitkan dengan realiti sekarang, dan kaitkan dengan apa yg kita perlu lakukan sekarang. 

Cakap pasal tarbiyah.Urgensi tarbiyyah. Betapa urgentnya tarbiyah sehinggakan Syeikh Tarbiyah Mustafar Masyhur mengungkapkan antara kata2 nya tentang tarbiyah:

"Tarbiyah bukan segala - galanya, tetapi segala - galanya bermula dengan tarbiyah"
Jadilah pemuda pemuda yang dahagakan tarbiyah. Jadilah rijal rijal yang tidak lekang dengan tarbiyah. Kerana tarbiyah sifatnya mengesani. Ia meninggalkan kesan jauh di lubuk hati. Ia menghidupkan hati hati yang telah mati. Ia mendekatkan jiwa jiwa ini dengan Illahi. Ia membebaskan jiwa yg terpaut pada hawa yg    
mendahagakan duniawi.


Ia adalah proses berinteraksi dengan fitrah dan membina manusia2 yang akan menggegarkan pentas dakwah suatu hari nanti.


***

Saturday, 17 March 2012

Penat seorang da'ie.


Penat. Acapkali kita penat dengan keadaan sendiri. Orang lain juga punya 24 jam dalam sehari, tapi jadual kita berbeza. 24 jam yang kita punya membutuhkan kita menggunakan setiap saat dengan sebaiknya. 24 jam = 86 400 saat sehari. Nampak besar angkanya namun kecil porsinya jika dikira-kira dan diletakkan dalam jadual kita.

Kelas berderet dari pagi ke petang. Belum dicampur dengan kelas-kelas tambahan, kelas talaqqi, kelas memasak, kelas Bahasa Arab Ammi, dan macam-macam lagi. Hujung minggu dan malam-malamnya diisi dengan usrah, daurah, liqa’, kuliah, mikraj, dan pelbagai urusan berkaitan.
Kemuncak ujian selalu menimpa sewaktu peperiksaan. Waktu itu taklifan tugas menimbun, dalam masa yang sama markah yang cemerlang perlu diraih. Tidak dicampur dengan jawatan dan amanah yang dipegang yang memerlukan komitmen berterusan. Allah …
Tidak cukup dengan itu,kadang-kadang duit dari kocek sendiri dihulur untuk menampung perbelanjaan itu dan ini. Bukan tiada sumber kewangan yang mencukupi, namun kadangkala menghulur duit sendiri lebih mudah dan cepat penyelesaiannya.
Berjihad itu terkorban
                Cabaran-cabaran dan dugaan sebegini benar-benar meruntun emosi.  Apakah sebegini penat kerja dakwah? Mengapa tidak Allah mudahkan jalan mereka yang ingin mudahkan jalan kemenangan Islam sendiri?
Lelah. Tiada nafas.
 Pernah orang bertanyakan, “Kenapa nampak penat sangat ni?”
Kembali mencari nafas, mengumpul senyum dan kekuatan, “Penat-penat ana pun, penat lagi Rasulullah menyeru manusia, membangunkan negara, mengurus rumah tangga, mengislah manusia dan seisinya malah ibadah Baginda tidak pernah layu pula!”
Bahkan ‘mereka’ lebih penat
                Lupa kita pada besarnya jihad sahabat-sahabat masa lalu. Hasil tarbiyah dan kaedah sulbah Baginda, ternyata yang memimpin saf Islam itu bukan calang-calang orang. Yang tegap dan mantap sahaja akan kekal, yang lemah terlebih dahulu jatuh tertinggal.
Menyusuri kisah Khabbab bin Al Arat, bayangkan apabila beliau dipaksa memakai baju besi dan dibaringkan di tengah panas sehingga kulitnya menggelupas. Tidak cukup dengan itu, kepalanya diselar dengan panas merah membara lalu diseret di atas bara api hingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan api tersebut.
Khalifah Umar sendiri sewaktu melihat kesan parut di belakangnya berkata,”Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedemikian rupa.”
Tapi apa kata Khabbab sewaktu Islam sudah berjaya mengungguli dunia ?
“Nampaknya Allah s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita alami. Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima.”
Cukuplah dengan kemenangan Islam sahaja, tidak perlu ganjaran untuk dirinya. Allahu Allah.
Lihat pula kehebatan Abdullah bin Huzaifah As Sahmy yang telah ditawan tentera Rom. Beliau telah disalib, dipanah dengan busur, dan dicampakkan dalam bekas air yang mendidih. Menangis teresak-esak Abdullah sewaktu disiksa sebegitu kejam. Lantas Raja Rom bertanya,”Mengapa kamu menangis?” Jawab Abdullah b Huzaifah :
“Aku bercita-cita diberikan 100 nyawa agar dicampakkan seperti ini demi Allah SWT(mempertahankan iman)”
Jeda.
Adakah berat sedemikian ujian kita? Tidak dilempar ke bara, tidak dicampak ke lautan, tidak ditiup angin taufan, bahkan sebenarnya ujian kita melawan nafsu dan diri sendiri untuk diseimbangkan dalam medan dakwah.
“Dakwah akan bergerak dengan poket-poket pendakwah”- Hassan al Banna
Kalau orang lain meraikan kemasukan duit elaun setiap bulan dengan memanjakan diri di kompleks membeli belah dan membeli gajet-gajet terbaru, namun tidak bagi seorang daie. Awal-awal bulan lagi, perancangan kewangan perlu diurus supaya lebih banyak wang dan harta dapat disumbangkan ke jalan ini.
Cukuplah As-Syahid Imam Hassan al Banna berpesan :
“Apabila kamu bertanya tentang harta yang digunakan untuk jalan dakwah, ia tidaklah lain dari harta yang sedikit mereka infakkan dengan penuh keredhaan dan ketenangan jiwa. Mereka memuji Allah apabila harta yang diinfakkan berjaya mengangkat darjat mereka dari darjat berseronok dengan kehendak dunia kepada darjat berjimat dalam memenuhi keperluan hidup”
Tidakkah semakin kukuh hati ini apabila disapa ayat-ayat suci dari Dia ?
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat” (Al-Baqarah:265 )
Sungguh, yakinlah harta yang disumbangkan di jalan Allah pasti menyusun saham-saham kita di akhirat kelak. Saidina Abu Bakar As-Siddiq sendiri dengan penuh keikhlasan menyerahkan seluruh harta untuk membiayai Perang Tabuk, yang tinggal untuk dirinya dan keluarganya, cukuplah Allah dan RasulNya. Tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan ‘tadhiah’ kita.
Kembali tajdid niat
Ayuh sahabat, tajdid niat dan perbaharui langkah setiap hari. Sudah cukupkah amal kita untuk dipersembah di arena Mahsyar kelak? Masih adakah masa untuk goyang kaki meratapi diri saat ummah kering jiwanya, minta dibasahi renjis-renjis tarbiah dan thaqafah.
Jangan biar ummah kembali menuding jari pada da’i, “Engkau yang salah tidak menyedarkan aku suatu ketika dahulu!” Tapi berlumba-lumbalah menjadi asbab kepada hidayah milik Allah buat orang lain, moga penat yang tidak seberapa ini dihisab sebaiknya di sisiNya.
Moga yang menulis terlebih dahulu beramal.

Oleh:
Sakinah Zulkarnain
Tahun 2 PerubatanJordan University of Science and Technology
linknya di sini.