Thursday 20 September 2012

Siapakah kita?

Salam sayang buat rakan2 dan pembaca sekalian. 

gambar universiti hiasan


Sungguh, fasa kehidupan kita di universiti ini merupakan masa untuk kita beramal dengan amal sesungguhnya. Di sinilah tempat untuk kita bermulanya menterjemahkan segala kata kata menjadi amal. Menukarkan segala teori menjadi praktikal. Menukarkan segala retorik menjadi kenyataan. Seterusnya membuktikan mereka yang menggalas tanggungjawab risalah ini merupakan mereka yang sebaik baik penggalas tanggungjawab. Menjadi golongan manusia yang mempunyai agenda yang jelas, dan tidak berselindung sebalik apa apa. Menunjukkan Islam yang kita bawa ini jelas. Tidak dikaburi mahupun dicemar dengan apa2 sentimen yang telah sedia ada kita tahu hari ini. Tidak menyibukkan diri dengan hal hal yang remeh, sehingga menghalang kita daripada menjalankan tugas sebagai sang penyeru dan penyelamat. Fokus dengan amal. Menunjukkan qudwah kepada masyarakat. Cemerlang dengan akademik. Tidak hanya mengikut flow perjalanan, tetapi tampil kehadapan dengan nama Allah dan pimpin. Menyambut hati hati mereka yang mendambakan hidayah. Dan lain lainlah.

Dan akhirnya kita keluar dengan segulung ijazah sebagai orang yang bagaimana? Adakah keluar dari universitas dengan berbekalkan segulung ijazah di tangan sahaja? fresh graduate? ataupun bagaimana? 



Siapakah kita, selepas keluar dari universiti dengan segulung ijazah? Pasti, kita tidak mahu menjadi graduate yang biasa biasa aja kan? Itu, yang harus kita fikirkan. :) 

Semua ini tidak akan mampu untuk kita tempuh tanpa adanya bekalan. Bekalan di sepanjang perjalanan yang jauh, sulit, dan lama durasinya. Moga kita semua tsabat, tetap di jalan ini. :)

Sebenarnya saudara, kebanyakan rakan2 dan manusia di sekeliling kita sebenarnya ada banyak benda yang boleh dia manfaatkan kepada umat. Cakap sahaja apa, pasti ada jalan untuk dia manfaatkan bakat atau kebolehannya untuk ummat.

Jika dia pandai menyanyi, boleh sahaja menggunakan bakatnya untuk menyanyikan lagu nasyid jihad penggegar semangat.

Jika dia pandai bersajak, boleh sahaja dia membuat sajak yang menyentuh hati para pendengar untuk kenal Islam.

Jika dia aktif bersukan, dan fit, boleh sahaja dia menggunakan kecergasannya untuk menjadi tenaga kerja membantu melaksanakan program2 dakwah mahupun event2 islamik.

Jika dia celik IT secelik celiknya, boleh sahaja dia membuat video, website, blogging, dan sbgnya mnyampaikan mesej dakwah.

Jika dia pandai berkata kata, boleh sahaja dia menjadi pemidato, mahupun menjadi figure di mata masyarakat.

Jika dia pula pandai dan genius orangnya, dia boleh menjadi motivator, membuat seminar2 untuk pelajar pelajar, sekali gus menerapkan nilai nilai Islam dalam diri peserta.

Dan bermacam macam lagi.

Jika kita lihat kisah sahabat, kita boleh tahu mereka telah menggunakan segala kemahiran dan kelebihan yang mereka ada untuk Islam.

Sungguh saudara, kita takut jika kita ini golongan yang tidak memberi manfaat kepada ummat. Kita takut jika kita ini digantikan dengan golongan dan umat yang lain sepertimana dalam firman Allah. Ayuh saya ajak kalian untuk merenung ayat ayat pakar motivator alam semesta, ayat ayat Allah s.w.t.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيم
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."

(Al-Ma'idah:54) 

Maka kita nak tak nak kenalah pikul dengan sungguh sungguh risalah ini, tanda cinta kita yang mendalam kepada rabb kita, tanda kita kasihkan umat kita yang juga merupakan umat baginda Rasulullah s.a.w, bangkit bela agama yang dicintai bila dihina dan diancam musuh, bekerja keras seperti para semut dan lebah, dan tidak takut kepada yang mencela dan mencemuh usaha kita di jalan ini. Bawa ia dimana mana, bukan sekadar menjadi da'ie bila program sahaja. Tetapi da'ie yang full time. Everywhere da'ie. Di kuliah da'ie. Di cafe da'ie. Di bilik da'ie. Malah dia dimana mana bersungguh sungguh mencari kenalan baru. Berusaha mengingat nama. Asal usulnya. Sungguh, memang di hatinya bersungguh mahu menjadi individu yang bermanfaat kepada umat. Bersungguh melaksanakan sunnah Rasul yang terbesar, iaitu dakwah. Menjadi murabbi kepada orang sekelilingnya.

Ayuh, saudara! Mari kita muhasabah. Ayuh, kita tanya, SIAPAKAH KITA sekarang, esok dan masa hadapan?