Assalamualaikum dan salam lebaran last minute... sebelum ana balek madrasah esok hari...
Menjadi satu kebiasan apabila kita melihat ramai manusia memperbanyakkan amal sebagai bekalan di akhirat nanti... sebelum itu ana nak beritahu yang post ini dalam bahasa yang agak santai sedikit... maaf ya...
Bulan Ramadhan je kunjung masjid punya selalu, bulan Ramadhan je buat banyak solat sunat, bulan Ramadhan je banyak tadarus, bulan Ramadhan je bangun pagi punya awal (itu pun kerana keinginan mahu sahur),bulan Ramadhan je buat qiamullail ,
lagi - lagi 10 hari terakhir di bulan yang mulia itu,
bukan main lobam mata tak cukup tidur la kat akan...tetapi.....
masuk bulan syawal...
ana rasa antum tahu apa yang akan berlaku kan?
Kita ini hamba Allah, sepatutnya beribadat dan mengingati-Nya setiap masa... Islam itu syumul... menyeluruh... bukan ikut 'time' atau 'mood' atau 'keadaan'... Janganla menjadi singa yang 'menstransform' menjadi kijang...(sila rujuk ...syababqawi...)
Bulan Ramadhan itu menjadi satu peluang keemasan... bukannya satu - satunya masa untuk beribadat...
Jadikan perjalanan di bulan Ramadhan sebagai Momentum untuk memacu ibadah kita pada bulan - bulan seterusnya...
Saturday, 26 September 2009
Hamba Allah atau... Hamba Ramadhan??
Sunday, 20 September 2009
Salam Lebaran...
Salam lebaran buat para pengunjung blog ana... pertama sekali ana mohon maaf krn sudah lama tak update... Malam ini ana merebut peluang untuk menukilkan post baru yang ideanya diambil dari blog Menghalusi Paradigma Muslim...
Ana harap ia dapat memberi kesedaran kepada kita yang selalu alpa di alam sementara ini...
sedikit tazkiah...











Ana harap ia dapat memberi kesedaran kepada kita yang selalu alpa di alam sementara ini...
sedikit tazkiah...
Apabila syawal menjelma...
Apabila takbir raya bergema, maka ramai umat manusia...

Dodol mula dihidang,

Lemang mula dipotong dan disaji bersama rendang.

Mercun dan bunga api mula berbunyi dan bercahaya.

Pelita mula dinyalakan.
Saat inilah yang dinanti-nanti sejak sebulan lalu.
Berlapar, berdahaga, berletihan,tatkala meniti Ramadhan.
Akhirnya masa yang telah ditunggu tiba
Tawa riang, laungan raya bergema di angkasa
Namun bagi seorang mukmin,

Masjid tidak dilupakan tatkala gembira

Sentiasa bermunajat, mengingati tuhannya

Solatnya masih terpelihara

Malam rayanya diisi dengan qiamullail

Quran masih menjadi budaya

Tidak melupakan kesusahan mereka

Masih menitiskan air mata keinsafan
Duhai sahabat,
Begitulah indahnya menjadi seorang mukmin
Kesedihannya mengembalikannya kepada tuhannya
Kegembiraannya tidak sehingga melupakan kekasihnya
Biar betapa bahagia kita di hari raya nanti
Tetaplah berpaut pada dahan keimanan.
Kepada yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali,
kuucapkan moga bahagia bersama mereka tercinta.
(petikan dari drhazimazhar)

Dengan itu ana ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
(petikan dari drhazimazhar)

Dengan itu ana ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Sunday, 23 August 2009
Ghoyah...

Manusia tidak mungkin akan mengingati setiap perkara yang mereka tahu... Sebab itulah mereka sering perlu diberi peringatan, lalu diperingatkan dan diperingatkan lagi demi mereka tidak tersungkur ataupun tersasar dari pangkal jalan... Kata manusia, pelupa la katakan... Insan...
Tersasar dari matlamat yang benar, matlamat yang telah dipastikan ganjarannya, matlamat yang satu... Allahhughoyatuna...
Apabila tersasar, maka menjadi satu kerja lagi untuk mencari sasaran yang betul di mana proses ini tidak mengambil masa yang singkat...
Oleh itu, seringlah ingat - memperingati sesama rakan seperjuanga

Itu adalah satu pelaburan akan yang mendatangkan manfaat kepada umat yakni umat yang dikatakan "khairu ummah" oleh Allah s.w.t....
Benih yang ditanam jika dibiarkan begitu sahaja,maka ia akan mati dan reput... Sebaliknya ia seharusnya disiram, diberi baja yang mencukupi, dilindung dari serangga yang boleh mengancam ia, dan dibelai seperti mana ibu membelai anaknya...
Benih yang ditanam jika dibiarkan begitu sahaja,maka ia akan mati dan reput... Sebaliknya ia seharusnya disiram, diberi baja yang mencukupi, dilindung dari serangga yang boleh mengancam ia, dan dibelai seperti mana ibu membelai anaknya...
Maka akhirnya benih yang ditanam akan memberi manfaat kepada tuannya... Buah yang manis, dahan pokok yang rendang, menyejukkan udara persekitaran... Inilah hasil pelaburan si tuan tadi... Sebegitu analoginya...
Berbalik kepada jalan yang kita lalui ini, jalan ini memerlukan bekalan yang mencukupi untuk mengharungi segala cabaran yang telah ditakdirkan untuk kita... Oleh itu, kembali kepada tarbiyyah demi melengkapkan diri sebagai da'ie di jalan-Nya...
Friday, 21 August 2009
Ramadhan peluang keemasan...
Seorang dai'e akan dihadapkan seribu satu ujian dan cubaan dalam pelbagai bentuk... Dari dalam ia akan bertarung melawan keinginan jiwanya, fikirannya, syahwatnya, dan ketamakannya, dan dari luar ia akan berperang melawan manusia yang selalu merancang strategi untuk menyingkirkannya...
Sesungguhnya bulan yang mulia ini menjadi antara catatan paling penting dalam diari kehidupan kita sebagai seorang da'ie... catatan amalan... catatan perjalanan... catatan peristiwa peperangan antara nafsu dengan diri... catatan satu latihan kepada seorang da'ie itu apabila ia meghadapi pelbagai dugaan yang mencabar keimanannya... Rasulullah s.a.w pernah berpesan:
" Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum itu maka Ia akan mengujinya."
Sesungguhnya ujian dan cubaan yang hinggap dalam kehidupan da'ie itu hanyalah petanda kecintaan Allah terhadap mereka...
Oleh itu gunakanlah masa di bulan Ramadhan ini dengan sebaik baiknya. Perbanyakkan qiamullail, tadarus dan mentadabbur Al - Quran, perbanyakkan zikrullah dan bersedekah dan sabarlah menghadapi segala dugaan... Sertailah 'explorace' 'memburu' keredhaan-Nya...
Hidupkan Ramadhan...
Salam Perjuangan...
Sunday, 19 July 2009
Isra' Mikraj
Hari ini merupakan Isra' Mikraj iaitu hari yang disambut oleh umat Islam setiap tahun di seluruh dunia. Peristiwa memberikan impak yang sangat besar kepada Rasulullah dan seterusnya keapda umat Baginda. Peristiwa ini juga boleh dijadikan pengajaran kepada antum yang menjadi ghulam dakwah ilallah...
- Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
- Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
- Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
- Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
- Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
- Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, mewar-warkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
- Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala future dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
- Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
- Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi. (petikan dari maalimfitariq)
Subscribe to:
Posts (Atom)