Friday 17 August 2012

Beberapa tahun lalu, di bulan Ramadhan.

Sekarang sudah di penghujung Ramadhan. Ya, kita terpaksa akur akan kecekapan dan ketangkasan masa, sehingga mampu meloloskan diri dari genggaman kita. Ada yang hati mereka gembira akan pemergian ini. Dan ada yang bersedih. Ada pula yang tidak mempunyai rasa apa apa. Kosong begitu. Padanya hidupnya tidak bermakna. Ataupun memang dia tidak ada hidup. Atau biasa kita kata, 'takde life'.




Namun, apakah makna 'life' sebenar benarnya? Adakah erti hidup pada seseorang yang bergembira pabila peluang keemasan seumur hidup dilepaskan begitu sahaja tanpa merisaukan adakah dia akan berjumpa dengan peluang sedemikian lagi? 

Baik, lari dari cerita, kembali kepada tajuk.

Saya kenal seseorang beberapa tahun lepas yang berubah ketika bulan Ramadhan. Padanya, bulan Ramadhan amat bermakna baginya. Kerana pada bulan itulah merupakan titik tolak untuk dia membuat perubahan pada dirinya. Sekarang ini dia sibuk dan aktif dengan amal dakwahnya dan menjadi figure di kalangan rakan rakannya. Moga amalnya diterima Allah dan menjadi inspirasi kepada seribu satu lagi manusia yang masih meraba2 mencari hidayah.

Pada saya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan perubahan. Bulan yang menjadi medium yang terbaik dan optimum untuk seseorang itu berubah. Saya rasa para pembaca sendiri lebih arif tentang kemuliaan Ramadhan dan segala gala tentangnya. Apa yang saya nak bawa di sini adalah sejauh mana kita membuat perubahan dalam diri kita. Perubahan yang dimaksudkan tidak semestinya oleh mereka yang sebelum ini jahil dan jahat kepada berilmu dan baik. Perubahan itu tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah, sesiapa boleh berubah. Persoalannya, ke manakah arah perubahan itu? Adakah perubahan itu sebuah proses metamorfosis ataupun sebuah proses pengaratan sekeping besi?

 atau


Pada saya, mudah sahaja, pilihan di tangan kita. Cuma saya mahu kongsikan sedikit  bagaimana seseorang itu berubah. Dia berubah:

Daripada kawan bersuka ria,
menjadi kawan yang diikat erat dengan doa robithoh, 
Daripada selalu berborak kosong, mencarut,
menjadi selalu berbincang masalah ummat, perkongsian dakwah.
Daripada ber'couple'
menjadi single dan unavailable, but limited for zaujah a.k.a dakwah and personal assistant only.
Daripada baca komik dan manga,
menjadi pembaca tegar Qur'an, ayat2 cinta Allah.
Daripada selalu ke cybercafe,
kepada selalu ke prograrm ruhi & tarbawi.
Daripada mendengar lagu hip - hop dan lagu puja kaum hawa,
kepada selalu mendengar nasyid dan lagu jihad penggegar semangat.
Daripada kekerapan ke panggung wayang,
kepada menonton blockbuster2 seperti 'Sang Murabbi' atau 'Ketika Cinta Bertasbih' kat laptop bersama ikhwah.
Daripada selalu terperap di rumah ataupun pergi ke pusat hiburan,
kepada selalu keluar riadah dan musolla ataupun melaksanakan tugas dakwah.
Daripada mengidolkan penyanyi barat,
kepada mengidolkan Rasulullah s.a.w terchenta, dan tokoh Islam yang lain serta berusaha mengamalkan sunnah baginda..
Erm... Demikianlah perubahan yang saya maksudkan. :)

Sidang pembaca yang saya kasihi, untuk melalui satu perubahan sedemikian bukanlah senang. Untuk seseorang itu berubah seperti 180º, seperti yang diungkapkan sejelasnya di atas, dia perlu berani. Berani dalam erti kata benar benar berani. Berani menempuh segala dugaan, kerana dugaan itu pasti. Duri pasti terbenam dalam daging. Onar demi onar bagaikan ombak laut tanpa henti.


Antara apa yang saya lihat dia perlu keluar dari kebiasaannya yang jahiliah. Dan itu bukan senang. Meninggalkan rakan - rakan yang sekepala dengannya sebelum dia berubah. Itu juga bukan senang. Perubahan yang kita lakukan pada diri pasti akan diiringi dengan ejekan, pandangan yang enteng, jelingan yang membakar hati..... Itulah lumrah manusia. Kena belajar menerima manusia manusia sebegitu. Sebab apa, kita dalam jalan dakwah ini nak tak nak perlunya kita berinteraksi dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Keluarga pula mungkin boleh mempunyai respond yang pelbagai. Bergantung.


Alaah.. Cuba bayangkan, kita daripada seorang remaja yang tahu berhibur sahaja tetiba menemui titik turning point dalam hidupnya dan dia terus mewaqafkan hidupnya untuk dakwah, dan bermulalah fasa2 awal dalam perjalanan dakwahnya. Apa respond masyarakat sekelilingnya yang kenal benar dengannya sebelum dia berubah.? Begitulah.

Saudara, hakikatnya, perubahan ini adalah sunnatullah. Semua makhluk dalam dunia fana ini berubah, termasuk kita, sang manusia. Itulah, seperti yang saya nukilkan di atas tadi, samada kita berubah ke sana, atau ke sini dan situ. Nak berubah bagaimana terpulang kepada kita, tuan punya badan. Suka saya membawa satu petikan cinta daripada surah Ar-Ra'd ayat 13:

 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."


Lihat? Nak berubah kena bertindak untuk berubah. Ayuh, jangan takat di bulan Ramadhan sahaja. 

Pilihan di tangan anda.


















Friday 10 August 2012

Ku Ingin Terbang


Ku ingin terbang ke langit nan tinggi,
Mendakap kepulan awan memutih.



Ku ingin memberi semangat kepada kura2,
agar tidak berputus asa, agar terus tabah,
dalam perlumbaannya yang jauh.



Kerna ku tahu, perjalanan yang panjang,
hanya akan berjaya dilalui oleh mereka yang tabah.
Mereka yang mengerti kesabaran.
Mereka yg mengenal erti perjuangan.

Ku ingin juga sampaikan hasratku ini kepada manusia.
Menyeru, mengejut mereka.
Mereka yang sedang lelap dalam awangan duniawi.
Mereka yang alpa akan realiti.

Bahawa kita sedang dikerumuni,
tanpa kita sedari.
oleh Yahudi. Nasrani.
Dan segala musuh Islam yang terkini.

Ku ingin terbang ke langit nan tinggi,
lari daripada semua ini.
Namun, apakah daya.
Kita diikat. Kita satu jiwa. Kita seagama.


Ku tiada pilihan melainkan bersama mereka.
Tetapi adakah mereka tahu.
Bahawa hati ini risau, melihat mereka mebiarkan Ramadhan begitu sahaja.
Bahawa hati ini meronta, akan jahiliah yang menyelubungi mereka.
Bahawa hati ini menangis, melihat mereka berjinak jinak dengan rakan2 syaitan.
Bahawa hati ini pilu, melihat kita gelak tawa tanpa segan silu.
Tanpa mengambil tahu akan saudara di rantau situ.

Palestin. Syria. Arrakan. dan di merata dunia.

Arakan, Burma.

Palestin


Syria


Adakah mereka peduli?


Tugas kita untuk 'memedulikkan' mereka.
Tugas kita untuk mengejutkan mereka
Tiba masanya untuk kita bertindak, tanpa mengenal masa.
Tiba masanya untuk kita beramal, berlipat kali ganda.
Tiba masanya fasa terakhir metamorphosis seekor rama - rama,
Yang akan mengindahkan alam dan melestarikan dunia.
Yang akan membawa manfaat, kepada alam ciptaan-Nya.

Ayuh.